.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 kisah teladan. Show all posts
Showing posts with label 1 kisah teladan. Show all posts

Mar 31, 2026

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB
ISBN: 978-629-7716-87-9
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Kod: GB0922
Tebal: 208 ms
Saiz: 6.75” X 9.5”
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

Sayidina Umar r.a. termasuk dalam 10 Sahabat yang dijanjikan syurga. Doa Rasulullah agar Islam dimuliakan melalui Sayidina Umar atau Abu Jahal akhirnya dimakbulkan dengan pemilihan Sayidina Umar r.a. Baginda turut bersabda, “Sesungguhnya syaitan takut kepada Umar bin al-Khattab.”

Sepanjang 10 tahun menjadi khalifah, Sayidina Umar terkenal dengan keadilan dan keberaniannya. Beliau membentuk pentadbiran wilayah Islam, menubuhkan Baitulmal, menetapkan kalendar Hijriah, serta memperluas wilayah Islam ke Syam, Parsi, dan Mesir.

Keislamannya memberi kekuatan besar kepada umat Islam, bahkan hijrahnya dilakukan secara terbuka sebagai cabaran kepada kafir Quraisy. Di bawah kepimpinannya, Islam mencapai kemenangan dalam peperangan besar seperti Yarmuk, Al-Qadisiyyah, dan Nahawand. Walaupun memimpin empayar yang luas, beliau tetap hidup sederhana, memakai pakaian bertampal dan makan tanpa bermewah.


Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah
yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.









Oct 1, 2025

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ
ISBN: 978-629-7716-68-8
Kod: GB0898
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Saiz: 6.75” X 9.5”
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

Sinopsis


Sayidina Abu Bakar merupakan lelaki dewasa yang paling awal mempercayai Nabi Muhammad
, bahkan sebelum Baginda diutus sebagai Rasul. 

Suatu hari, beliau datang menemui Nabi dan bertanya, “Wahai Abu Qasim, adakah benar engkau telah menghina tuhan nenek moyang kami?”

Baginda menjawab dengan tenang, “Aku adalah utusan Allah, dan aku mengajakmu untuk beriman kepada-Nya.”

Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar menerima seruan itu dan memeluk Islam. Rasulullah berasa amat gembira, dan dua gunung yang mengelilingi Makkah menjadi saksi atas keislaman beliau.


Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah
yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.








Mar 14, 2024

Unta Menjadi Hakim (Siri Mukjizat 3 )

Unta Menjadi Hakim (Siri Mukjizat 3)
Penulis: Nurul Najwa
ISBN: 978-629-7556-69-7
Kod: GB0790
Tebal: 88 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat: 0.15 kg
Harga: RM13.00/RM15.00*

Mukjizat merupakan perkara luar biasa yang Allah SWT kurniakan kepada para nabi dan rasul. Ia bertujuan untuk membuktikan kebenaran ajaran yang mereka bawa dan melemahkan orang-orang yang menentang mereka.

Buku ini mengandungi kisah beberapa peristiwa keajaiban yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan gaya penulisan yang santai dan ilustrasi yang menarik dapat difahami dengan mudah oleh kanak-kanak. Moga kisah-kisah yang dikongsikan di dalam buku ini mampu memberikan pengajaran dan iktibar tentang pahit getir perjalanan Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya.


Antara kisah yang terkandung dalam buku ini adalah:

- Paha Kambing Berkata-kata

- Bukit Yang Bergoncang Patuh Kepada Nabi SAW

- Tangan Terputus Bersambung Semula







May 16, 2023

SIRI KISAH TELADAN

SIRI KISAH TELADAN

Siri ini terkandung 10 kisah Sahabat Rasulullah yang hebat dan berani dalam memperjuangkan agama Islam. Perjuangan yang penuh liku dan ranjau yang memerlukan keberanian dan ketangkasan yang tiada tolok bandingnya.

Justeru, buku ini disusun supaya pembaca dapat mengetahui kelebihan dan kehebatan yang terdapat pada diri para Sahabat r.a. yang diambil daripada kisah-kisah benar seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sirah.

Diharapkan juga para pembaca dapat mengambil iktibar serta memuliakan mereka sekali gus mencintai mereka.



Judul2 Dalam Siri Ini:

THE AVENGERS DI ZAMAN RASULULLAH
ISBN: 978-629-7556-33-8
Kod: GB0757
Olahan: Nuur Aqilah Rosnan
Saiz: 14.8cm X 21cm (A5)
Tebal: 104ms
Berat: 0.2kg
Harga: RM15.00/RM17.00*


JEJAKA LIMITED ZAMAN RASULULLAH
ISBN: 978-629-7556-34-5
Kod: GB0758
Olahan: Nuur Aqilah Rosnan
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Tebal: 112ms
Berat: 0.2 kg
Harga: RM15.00/RM17.00* 






SUPERGIRL ZAMAN RASULULLAH
ISBN: 978-629-7556-35-2
Kod: GB0759
Olahan: Nuur Aqilah Rosnan
Spec: 14.8cm x 21cm (A5)
Tebal: 104ms
Berat: 0.2 kg
Harga: RM15.00/RM17.00*


MUKA KULIT PENUH



TEKS JEJAKA LIMITED ZAMAR RASULULLAH



SUPERGIRL DI ZAMAN RASULULLAH




AVENGERS DI ZAMAN RASULULLAH









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...