.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 26, 2023

Ar-Risalah As-Sanariyyah: Risalah Ringkasan Sifat 20


Ar-Risalah As-Sanariyyah: Risalah Ringkasan Sifat 20
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-989-2
Kod: GB 0712
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 64 m/s
Teks: 1C
Berat: 0.2 kg
Harga: RM 15.00/ 17.00


DETAIL:

Buku ini merupakan ringkasan komprehensif tentang isi-isi penting daripada buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas dan juga buku Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat & Sam‘iyyat. 



Menjelaskan 8  perkara penting akidah iaitu:

1)         50 Aqa’id Al-Iman (Simpulan Iman)

2)         Huraian 20 Sifat Wajib Satu Per Satu

3)         4 Pembahagian Sifat-sifat Wajib bagi Allah

4)         Sifat Harus bagi Allah

5)         Hukum kepada Sifat-sifat Allah

6)         Uluhiyyah (Makna Ketuhanan) yang Terkandung dalam Kalimah Tauhid

7)         Huraian Sifat-sifat Wajib Para Rasul Satu Per Satu

8)         Sifat Harus bagi Rasul







Jan 18, 2023

Pedoman Puasa-puasa Sunat

Pedoman Puasa-puasa Sunat

ISBN: 978-983-097-987-8
Penulis: Dr. Udah Mohsin
Kod: GB0697
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Tebal: 136 halaman
Teks Dalam: 2C
Berat: 0.4 kg
Harga: RM20.00 / RM22.00


Sinopsis:

Puasa sunat merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, terdapat beberapa puasa sunat yang biasa menimbulkan perselisihan dalam kalangan masyarakat berkenaan hukum mengamalkannya. Oleh itu, dalam Pedoman Puasa-puasa Sunat ini penulis menjelaskan amalan tersebut bersandarkan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, turut disertakan perbahasan ulama mengenai khilaf-khilaf pendapat yang wujud.

Naskhah ini akan membawa pembaca memahami berkenaan:

-           Dalil fadilat berpuasa secara umum

-           Fadilat puasa Asyura

-           Perbahasan ulama tentang puasa sembilan hari pertama bulan Zulhijah

-           Khilaf ulama dalam puasa bulan Rejab

-           Hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban

-           Hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja

Tentang Penulis:

Dr. Udah Mohsin Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019-2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pedoman Puasa-puasa Sunat merupakan karya keenam beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...