.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Jef Hazimin Jaafar. Show all posts
Showing posts with label Jef Hazimin Jaafar. Show all posts

May 8, 2026

SESEGAR HIJAU DAUNAN

SESEGAR HIJAU DAUNAN
Penulis: Jeff Hazimin
ISBN: 978-629-7929-08-8
Kod: GB0938
Saiz: 5.5” X 8.5”
Tebal: 112 ms
Berat:
Harga: RM18.00/RM20.00

SINOPSIS

Nasyid merupakan medium dakwah yang berkesan melalui seni suara, seni kata dan seni persembahan. Di Malaysia, ia berakar umbi di sekolah, kampus, masyarakat dan gerakan dakwah.

Buku ini mengandungi kisah-kisah inspirasi di sebalik tabir personaliti dan pembikinan lagu serta lirik nasyid yang boleh dijadikan bekalan, teladan dan sempadan untuk generasi akan datang.

Penulis merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan momen nasyid ini agar kita dapat mencontohi teladan yang ditinggalkan mereka yang telah pergi juga menyemarakkan lagi karya nasyid pada masa depan.

Terimalah buah tangan kedua penulis di bawah Galeri Ilmu Sdn Bhd. Satu lagi inisiatif untuk menghimpunkan arkib dan khazanah penulisan nasyid tanah air. Semoga nasyid terus segar di persada seni dan dakwah buat negara dan umat ‘Sesegar Hijau Daunan’.







May 14, 2025

CITA, CERITA DAN CINTA DI SEBALIK SENI KATA

CITA, CERITA DAN CINTA DI SEBALIK SENI KATA
ISBN: 978-629-7716-59-6
Kod: GB0890
Penulis: Jef Hazimin Jaafar
Tebal: 152 muka surat (1C)
Saiz: 5.5” X 8.5” (Portrait)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Lagu bukan sekadar hiburan — di sebalik seni katanya ada hikmah tersirat yang menyentuh jiwa.

Buku ini menghimpunkan 11 karya seni kata hasil ilham penulis lirik prolifik, Jef Hazimin Jaafar, yang pernah mengukir nama dalam dunia nasyid tanah air. Beliau membuka tirai inspirasi di sebalik lirik-lirik lagu nasyid popular seperti Keluarga Bahagia (Saujana), Akrab Persahabatan (Inteam), Nabi Anak Yatim (Raihan & Nowseeheart), Ku Harap Cinta (Nowseeheart), Adakah Kau Lupa (AlarmMe), dan Keamanan (Gabungan Kumpulan Nasyid).

Setiap bab menyajikan satu kisah, satu semangat, dan satu pengajaran. Daripada realiti kehidupan dan pengalaman peribadi, penulis mencorakkan seni kata yang bukan sahaja membelai telinga, tetapi juga menyentuh kalbu—membina cinta kepada Tuhan, insan, dan kehidupan.


Cita, Cerita dan Cinta di Sebalik Seni Kata ialah naskhah yang merangkum perjalanan hati dan jiwa, sarat dengan nilai kasih sayang, persahabatan, kekeluargaan dan ketuhanan. Sesuai dijadikan bahan renungan, inspirasi dan motivasi dalam menelusuri kehidupan yang lebih bermakna.

11 lagu, 11 seni kata, 11 kisah yang menghidupkan semula rasa.
Temui keindahan kata dalam nada dan irama.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...