JUDUL: Kelab Hantu
PENULIS: Pakcik Bad
ISBN: 978-983-097-657-0
ISBN: 978-983-097-657-0
HARGA: RM15/RM17*
KELAB
HANTU adalah siri kompilasi ke-3 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam
Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya
kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.
Uniknya
Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah
kosong tanpa isi. Tetapi komik ini sarat dengan ilmu, pengajaran dan mesej yang
sangat berguna buat semua manusia baik kanak-kanak atau dewasa dalam menghadapi
hasutan, godaan atau tipuan syaitan yang sangat licik menjalankan tugasnya.
KELAB
HANTU mengumpulkan 27 komik Godaan Syaitan. Berbaloi sungguh dengan nilai
harganya.
> Baik yang
sia-sia
Ianya
kisah Faizal yang sering dihasut oleh Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk agar
selalu menunjuk-nunjuk bila membuat baik kepada rakan-rakan sekolahnya. Amalan
mencari sanjungan rakan dan tidak ikhlas ini menyebabkan ianya kosong dari
pahala. Buat baik banyak-banyak tapi tak dapat pahala. Sia sia kena tipu dengan
syaitan. Kasihan kat Faizal kan?
> Kelab rakan
syaitan.
Ini
kisah Tina, seorang gadis comel yang menjadi kesayangan Syaitan kerana dia
seorang budak yang pemalas. Susah sangat nak tolong ibunya malah membiarkan
ibunya membuat kerja dapur keseorangan. Titik perubahannya bermula bila Tina
menumpang dirumah sepupunya Azni. Azni sering membantu ibunya didapur malah
sangat menghormati ibunya. Tina akhirnya sedar dengan kesilapannya dan menjadi
anak yang baik dengan ibubapanya. Syaitan frust menonggeng!
> Haha…gerenti
tertolak!
Kisahnya
mengenai Azli. Pelik betul bila Syaitan tak pernah kacau Azli solat atau
berwuduk! Sebabnya Azli tak belajar dan cuai langsung tentang ilmu Fardu ain
baik solat atau wuduk menyebabkan amalannya sia sia dan tertolak! Waktu makan
pun syaitan tak kacau sebab syaitan tahu makanan yang Azli makan banyak dari
sumber yang haram. Tapi bila Azli sedar dan ingin mendalami ilmu agama, syaitan
mula pening kepala!
No comments:
Post a Comment