Tajuk:
Geng Puaka
(Kompilasi
Komik Godaan Syaitan 2).
ISBN:
978-983-097-663-1
Penulis:
Pakcik Bad
Harga:
RM15/RM17*
GENG
PUAKA adalah siri kompilasi 2 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam
Majalah Asuh yang terbit sejak 1998.
Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya
kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.
Uniknya
Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah
kosong tanpa isi. Tetapi komik ini berputar mengenai 2 ekor syaitan yang tak
henti-henti menipu dan menghasut kanak-kanak supaya menjadi budak jahat dan
nakal.
Awasi tipuan syaitan, kerana mereka musuh mukmin no 1.
GENG
PUAKA mengumpulkan 28 komik Godaan Syaitan. Menang membeli menang membaca!
Antara
cerita yang menarik dalam siri ini,
> Bola
ajaib
Ianya
kisah Fazril yang suka sangat main bola. Apa lagi syaitan pun mengambil peluang
menghasut dan menipu Fazril sampai sanggup mungkir janji nak tolong ibunya
semata-mata nak main bola. Kerja sekolah pun sering terabai apatah lagi ibadah
seharian. Hmm, memang bola itu dah dijampi oleh syaitan kot?
> Rahsia
syaitan
Pak
Cik Bad mengorek rahsia syaitan yang jarang anak-anak tahu. Seperti Syaitan
kecewa dengan orang yang memberi salam sebelum masuk kerumah kerana ini
menyebabkan syaitan tak boleh menumpang masuk. Syaitan tak suka orang yang
membaca Al fatihah, ayat kursi dan surah An-nas sebelum tidur kerana ini
menyebabkan syaitan tak boleh mengganggu orang itu dan banyak lagi rahsia
syaitan. Jom korek rahsia syaitan!
> Ish
ish tak bestnya!
Ini
kisah syaitan bila bulan Ramadan hampir tiba. Syaitan yang membenci bulan
Ramadan kerana mereka akan diikat ( tidak boleh menghasut manusia lagi) akan
menggunakan peluang sebelum Ramadan untuk melipatgandakan lagi usaha menghasut
dan menggoda kanak-kanak agar menjadi lebih jahat. Jangan dengar bisikan
syaitan!