.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Oct 22, 2012

Eksklusif Solat-Solat Sunat

Klik 
GB195 : Eksklusif Solat-Solat Sunat

Pengarang :  Dr Udah Mohsin
Tebal : 376 m/s
ISBN :  978-983-097-312-8
Harga :  RM 35.00 S/M dan RM 37.00 S/S

Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Apakah kedudukan solat-solat sunat ini di sisi Islam? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini.

Oct 19, 2012

Indahnya Politik Cara Islam

 Klik di sini
GB0196 : Indahnya Politik Cara Islam

Pengarang : Dr Zaharuddin Abdul Rahman 
Tebal : 336 
ISBN : 978-983-097-400-2 
Harga : W/M:RM30.00 E/M:RM32.00


Kenapa dikatakan berpolitik cara Islam dalam sebuah negara demokrasi menjamin kesejahteraan dan kedamaian manusiawi dan ukhrawi? Adakah amalan berpolitik kini menepati apa yang digariskan dalam Islam? Adakah Islam menerima ideologi pemerintahan yang meletakkan penilaian keadilan, baik dan buruk kepada logik akal semata-mata? INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM memberi persepsi yang jelas mengenai politik dan sistem pentadbiran dalam Islam. Kupasannya yang ilmiah berdasarkan usul fikah, perbahasan ulama, contoh sejarah dan sandaran dalil yang autentik, dipakejkan dengan gaya olahan yang mudah dan bersifat semasa. Sesuai untuk ahli politik, pemimpin, ahli agama, ahli korporat, pelajar dan masyarakat umum. DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dan Kewangan Islam dari University of Wales, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ahli Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menganggotai Majlis Penasihat Syariah di bank dan institusi seperti Al Rajhi Bank Malaysia.

Oct 5, 2012

Wow, Coklat Fondue Mia

Klik di sini
GB0194 : Wow, Coklat Fondu Mia! 

Pengarang : Nadya Nabila & Mazny M.R 
Tebal : 0 
ISBN : 978-983-097-396-8 
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00


Coklat fondu? Sedapkah coklat fondu? Luna mula menggaru kepala. Mei Ling pula mengerutkan wajahnya. Apa kata awak beri kami rasa dahulu? tiba-tiba Yaya memberikan idea. Kelas 6 Zuhal bertungkus lumus hendak memastikan keuntungan gerai memenuhi tabung kelas mereka. 

Hujung tahun ini, Cikgu Saleha sudah berjanji mahu membawa mereka melawat tempat-tempat menarik di Melaka. Namun, siapa pula yang telah mencuri rancangan mereka hendak menjual coklat fondu itu? Hisy, geram sungguh Kelas 6 Zuhal dibuatnya! NADYA NABILA, pengawas Sekolah Menengah Islam IQKL yang aktif dalam karate-do bergandingan dengan ibunya, MAZNY M.R. (penulis novel dewasa, Lentera Cinta Albaicin terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.), menulis kisah pesta jualan dalam novel sulung Wow, Coklat Fondu Mia! Nadya yang berusia 15 tahun sangat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti debat, public speaking dan penulisan skrip drama sekolah.

43 Inspirasi Mendidik Anak

Klik pada gambar
GB0193 : 43 Inspirasi Mendidik Anak 

Pengarang : Mohd Hisham Sharif & Hasifah Zainuddin 
Tebal : 272 
ISBN : 978-983-097-349-2 
Harga : W/M:RM19.00 E/M:RM21.00


Membesar dan mendidik anak pada zaman serba mencabar ini memerlukan kesabaran yang tinggi. 


Cabaran-cabaran ini bagaikan satu ujian bagi pasangan ibu bapa. Namun ia perlu ditempuh oleh setiap ibu bapa dalam memastikan anak-anak dibesarkan dan dididik dengan iman dan takwa. 


Ibu bapa diamanahkan Allah membentuk akhlak si anak, setelah berusaha, yang selebihnya hendaklah diiringkan dengan doa dan berserah kepada Allah SWT. 


Pelbagai ragam dan soalan dari mulut si anak kekadang membingungkan ibu bapa untuk menanganinya. Buntu untuk menjawab soalan demi soalan anak dan kesabaran pula ada waktunya hilang entah ke mana. 43 Inspirasi Mendidik Anak perlu dibaca oleh ibu bapa apabila berdepan krisis mendidik anak. Semoga berinspirasi dalam menempuh cabaran mendidik anak. Bak kata penulisnya, Jika bukan kita, siapa Lagi? jika bukan sekarang, bila lagi?

Merisik Tuan Puteri

Klik di sini

GB0192 : Merisik Tuan Puteri 

Pengarang : Harlis Kurniawan 
Tebal : 224 
ISBN : 978-983-097-376-0 
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00


Dalam siri pertama BERTEMU PUTERI MELAKA, Bujang telah bertemu Puteri Melaka. Sejak itu dia berangan-angan untuk berkahwin dengan tuan puteri. Kini, dalam siri kedua MERISIK TUAN PUTERI, Bujang masih menaruh harapan untuk berkahwin dengan Puteri Melaka. Muncul pula gadis rupawan bernama Siti Nurhaliza, rupanya mirip Puteri Melaka. Mungkinkah Bujang jatuh cinta dengan Siti Nurhaliza pula? Atau setiakah cinta Bujang hanya kepada Puteri Melaka? Bujang turut meneruskan kembaranya, bertemu pelbagai gelagat manusia dan masalah mereka. Bujang dapat menyelesaikannya dengan penuh hikmah.Kemuncaknya, Bujang diminta berdebat dan berhujah dengan dua orang tokoh bijak pandai. Mampukah Bujang menundukkan mereka? Ayuh, kita mengembara bersama Bujang dalam MERISIK TUAN PUTERI.

10 Kisah dalam al-Quran

Klik di sini
GB0190 : Himpunan 10 Kisah Dalam Al-Quran 

Pengarang : Zuraimi Ismail 
Tebal :  
ISBN : 978-983-097-390-6 
Harga : W/M:RM12.00 E/M:RM14.00


Himpunan 10 Kisah Dalam Al-Quran ini mengisahkan 10 cerita yang terkandung dalam kisah -kisah kehidupan beberapa orang rasul, nabi-nabi atau orang soleh. 

Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif unutk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya. 

Sepuluh kisah terpilih yang di ceritakan dalam buku ini mempunyai pengajaran tersendiri. Kenapakah kisah-kisah itu diceritakan dalam al- Quran? Pastinya Allah SWT mahu supaya kita sebagai hamba-Nya mengambil hikmah di sebalik setiap yang difirmankan-Nya itu.

Super Haidama!

Klik di sini
GB0189 : Super Haidama! 

Pengarang : Qisha Nur'ain 


Tebal : 112 
ISBN : 978-983-097-373-9 
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00 

Haikal,Damia dan Malik.Tiga sahabat yang super kreatif, penyabar dan bijak!. Mereka diberi tugasan khas dalam Pertandingan Reka Cipta Peringkat Sekolah. Super HAIDAMA menerimanya dengan penuh semangat! Semangat mereka teruji apabila satu demi satu kejadian yang tidak disangka berlaku. Kehadiran tiga lembaga bertopeng di banglo secara mengejut menambahkan lagi tekanan. Bagaimanakah ciptaan mereka dapat berfungsi pada hari pertandingan nanti? Siapa pula lembaga bertopeng yang sering muncul di banglo itu?




Oct 4, 2012

Natrah Fantasia

Klik di sini....
GB0188 : Natrah Fantasia 

Pengarang : Dissa Azmin 

Tebal : 223 

ISBN : 978-983-097-375-3 

Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00 


BAB: 2 MUSUH TETAP MUSUH  

Natrah terjatuh. Aduh! Natrah menggosok-gosok bahu kirinya yang terasa sakit. Malah badannya juga terasa lenguh dan sengal-sengal. “Teruk betullah sakit gigi ini, tidak cukup buat adik hilang tumpuan, hilang kawalan diri dan cepat marah. Sekarang ini, buat adik terjatuh dari sofa pula,” rungut Natrah sambil bingkas bangun.
             Rasa berdenyut-denyut pada gigi Natrah sudah berkurangan. Berdetik di fikirannya, mungkin makhluk asing itu juga sudah jemu bersarang di dalam giginya kerana Natrah asyik makan bubur nasi sahaja. Natrah terkekeh sendiri.
“Sudah tidak sakit lagi? Bagusnya!” kata Natrah tersenyum riang sambil menggosok-gosok pipi kanannya yang bengkak itu, sudah surut sedikit.

Girangnya Natrah bukan kepalang. Natrah melompat-lompat keriangan. Sebentar itu, senyuman Natrah terpaku sebentar. Oh! Renungannya juga terkaku. Dia memerhati dalam senyap. Jantungnya berdegup kencang. Di sekelilingnya terdapat lolipop pelangi gergasi yang berpusing-pusing perlahan seperti kincir angin. Terdapat juga bunga-bunga matahari gergasi yang riang tersenyum. Cuaca pagi menyerlah cerah dan ceria. Tiada sofa L. Tiada ruang tamu. Bukan di rumah. Bukan juga di sekolah. Di manakah dia?
Natrah kebingungan. “Adakah ini juga salah satu kesan buruk sakit gigi yang tidak adik ketahui?” kata hati Natrah sendirian. Seketika itu, ilham menerjah ke mindanya. Dia tersenyum sendiri dan berkata lagi, “Tidak salah jika ada perasaan ingin tahu.”
            Natrah memberanikan diri untuk mengenali daerah ini. Natrah berjalan perlahan sambil melebarkan senyuman dan renungannya yang tersapa dek pemandangan yang luar biasa itu. “Wah, cantiknya!” kata Natrah sambil berpusing-pusing memandang di sekelilingnya.
            Natrah mendongak ke langit yang terang dengan warna kebiruan. Awan gula-gula kapas tersenyum memandangnya. Natrah tersenyum sendiri. Dia berasa sungguh gembira berada di taman ini. Kelihatan rama-rama bebas berterbangan dengan riang. Natrah berasa sungguh kagum dengan keindahan ini. Tiba-tiba , guruh kedengaran. Sebentar itu, hujan mula merintik.
            Natrah kehairanan sambil mendongak ke langit. “Hujan gula-gula?”
            Hujan gula-gula yang bersaiz dan berbentuk bulat seperti butang baju itu terdiri dari warna hijau, merah, oren, kuning dan coklat itu benar-benar membuat Natrah terpaku. Aneh! Sungguh aneh!
            “Cepat! Mari berteduh di sini!” Satu suara halus menyapa Natrah yang kelihatan masih tertanya-tanya itu.
            Natrah mencari-cari arah suara yang menegurnya itu. Kelihatan sehelai daun bunga matahari melambai-lambai ke arahnya. Natrah segera berlari mendapatkan bunga matahari yang hanya beberapa meter dari tempat dia berdiri. Natrah berteduh di bawah rimbunan daun bunga matahari yang lebar itu.
Natrah tersenyum lagi. “Awak sungguh baik hati, bunga matahari.”
            “Kita ciptaan Allah. Kita haruslah saling membantu,” balas bunga matahari sambil tersenyum riang.
            Natrah berasa begitu selesa. Kini, dia telah mempunyai teman baharu. “Gembiranya bertemu dengan awak.”
            “Ari juga.” Senyuman bunga matahari yang bernama Ari itu semakin lebar. Selebar wajah ceria Natrah yang semakin berseri-seri itu.
            Hujan gula-gula yang berperisa coklat itu masih belum berhenti. Sesekali guruh bersahut-sahutan. Dalam lebat hujan gula-gula yang masih mencurah-curah itu, sayup-sayup kedengaran satu bunyi yang pelik. Bunyi derap langkah seseorang atau sesuatu yang besar dan tinggi. Apakah itu?
Seketika itu, wajah riang si bunga matahari kelihatan cemas. Kebimbangan jelas terbayang di wajahnya. Ari berteriak nyaring. “Jaga-jaga! Dia sudah datang! Cepat berlindung!” 

Untuk dapatkan  novel awal remaja ini dapatkan di rangkaian kedai buku MPH atau POPULAR....




Diari Aneesa 2

Klik di sini
GB0187: Diari Aneesa 2

Pengarang: Norehan M. Nooh
Tebal: 230
ISBN: 978-983-097-372-2
Harga: W/M:RM14.00 E/M:RM16.00


BAB 1 : SUKARNYA MENJADI KETUA

Petang itu, Dewan Bestari dipenuhi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kejora. Dewan yang sarat dengan pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua berserta guru-guru sesi petang itu bergema dengan suara lantang seorang guru lelaki berusia 40-an yang memegang mikrofon di bahagian kanan pentas. Mereka khusyuk mendengar ucapan guru lelaki yang sedikit beruban itu.

Sesekali Cikgu Azhar, guru disiplin sekolah yang sedang berucap itu berhenti seketika untuk menarik nafas, atau mungkin bagi menahan sebak yang mula bersarang di hatinya. Riak wajah Cikgu Azhar sugul. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang duduk sebaris di bahagian hadapan pentas dewan itu.

“Pelajar-pelajar sekalian, kamu jangan fikir apabila saya sudah tiada di sini kamu boleh berbuat sesuka hati kamu. Jangan pula kamu mengambil kesempatan melanggar peraturan sekolah. Guru-guru lain dan pengawas-pengawas sesi petang tetap ada di sini bagi memastikan kamu berdisiplin dan mematuhi semua peraturan sekolah,” tegas Cikgu Azhar.

Seorang pengawas yang memakai tanda nama “Aneesa” dan beberapa lagi pengawas yang bertugas di bahagian belakang dewan, turut mendengar pesanan terakhir Cikgu Azhar. Ada antara mereka yang mula bergenang air mata.

“Siapa yang akan ganti Cikgu Azhar nanti?” Atiqah, rakan karib Aneesa berbisik perlahan.

Aneesa hanya menjungkitkan bahunya. Kemudian dia berpaling ke arah sekumpulan pelajar lelaki di barisan belakang yang asyik tersenyum-senyum. Wajah mereka langsung tidak menampakkan kesedihan. Sesekali mereka berbual-bual sesama sendiri. Suara mereka sayup-sayup kedengaran di telinga Aneesa. Semakin lama, suara mereka semakin kuat. 

Aneesa bergerak ke arah kumpulan pelajar lelaki itu. “Tolong senyap!” Aneesa memberi peringatan. Jari telunjuknya dirapatkan ke bibir.

“Wahai kawan-kawan!” tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara.
Aneesa menoleh ke arah pelajar lelaki itu.

“Jangan bising sangat. Hormatlah pada Cikgu Azhar. Hari ini, hari terakhir dia di sini,” sambung pelajar lelaki berkulit cerah dan bermata sepet itu. Penampilannya yang kemas dengan beg sekolah dan kasut sekolah berjenama, menjadikan dia lebih menonjol berbanding pelajar lain. Itulah Danial Johan, pelajar yang cukup terkenal di sekolah itu. Semua warga sekolah termasuk tukang kebun kenal akan Danial. Siapa yang tidak kenal Danial? Anak orang kaya yang paling kemas dan sentiasa bergaya di sekolah itu. Namun Danial dikenali bukan kerana dia anak orang kaya, sebaliknya kerana kenakalannya.

“Betul kata Danial,” Aneesa mengiakan.

“Memang betul!” sampuk Danial dengan mendabik dada.

Danial tersenyum sambil mengangkat kening. Pelajar-pelajar yang ada di situ membalas senyumannya. Dalam pada itu, mata Danial melirik ke arah Aneesa seolah-olah ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
Aneesa yang berasa tidak selesa dengan keadaan itu terus meninggalkan kumpulan pelajar tersebut. Semasa berjalan meninggalkan kumpulan itu, Aneesa mendengar mereka berbisik-bisik mengata dirinya.
Biarkan mereka. Janji saya sudah menjalankan tugas saya. Demikian bisik hati Aneesa.

Untuk membaca bab seterusnya dapatkan novel remaja ini di MPH atau POPULAR....

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...