.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 motivasi agama. Show all posts
Showing posts with label 1 motivasi agama. Show all posts

May 11, 2026

COUNTDOWN AKHIR ZAMAN

Countdown Akhir Zaman
Penulis: Dato' Muhammad Zakaria
ISBN: 978-629-7929-04-0
Jenis: Hard Cover
Kod: GB0933
Ketebalan: 346 / 4 warna
Saiz Buku: 16.5cm x 24.0cm (Portrait)
Berat:
Harga: RM65.00/RM67.00

SINOPSIS

Dunia hari ini semakin aneh.

Nilai kemanusiaan berubah, fitnah berleluasa, peperangan tidak pernah reda, dan manusia semakin jauh daripada kebenaran. Ajaibnya, semua keadaan ini telah lama disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis Baginda lebih 1400 tahun yang lalu.

Buku ini membawa pembaca menelusuri tanda-tanda akhir zaman yang disebut dalam Al-Quran dan hadis, kemudian melihat bagaimana sebahagian daripadanya semakin jelas muncul dalam realiti dunia hari ini. Daripada perubahan akhlak manusia, pergolakan umat, hingga konflik global yang menggoncang dunia — semuanya memberi gambaran bahawa sejarah manusia sedang bergerak menuju penghujungnya.

Dengan bahasa yang mudah difahami dan berpandukan sumber-sumber yang diyakini kebenarannya, buku ini membantu pembaca memahami peta besar peristiwa akhir zaman serta hikmah di sebalik peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya.

Apakah tanda-tanda yang telah berlaku?

Apakah yang sedang kita saksikan pada zaman ini?

Dan apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Mungkin tanpa kita sedari, kita sedang hidup pada zaman yang pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

 


Dato’ Haji Muhammad Zakaria dilahirkan pada 1 November 1955 di Rembau, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pengajian di Rosny College, Tasmania, serta Universiti Tasmania dan Universiti Newcastle, Australia. Memiliki pengalaman lebih empat dekad dalam bidang penulisan dan penerbitan, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah, CEO kolej swasta, editor, penerbit, motivator dan penceramah. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menghasilkan 39 buah buku dan terlibat menerbitkan lebih 1,000 judul buku melalui pelbagai penerbit. Beliau juga antara pengasas majalah Solusi serta pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular, Anugerah Berita Harian dan Anugerah DBP. Kini beliau aktif dalam pelbagai organisasi dakwah dan kebajikan di dalam dan luar negara, di samping terlibat dalam misi kemanusiaan membangunkan sekolah dan masjid di beberapa negara. Kini beliau ialah Profesor Pendidikan & Penulisan di Asean University International Malaysia (AUIM). Countdown Akhir Zaman merupakan karya sulungnya bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.










May 16, 2025

DALAM DIAM TUHAN MENGAJAR

DALAM DIAM TUHAN MENGAJAR
ISBN: 978-629-7716-60-2
KOD: GB0889
PENULIS: Da’i Izzhar Nazri
TEBAL: 224 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
BERAT:
HARGA: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Kita semua pernah berada di titik itu — Titik yang membuatkan kita terduduk, tidak tahu mahu cakap apa. Mulut tidak mampu melafazkan doa. Cuma air mata yang menjawab segalanya.

Pada waktu itu, kita selalu bertanya, “Ya Allah, kenapa semua ini berlaku pada aku?”

Namun, semakin kita persoal, semakin kita tidak menemui jawapannya. Apa yang ada cuma sepi dan hati yang semakin penat.

Insya-Allah, jawapannya ada di dalam buku ini. Buku ini bukan sekadar buku motivasi. Ia adalah perjalanan mencari makna. Ia ditulis untuk sesiapa saja yang pernah kecewa, pernah salah faham dengan takdir, pernah rasa diri tidak berguna, atau pernah menangis diam-diam waktu orang lain nampak kita tersenyum.

 


Dengan kisah-kisah para nabi, dalil al-Quran dan hadis, kajian psikologi, analogi-analogi dan tip healing dalam buku ini, akan membuatkan kita berhenti seketika dan mula lihat semula kehidupan kita daripada perspektif yang baharu.











Apr 9, 2025

Tafsir Ayat-Ayat Cinta

Tafsir Ayat-Ayat Cinta
ISBN: 978-629-7716-52-7
Penulis: Zaki Sapuan al-Hafiz
Kod: GB0869
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Tebal: 288 muka surat (1C)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS:

“Cinta yang sejati adalah cahaya yang tidak terpadamkan. Ia membimbing mereka yang mencari, dan menyelamatkan mereka yang tersesat.”

Di sebalik bait-bait indah Jalaluddin Rumi, tersembunyi lautan hikmah yang menanti untuk diterokai. Tafsir Ayat-Ayat Cinta membawa anda menyelami makna cinta yang melampaui emosi manusia — cinta yang menemukan jiwa dengan rahmat Ilahi.

Melalui kisah, perumpamaan, dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, naskhah ini mengubati luka-luka jiwa dan memimpin kita pulang ke kampung rohani. Dari renungan tentang pergaulan yang menyembuhkan, cahaya yang hilang dalam bayang, hingga kerinduan yang membawa kepada teman abadi, setiap halaman membawa pembaca semakin dekat kepada hakikat yang sering tersembunyi di sebalik helaian kehidupan.

Adakah hatimu pernah merasa kosong?


Adakah jiwamu pernah bertanya tentang makna yang lebih dalam?

Maka, berjalanlah bersama Rumi dalam tafsir cinta ini. Temukan hikmah dalam kata, dan temukan dirimu dalam cahaya-Nya.








Dec 10, 2024

Allah Tak Tinggalkan Kita

Allah Tak Tinggalkan Kita
Penulis: Ustaz Haji JAfri Abu Bakar Mahmodi
ISBN: 978-629-7716-26-8
Kod: GB0856
Saiz: 13.5 cm X 21.5cm (Portrait)|
Tebal: 240 muka surat (1 color)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Dalam buku ini, kita akan menemui kisah-kisah menakjubkan mengenai bagaimana individu-individu yang terjatuh dalam kesilapan kembali kepada cahaya Ilahi. Allah Tak Tinggalkan Kita menyingkap ibrah luar biasa, di mana para hamba Allah yang pernah tenggelam dalam kelalaian akhirnya meraih cinta dan rahmat Allah melalui taubat yang ikhlas.

Setiap kisah dalam buku ini mengandungi pengajaran mendalam tentang pentingnya hidayah, penyesalan, dan ampunan Allah. Daripada kisah Nabi Adam a.s., yang bertaubat selepas tergelincir dari Syurga, taubat kaum Nabi Yunus a.s. selepas enggan beriman kepada Allah, hingga ke taubat seorang pembunuh 100 jiwa yang akhirnya diterima oleh Allah, buku ini memberikan harapan kepada sesiapa sahaja bahawa pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ingin berubah.

Naskhah ini adalah bacaan penuh inspirasi yang mengingatkan kita bahawa Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya, rahmat-Nya amat luas, mengalahkan kemurkaan-Nya, dan sesiapa pun — tidak kira sebesar mana kesalahannya — berhak meraih keampunan dan menjadi kekasih Ilahi.


TENTANG: USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI

kelahiran kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini menetap di Bandar Bahru Kedah. Merupakan pengasas Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (MDN), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis dan host beberapa program di TV AlHijrah juga beberapa stesen TV lain, turut mengisi beberapa program di radio tempatan. Beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. Allah Tak Tinggalkan Kita merupakan buku keenam beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...