.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 25, 2021

Mukjizat Rasulullah ﷺ

Mukjizat Rasulullah
ISBN: 978-983-097-935-9
Susunan: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kod: GB653
Tebal: 310 ms
Dimensi: Lebar: 13.97cm X Tinggi: 21.59cm X Tebal: 2cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM35.00/ RM37

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi, Nabi Muhammad memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta‘ala. Buku ini hadir bagi menyajikan sebahagian daripada kisah-kisah mukjizat tersebut.

Menariknya, penulis menyusun kisah-kisah hebat tersebut dalam lima tema utama. Ini merupakan satu kelainan yang dikemukakan oleh penulis. Supaya masyarakat dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Rasulullah berdasarkan tema yang dipaparkan.

Kelima-lima tema itu antaranya ialah mukjizat berkaitan dengan alam, mukjizat berkaitan dengan binatang, mukjizat berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, mukjizat berkaitan dengan makanan, dan mukjizat berkaitan dengan perubatan.


Antara kisah-kisah menakjubkan Rasulullah yang disusun di dalam karya tulis ini ialah:

- Gunung Uhud bergoncang saat Rasulullah mendakinya

- Batu-batan memberi salam kepada Rasulullah

- Kayu bakar berubah menjadi pedang

- Serigala bercakap dan bersaksi atas kerasulan Baginda

- Kambing jantan bersujud kepada Rasulullah

- Pohon berbicara dengan Rasulullah

- Bulan terbelah menjadi dua

- Betis yang patah, sembuh berkat usapan Rasulullah

- Berkat doa Rasulullah , Abu Hurairah tak pernah lupa walau sepotong hadis.









May 24, 2021

5 Surah Pilihan & Al-Ma’thurat

5 Surah Pilihan & Al-Ma’thurat

Berserta Terjemahan Surah Per Baris & Dalil Fadhilat Zikir
Susunan: Ustazah Asma’ Harun
ISBN: 955-5-749700-51-9
Kod: GB650
Tebal: 136 ms
Dimensi: H: 
21.0cm X L: 14.8cm X W: 0.9cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM28.00/RM30.00 (Sabah/Sarawak)

 SINOPSIS

Selain memuatkan al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini juga mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian. Lima surah tersebut ialah al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqi’ah, dan al-Mulk. Kelima-lima surah tersebut dilengkapi dengan terjemahannya dalam format per baris bagi memudahkan para pembaca untuk menghayati, memahami, dan mentadabbur setiap ayat yang dibaca.

Selain itu, buku istimewa ini juga telah disusun oleh Ustazah Asma’ Harun dengan disertakan kelebihan-kelebihan amalan membaca surah-surah tersebut. Natijahnya, apabila ia diamalkan, mudah-mudahan ia boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keimanan, penyuntik motivasi dan inspirasi, serta menjadi benteng pelindung diri bagi para pembacanya. Dengan adanya hadis tentang fadhilat sesuatu surah tersebut, pembaca mempunyai dalil dan alasan yang kukuh apabila hendak mengamalkannya.

            Manakala al-Ma’thurat merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa yang terpilih susunan Imam Hassan al-Banna. Ia bersumberkan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW. Berbeza dengan buku al-Ma’thurat yang lazimnya, dalam buku ini setiap ayat, zikir, dan doa yang terkandung di dalamnya disertakan dengan rujukan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Dengan itu pembaca dapat mengetahui sumber rujukan amalan, sehingga akhirnya memantapkan lagi hati pembaca untuk menjadikannya sebagai amalan harian.







May 10, 2021

ALLAH SAYANG KITA

ALLAH SAYANG KITA
ISBN: 978-983-097-933-5
Penulis: Rohamiah Muda
Kod: GB652
Tebal: 216 ms
Dimensi: L: 13.97cm X  H: 21.59cm X W: 1cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM20.00/22.00

SINOPSIS

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji. 

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira  sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.



Allah sentiasa ada untuk kita. Bahkan ia sangat dekat dengan kita. Apa yang terdetik di hati kita, Dia mendengarnya. Masya-Allah. Silap kita kerana jauhkan diri daripada Tuhan. Baiknya Allah sehingga kita tidak mampu menghitung berjuta nikmat yang diberi kepada kita setiap hari.

Kawan, berlapang dadalah dengan ujian. Kerana syurga itu akan diisi oleh orang-orang yang diuji, seperti para nabi. Begitulah dengan kita, kawan. Allah mahu beri kita syurga melalui ujian yang sedang kita lalui sekarang. Senyumlah dengan ujian yang datang! Bukankah ini bukti Allah sangat baik kepada kita? Bersangka baik dengan Allah, pasti kita akan mudah redha.





 

Telah Terbit Bulan Purnama

Judul: Telah Terbit Bulan Purnama
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-932-8
KOD: GB 0649
Saiz: Lebar: 13.5cm X Tinggi: 21.5cm X 1cm
Tebal: 152 M/S
Isi Dalam: 2C
Berat: 0.35 kg
Harga: RM 20.00/ 22.00*

DETAIL:

Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman.

Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding para Nabi dan Rasul yang lain, pelbagai kemuliaan Rasulullah termasuk perbezaan panggilan atau gelaran daripada Allah terhadap Rasulullah dan Rasul-rasul yang lain seperti yang termaktub dalam al Quran.

Turut juga dinyatakan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.

Menyambut Maulidur Rasul adalah termasuk di dalam cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya”. Riwayat Imam Al-Bukhari.


KANDUNGAN:

·        Asal Perkataan Maulidur Rasul dan Maulidun Nabi

·        Makhluk-makhluk yang Besar Menyambut Maulidur Rasul

·        Makhluk Paling Mulia Menyambut Maulidur Rasul

·        Orang Pertama Menyambut Maulid Secara Besar-Besaran

·        Hukum Menyambut Maulidur Rasul

·        Antara Keberkatan Maulid

·        Kitab-Kitab Maulid

·        Sejarah Penulisan Qasidah Burdah

·        Hikmah Dan Rahsia Hari Isnin Dan Bulan Rabi’ul Awwal

·        Berlakunya Peristiwa Besar Dengan Asbab Maulid

·        Antara Kemuliaan Nabi Muhammad SAW Ketika Masih Kecil

·        Mengenal Bentuk Tubuh Rasulullah SAW

·        Kemuliaan Nabi Muhammad SAW

·        Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat

·        Antara Akhlak Mulia Nabi Muhammmad SAW

·        Memilih Supaya Penduduk Thaif Tidak Diazab SAW

·        Mukjizat Nabi Muhammad SAW

·        Cinta Nabi SAW Kepada Umat

·        Mahalnya Harga Sebuah Cinta

·        Para Sahabat Mencintai Nabi SAW

·        Para Tabi’in Dan Golongan Selepas Mereka Mencintai Nabi SAW

·        Tanda Seseorang Mencintai Nabi SAW

 

Tentang Penulis:

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. Telah Terbit Bulan Purnama adalah karya ke-24 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.











 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...