.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 2 Tips Penulisan. Show all posts
Showing posts with label 2 Tips Penulisan. Show all posts

Nov 4, 2013

Tip Penulis - Merutinkan Bangun Malam Untuk Menulis

 Dalam satu perkongsiannya di Page FB 'Saya Tunggu Awak', Bonda Nor menulis antara ayat-ayat akhirnya, "Untuk yang berhajat menulis, mintalah ilham dan idea dari Allah. Hanya Dia yang berkuasa menunaikan segala permintaan kita sebagai hamba-Nya."

Pendatang baharu dunia novel itu berkongsi pengalaman beliau menghasilkan manuskrip Saya Tunggu Awak, novel setebal 640 halaman yang saya yakin bakal memberi impak dan fenomena tersendiri kepada dunia novel tanah air, khususnya untuk para penggemar karya dakwah.

Ayat-ayat Bonda Nor itu, dan perkongsiannya mengenai amalan bangkit pukul tiga pagi untuk menulis novel, mengingatkan saya kepada kata-kata Prof Muhd Kamil Ibrahim (Anekdot Madinah, Bersyukur Saat Diuji) pada hari terakhir sebelum beliau berangkat pulang ke Madinah pada akhir Ogos lalu, selepas 'road tour' seluruh Malaysia. Waktu itu kami sama-sama menikmati jamuan raya di kediaman Dato' Zaini, salah seorang pensyarah Universiti MKI yang juga salah seorang penulis buku Ilmu Kehidupan: Ringkas Tapi Signifikan. Kata Prof Kamil, "Kalau saya nak buat kursus penulisan, saya akan tekankan supaya penulis bangun pukul tiga pagi dan minta idea menulis daripada Allah."

Penulis yang berhajat untuk menghasilkan karya dakwah, yang menulis untuk mengajak orang kepada Allah, atau ringkasnya berdakwah melalui penulisan, lebih patut meminta idea daripada Allah. Malah sangat patut dia mengusahakan datangnya rahmat dan keberkatan daripada Allah. Tentu pelik jika kita tidak meminta pertolongan Allah dalam berbuat sesuatu untuk dan kerana-Nya. Tentu janggal jika kita tidak mengharapkan limpahan rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam mengajak diri dan orang lain kepada-Nya. Dalam banyak-banyak amalan yang boleh mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah, khususnya dalam menulis, bangun malam adalah antara yang paling utama kerana itulah waktu yang suasananya paling syahdu untuk meminta kepada-Nya dan waktu Allah sangat berkenan memenuhi permintaan seorang hamba.

"Biasanya selepas Isyak saya sudah tidur," tulis Bonda Nor, nama pena bagi Puan Norli, "dan terjaga semula untuk mula menghadap komputer pada jam 3 pagi... Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, saya selesai menyiapkan jalan ceritanya secara keseluruhan."

Amalan bangun malam untuk menulis, dan tentunya untuk sujud, bermunajat dan memohon kepada Allah, patut menjadi amalan penulis yang mahu serius menyampaikan dan menyebarkan kebaikan kerana Allah. Kalau ada satu disiplin yang penulis patut jadikan rutin, khususnya sewaktu menghasilkan karya, ia adalah rutin bangun malam untuk menulis.

Saya sendiri masih bermujahadah untuk merutinkan bangun malam ini. Cuma berdasarkan sedikit pengalaman berkarya secara bermusim, antaranya sewaktu giat menulis skrip sitkom untuk televisyen satu ketika dulu, saya boleh katakan, sangat besarnya manfaatnya apabila penulis dapat mewajibkan dirinya bangun malam untuk menulis.

Kredit artikel : Zakaria Sungib










Oct 21, 2013

Sinopsis Diperlukan Editor Untuk Mengelakkan Penulis Patah Semangat

Sinopsis buku atau novel adalah perkara penting yang diperlukan editor. Melalui sinopsis buku, editor boleh menilai sama ada buku atau novel calon penulis itu ditolak atau diterima.

Editor seboleh mungkin mahukan sinopsis yang ditulis calon penulis menjadi karya. Ini kerana editor memahami penat lelah calon penulis.

Jika perlu, editor akan mencadangkan pindaan yang perlu dibuat. Editor akan meminta calon penulis supaya meminda sinopsis.


Sebagai calon penulis, anda perlu memahami rentak penerbit yang mahu karya apa untuk diterbitkan. Sebab itu, penting untuk anda membaca karya-karya keluaran penerbit, menelaah rentak dan 'bunyi' penerbit sehinggalah anda tahu apa yang dikehendaki oleh penerbit.

Selepas anda tahu apa yang dikehendaki penerbit, barulah rancang sinopsis novel supaya editor tersenyum dengan sinopsis yang dihantar.

Editor tidak suka calon penulis patah semangat.

Jika gagal kali pertama hantar untuk kedua kalinya.





Oct 18, 2013

Bonda Nor Meluahkan Perasaan Kepada Galeri Ilmu

Klik di sini
Sudah ramai yang bertanya saya, bila novel saya akan berada di pasaran. Alhamdulillah, semalam saya terima update daripada editor Tuan Resha Hamzah. Insya-Allah dalam masa terdekat, novel Saya Tunggu Awak akan berada di rak-rak buku. Namun, bukan berita gembira itu yang ingin saya kongsikan hari ini. Ada sesuatu pengajaran berharga yang saya sempat kutip ketika proses penerbitan karya ini.

Ini cover buku yang diberikan kepada saya. Sebenarnya, ini bukan tajuk dan cover yang saya cadangkan kepada pihak penerbit. Lain ... sangat lain! Jauh benar larinya!

Sewaktu menerima cadangan daripada mereka tentang tajuk dan cover ini, saya menangis! Hati saya cukup memberontak! Saya hampir-hampir membatalkan sahaja perjanjian saya untuk menerbitkan buku bersama mereka. Sungguh, itulah yang saya rasa. Rasa marah, kecewa, rasa tidak dihormati, rasa diketepi.

Saat ini saya rasa teruji dengan ilmu sendiri. Alhamdulillah, ilmu banyak memandu saya mengendalikan emosi. Saya tidak meluahkan kekecewaan saya kepada sesiapa ... saya hanya meminta pendapat rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan novel ini sejak ia mula ditulis lagi. Rata-rata mereka turut meluahkan kecewa. Mereka juga mahukan konsep asal reka bentuk dan seperti yang dijangka mereka tidak bersetuju dengan tajuk!

Sekali lagi saya gelisah. Walaupun ini bukan hasil penulisan pertama saya, saya anggap ianya cukup istimewa kerana saya menulis novel ini tanpa pernah menghadiri sebarang kursus penulisan novel, tanpa pernah minat membaca novel apatah lagi untuk menghasilkan sebuah novel! Ianya cukup mustahil untuk dilakukan oleh saya.

Namun sungguh! Ia umpama satu tuntutan luar biasa. Umpama menerima satu arahan, saya tetap menghasilkannya sambil meriba bayi yang masih perlu disusukan. Hampir setiap malam jam tiga pagi, saya akan terjaga sendiri untuk menaip dan menghasilkan satu persatu perkataan hingga akhirnya terhasil novel setebal 640 muka surat ini! Sesuatu yang saya tahu saya tidak mampu buat tanpa ada 'kuasa' membantu yang Maha Hebat. Sebab itu saya terlalu sayangkan novel ini kerana menganggapnya anugerah dan amanah daripada Allah.

Apabila berlaku konflik tajuk dan reka bentuk, tentu sahaja saya kecewa. Selepas puas menangis untuk melegakan hati, saya menghubungi editor dan cuba berunding lagi. Okey, jika tidak mahu tajuk asal saya, apa kata pilih salah satu daripada senarai tajuk-tajuk ini. Bla ... bla ... bla ... berderet-deret tajuk yang saya cadangkan. Saya anggap itu usaha terakhir saya. Namun, saya tetap memujuk hati saya. Saya solat Istikharah memohon bantuan pilihan daripada Allah. Benar, saya ada pilihan saya sendiri tetapi jika Allah sudah tentukan apa yang terbaik buat saya ... saya redha dan akan menerimanya dengan senang hati.

Sewaktu menerima e-mel daripada editor, saya tersenyum membacanya. Dengan gaya bahasa yang cukup sopan dan menyenangkan hati, dia memaklumkan kepada saya bahawa keputusan musyawarah pihak penerbit sekali lagi 'berdegil' memilih tajuk yang sama. SAYA TUNGGU AWAK. Itu juga yang dipilih oleh mereka. Namun reaksi saya kali ini sungguh berbeza dengan penerimaan saya pada kali pertama. Secebis pun tidak ada lagi rasa kecewa. Saya malah bersyukur walaupun kesemua cadangan saya tidak diterima!

Aneh! Tiba-tiba saya jatuh cinta kepada tajuk ini, tiba-tiba saya rasa suka kepada reka bentuk cover novel yang diberi. Malah dalam hati, saya penuh yakin bahawa mereka lebih berpengalaman dengan apa yang mereka sudah biasa kendalikan. Subhanallah, betapa anehnya mainan perasaan. Sungguh, saya tiba-tiba bangga dengan keputusan mereka meskipun saya membantah pada awalnya.

Sahabat-sahabatku yang baik,

Dalam hidup kita, akan ada saatnya di mana kita akan di uji dengan perkara-perkara yang kita anggap menyakitkan dan tidak memuaskan hati. Bersabarlah. Bukan semua yang baik pada pandangan kita, baik juga pada pandangan Allah. Dia lebih tahu. Ambil sedikit masa untuk menenangkan hati kita. Dari mana sebenarnya datang kekuatan untuk memujuk hati? Minta juga daripada Allah. Dia yang pegang hati kita. Jangan minta Dia bantu kita supaya kita menang, tetapi minta bantuan-Nya agar beri yang terbaik supaya apa pun yang berlaku selepas itu akan buat hati kita lebih tenang.

Percayalah. Saya sudah melaluinya.

Kredit: Novel Dakwah



Nilai Sebuah Novel

1. Menulis adalah satu kemahiran menyampaikan isi. Setiap penulis akan cuba untuk menyampaikan sesuatu yang berisi. Tanpa isi, tulisan akan menjadi seperti hampas. Jadi, sebelum menulis, fikirkan dahulu, apakah isi-isi penting yang kita mahu tulis. Kemudian, barulah kita fikirkan apakah gaya penulisan dan bahasa yang kita mahu gunakan.

2. Penulis perlu menjadi pemikir masyarakat, bukan perosak masyarakat. Ini bermakna, setiap isi yang disampaikan, perlu mengandungi unsur-unsur yang boleh memperbaiki masyarakat. Tidak patut bagi seorang penulis cuba ‘menegakkan benang yang basah’. Contohnya, cuba memaparkan isi hati pasangan pengkid (lesbian) seolah-olah menyokong aktiviti LGBT atas nama kebebasan. Contoh lain, mengangkat isu percintaan yang tidak mendapat restu ibu bapa sehingga mempengaruhi pembaca supaya menderhakai ibu bapa semata-mata mempertahankan cinta (terpengaruh dengan filem Hindustan). Perlu diingat, SETIAP PENULIS BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG DITULIS.

3. Setiap ayat yang ditulis mesti jelas isinya. Jangan terlalu leka membuai perasaan pembaca sehingga tidak tahu, apakah mesej yang hendak disampaikan. Tulisan tanpa isi adalah seperti jasad tanpa roh. Jasad yang tiada roh, namanya ialah mayat atau jenazah. Jika jasad atau tulisan itu mengandungi unsur-unsur hasutan atau budaya yang tidak sihat, ia layak dipanggil ‘bangkai.’

4. Novel bukan sekadar cerita. Novel ialah satu medium untuk menyampaikan isi melalui cerita. Isi yang bermanfaat dan berguna kepada pembaca akan menaikkan kualiti sesebuah novel. Secara tidak langsung, pembaca akan lebih menghargai novel-novel kita kerana kita berkongsi dengan mereka sesuatu yang bermakna. Ini tidak bermakna, novel kita itu harus sarat dengan FAKTA atau TIPS atau KHUTBAH dan sebagainya. Penulis perlu bijak menyelitkan isi-isi yang baik dalam tulisannya dan kemahiran ini memakan masa untuk dikuasai. Bersabarlah dan teruskan menulis!

5. Penulis bukan sekadar menyampaikan cerita tetapi juga mendidik pembaca. Jika sekadar hendak menyampaikan cerita, karya akan kurang bertenaga. Mungkin hanya sedap dibaca, tetapi kurang mengesankan. Mungkin hanya sesuai untuk dibaca santai tetapi mudah dilupakan. Tidak meninggalkan apa-apa bekas kepada pembaca, sama ada kepada minda atau jiwa. Tidak menambah ilmu dan hikmah kepada pembaca.

6. Untuk menambahkan ‘hikmah’ dalam novel, penulis juga tidak boleh lari daripada tuntutan menambah ilmu dan hikmah dalam dirinya. Ilmu dan hikmah inilah yang memberikan nyawa kepada novel. Banyak kisah kehidupan yang boleh dijadikan bahan cerita dalam novel, tetapi perspektif penulis terhadap kisah itu akan menentukan tinggi atau rendahnya nilai isi karya yang dihasilkan. Jadi, jangan tersalah memilih perspektif. Perspektif penulis akan menggambarkan kewibawaan penulis. Jangan sampai pembaca menganggap, penulis ini jahil kerana tidak tahu halal dan haram. Sekarang ini pun, sudah ada penulis yang cuba membawa doktrin Syiah, Wahabi, Liberalisme, Pluralisme dan lain-lain aliran sesat dalam karya-karya mereka. Jaga-jaga.

Kredit: Novel Dakwah



Sep 12, 2013

Bukan Sekadar Novel Air Mata

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (rancangan Assalamualaikum, TV AlHijrah) menitiskan air mata sewaktu menyemak novel ini. Beliau diserahi manuskrip novel ini oleh penulisnya untuk proses tashih, sebelum naskhah itu sampai ke tangan editor.

Puan Zarina Mohd Yasin yang diberi tanggungjawab menyunting novel ini, mengaku beberapa kali menangis sewaktu proses menyuntingnya.

Malah penulis novel ini sendiri, Bonda Nor, membuat pengakuan di FB, "... sejujurnya, saya sendiri turut teresak-esak sewaktu menaip beberapa bab di dalam novel ini."

Saya Tunggu Awak adalah karya pendatang baharu, Bonda Nor. Kekuatan novel ini bukan hanya kerana ia sebuah 'novel air mata'. Kekuatan novel ini adalah pada garapannya yang sedap dibaca, membuai perasaan dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan, memberi pencerahan dan mengajak kepada Tuhan.

Novel setebal 640 halaman dan dijual dengan harga RM24 ini, adalah satu lagi novel dakwah yang mesti dibaca dan sangat berpotensi menjadi bestseller.

Jun 28, 2013

Tip Editor - Guru Perlu Menjadi Novelis

Banyak sebab bermain serentak apabila tim pemasaran Galeri Ilmu dan editor kreatif Galeri Ilmu hadir ke sekolah-sekolah:

1. Membawa motivator iaitu Tuan Mohd Asyraf Azehar merangkap eksekutif pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi UPSR kepada pelajar tahun enam.

2. Mengadakan bengkel penulisan asas menulis kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi novelis Galeri Ilmu.

3. Memperkenalkan buku-buku dan majalah keluaran Galeri Ilmu kepada pelajar dan guru.

4. Menjual produk buku dan majalah kepada pelajar dan guru sama ada dengan kaedah langganan, retail dan sebagainya.

Sebab nombor 2 adalah faktor penting mengapa editor perlu hadir ke sekolah dan mengambil peluang untuk memberi latihan kepada guru-guru untuk menulis.

Walaupun tempohnya sekejap tetap bermakna.

Ramai guru menyangka bahawa mereka tiada peluang berkarya kerana mereka sibuk dan tiada masa. Mereka percaya mereka ada bakat tetapi mereka tidak percaya mereka juga mampu menghasilkan buku.

Justeru, peluang untuk bertemu guru adalah landasan terbaik untuk berjumpa, beramah mesra dan meneroka fikiran guru untuk cerna idea berkenaan buku yang mereka boleh tulis.

Sambil tim pemasaran sibuk memberi motivasi dan menjual buku, editor buku juga perlu sibuk untuk mencungkil bakat penulis.

Sebab itulah saya akan terus ke sekolah-sekolah seterusnya untuk mencari guru-guru yang berbakat dalam bidang penulisan.

Semakin banyak guru menulis semakin mudah untuk menjual karya mereka kepada pelajar-pelajar.

Kepada sekolah-sekolah yang ingin menjemput tim pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi percuma kepada pelajar tahun enam hubungi Cik Suriati 013-6697992.


Tuan Mohd Asyraf Azehar menyampaikan motivasi pelajar kepada pelajar tahun enam

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Puan Habsah Hj Taib (kanan) berminat menjadi penulis Galeri Ilmu

Mencungkil bakat penulisan guru

Tim pemasaran melakukan jualan buku dan majalah

Sumber: Novel Dakwah


May 21, 2013

Buah Tangan Dari Madinah


Sumber artikel: Kosmo


SEWAKTU berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei lalu, buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar dan Aroma Antara Benua terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung.
Karya yang dihasilkan oleh Prof. Muhd. Kamil Ibrahim dan isterinya, Raudzah Roslan itu sebenarnya baru sahaja diterbitkan dan dijual buat kali pertama dalam acara tahunan yang berprestij itu.
Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar merupakan nukilan Muhd. Kamil mengenai pengalaman beliau sepanjang berada di Madinah sejak September 2011. Buku itu menceritakan tentang kebesaran Allah yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya di bumi penuh keberkatan itu.
Air tangan
Buku Aroma Antara Benua pula memaparkan koleksi resipi air tangan Raudzah. Ia dilengkapi catatan peristiwa yang dilalui sewaktu berkelana di beberapa negara semata-mata mengikut suami tercinta.
“Kami berharap semoga penulisan buku ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada khalayak pembaca,” kata Muhd. Kamil yang berhijrah ke Madinah pada selepas ditawarkan menjadi Profesor Perakaunan di Universiti Taibah.
Bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Johor itu memberitahu, menulis sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan isteri sepanjang berada di Madinah.
“Kami menulis sepanjang masa dan ia merupakan rutin harian. Jika tidak menulis buku, kami akan menulis artikel di blog.
“Sehubungan itu, kami mempunyai dua hingga tiga manuskrip serentak. Namun, apabila kami membuat keputusan untuk menghantar kedua-dua manuskrip ini, ia mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya,” ujar beliau melalui e-mel.
Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan kedua-dua karya tersebut, Roza memberitahu, buku Aroma Antara Benua lebih sukar berbanding Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar.
“Buku yang berkonsep resipi ini memerlukan foto makanan yang berkualiti. Kami tiada studio. Jadi, setiap hari saya menunggu cahaya matahari memasuki tingkap rumah agar mendapat penataan cahaya semula jadi.
“Saya pula tidak dilatih untuk mengambil gambar. Tetapi, Alhamdulillah itulah hasilnya seperti yang boleh dilihat dalam buku tersebut,” ujar Roza.
Bagi Muhd. Kamil pula, beliau melihat buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar sebagai sebahagian laluan kehidupan peribadi.
“Foto-foto yang ada pula, hanyalah menggunakan kamera telefon bimbit. Itulah yang mampu saya lakukan,” katanya.
Berkongsi tip
Sehingga kini, Muhd. Kamil telah mempunyai koleksi buku penulisan tersendiri. Antaranya ialah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007), PhD Kecil Tapi Signifikan, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008), 50 Tip Motivasi Haji (2011) dan Bersyukur Saat Diuji (2012).
Sementara Roza pula tampil dengan buku-buku bertajuk Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi.
Dalam pada itu, Muhd. Kamil turut menitipkan beberapa nasihat buat mereka yang mahu terlibat dalam dunia penulisan.
“Pertama, menulislah kerana Allah. Kedua, mohonlah kepada-Nya supaya diberi ilham dalam menghasilkan penulisan yang baik.
“Sepanjang kita menulis jangan lupa bangun solat malam, bertahajud dan bermunajat agar apa yang ditulis adalah berdasarkan ilham yang benar. Selain itu, sentiasa berdoa supaya khalayak dapat memahami apa yang kita persembahkan. Ilmu itu anugerah Allah. Allah memberi ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanyalah bala tenteranya,” ungkap beliau penuh berhemah.
Mengulas mengenai perkembangan buku-buku dan novel berkonsep Islamik di Malaysia, Muhd. Kamil mempunyai pandangan tersendiri.
“Jika ia dilakukan semata-mata kerana Allah, insya-Allah, ia akan menyerap ke hati sekali gus menjadi alat dakwah yang berkesan. Jika tidak, ia hanya satu jenama seumpama produk-produk lain di pasaran.
“Penulis yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, pembaca akan membaca sebagai satu tabiat mengisi masa lapang dan lebih parah ia hanya tebuk-tebuk di sana sini. Malah, ada jalan ceritanya tidak memenuhi syariah. Ia hanya label di kulit buku sebagai alat mencapai keuntungan.
“Bagaimanapun, kami berdoa agar ia benar-benar membawa mereka yang terlibat sama ada penulis mahupun pembaca hampir kepada-Nya,” tutur beliau.




Apr 24, 2013

6 Soalan Bersama Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Klik di sini
1. Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis USTAZ HAMIZUL BIN ABDUL HAMID dengan karya terbaharunya DIARI SEORANG AMIL. Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis.
2. Soalan pertama, apakah ciri-ciri yang perlu dipunyai sebagai seorang penulis? Adakah semata-mata konsisten menulis sahaja?
1. MEMBACA, MEMBACA, MEMBACA, MEMBACA DAN MENULIS.
2. MENGEMBARA JUGA MENAJAMKAN DAYA PENULISAN.
3. Soalan kedua, apakah dorongan utama semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan sehinggalah karya yang ada sekarang?
MAHU BERKONGSI, MEMBERI ATAU BERBAHAGI ILMU DAN PENGALAMAN DENGAN PEMBACA. TIDAK RAMAI ORANG TAHU TENTANG PERJALANAN HIDUP DAN TUGAS SEORANG TOK AMIL. IA SESUATU YANG UNIK.
4. Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya?
1. TULISLAH SESUATU YANG KITA TAHU, YANG KITA ARIF DAN SESUATU YANG ORANG LAIN NAK TAHU.
2. BILA MULA, KONSISTEN, TAK PERLU PAKSA, TAPI KONSISTEN, SEMUKA SEHARI PUN OK, SETAHUN DAH ADA 365 MUKA, DAH SIAP SATU BUKU.
3. BERGAUL ATAU BERDAMPING DENGAN ORANG YANG BOLEH BERI AURA MENULIS, MISALNYA RAJIN KE PENERBIT, HADIRI PROGRAM BEDAH BUKU, SEMINAR PENCINTA BUKU DAN SEBAGAINYA.
4. WUJUDKAN SUASANA BUKU DAN BUDAYA MENULIS DI RUMAH ATAU PEJABAT.
5. SEMAI RASA CEMBURU DENGAN KEJAYAAN PENULIS LAIN.
5. Pada pandangan Ustaz adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?
1. BUKU ILMIAH AMAT MEMERLUKAN BAHAN RUJUKAN.
2. PENULISAN FIKTIF MASIH PERLU RUJUKAN, TERGANTUNG TAJUK ATAU KANDUNGAN.
6. Soalan terakhir, boleh kongsikan 4 prinsip semasa berkarya?
1. MULAKAN LANGKAH PERTAMA DAHULU.
2. KONSISTEN.
3. SUASANA.
4. MOTIVASI.





Apr 22, 2013

Wawancara ekslusif bersama penulis Galeri Ilmu Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim

Jumpa beliau di sini
1.     Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis buku Dhuyufur- Rahman (Tetamu Allah) Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim . Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada Ustaz Zaki kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.(perkenalkan diri serba ringkas, nama , latarbelakang)


-        Saya Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, sekarang bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sebagai Pegawai Tadbir dan Imam Utama di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan. Saya juga terlibat sebagai penceramah dan pembimbing Ibadah Haji dan Umrah hampir 10 tahun.

-        Merupakan graduan lulusan dari Universiti Al-Azhar Cairo, Egypt dalam bidang Usuluddin dan Dakwah pengkhususan Tafsir. Saya juga sering mendampingi para ulama' di bumi anbia untuk mendapatkan ilmu serta tarbiah, antara guru mursyid saya ialah al-habib Sheikh Yusouf Mahyuddin al-Hasani. Saya berasal dari Pulau Pinang dan alhamdulillah, setakat ini telah mempunyai 6 orang cahayamata.

2.      Soalan pertama, apakah ciri-ciri yang perlu dipunyai sebagai seorang penulis? Adakah semata-mata konsisten menulis sahaja?

-        Bagi seorang penulis, perkara yang paling utama hendaklah dia memiliki ilmu dan peka dengan suasana. Seorang penulis juga adalah seorang pendakwah. Sifat dan ciri-ciri terbaik yang perlu ada dalam diri seorang penulis ialah dengan memiliki sifat dai'e, mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Namun janganlah pula dia melupakan dirinya untuk beramal dan melakukan apa yang telah diperkatakannya. Disamping itu seorang penulis hendaklah mempamerkan akhlak yang baik lagi terpuji serta ikhlas mencari keredhaan Allah dalam usaha dakwahnya.

3.      Soalan kedua, apakah dorongan utama Ustaz Zaki semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan?

-        Bagi saya dorongan yang paling utama sehingga terdorong untuk saya memulakan tulisan pertama ialah konsep “amal jariah”. Dengan menulis kita boleh mewariskan ilmu dan pengalaman sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk dijadikan pedoman dan pendorong bagi melakukan kebaikan. Ilmu dan nasihat yang tertulis akan kekal dan dapat diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain, insya Allah hingga ke hari akhirat. Moga dengan buku-buku yang terhasil dan dapat diamalkan pula oleh para pembaca akan menjadi amal jariah yang berpanjangan hingga ke akhirat nanti.

4.      Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya? 

-        Saya juga banyak belajar daripada para penulis yang lebih berpengalaman. Perkara utama ialah kemahuan sendiri dan kesedaran yang perlu dipupuk selalu supaya semangat untuk terus menulis tidak hilang. Kita perlu jadikan kerja menulis ini sebagai suatu keperluan bagi mengasah ilmu dan kemahiran untuk memahami sesuatu perkara. Sebelum menulis kita perlu terlebih dahulu mengkaji dan banyak membaca. Namun tidak dinafikan teknik untuk menulis dan memulakan penulisan haruslah dipelajari supaya ia tidak mematikan semangat untuk menulis di tengah jalan.

-        Trend pembaca hari ini mereka lebih berminat kepada bahan bacaan yang tidak terlalu berat untuk difahami. Bagi saya sendiri, saya lebih suka membaca bahan bacaan ilmiah yang santai penghuraiannya. Serius tetapi mudah difahami melalui olahan secara penceritaan yang dapat digambarkan dalam kehidupan seharian. Kaedah ini lebih praktikal. Sebab itu dalam karya pertama dan kedua, saya memilih untuk menulis apa yang lebih dapat saya kuasai mengenai ilmunya iaitu persoalan ibadah haji dan umrah yang diterapkan melalui pengalaman dan pemerhatian serta penghayatan. Dengan itu gaya penulisan saya akan lebih dekat dengan hati pembaca. Melalui pengalaman penulisan yang kita telah mahir dari segi perbahasannya, kita akan lebih bersemangat untuk meneroka dan menulis dalam bidang lain pula.

5.      Pada pandangan Ustaz Zaki adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?

- Ya! Bahan bacaan dan rujukan sememangnya amat penting untuk menghasilkan sesebuah buku. Malah kalau sesuatu isu itu besar, dengan bahan-bahan rujukan tadi kita boleh melebarkan lagi huraian dan menghasilkan beberapa buah buku dengan skop perbincangan yang berbeza. Keduanya, bahan bacaan dan rujukan sebenarnya banyak membantu untuk kita menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu apabila kita berjaya mengarap bahan-bahan tadi mengikut kesesuaian dan kehendak semasa.

6.      Soalan terakhir, boleh kongsikan 4 prinsip Ustaz Zaki semasa berkarya?

a. Menulis adalah ibadah dan amal jariah untuk kita di akhirat.
b. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Dengan menulis kita mampu memanfaatkan ilmu untuk dikongsi dan diamalkan bersama.
c. Ilmu adalah hak Allah, untuk menulis kita perlu banyak memohon petunjuk daripada Allah agar apa yang ditulis menepati kehendak Allah dan keredhaanNya.
d. Jujur dengan apa yang kita tulis dan perkatakan.

7.      Ceritakan sedikit tentang karya Ustaz Zaki ini di PBAKL 2013.

- Buku Dhuyufurrahman adalah karya saya yang kedua dengan Galeri Ilmu. Ilham untuk menulis buku ini tercetus dan terhasil daripada semangat haji yang saya miliki dan terus dibajai. Disamping berkongsi rasa dan idea bersama para sahabat yang lain, yang sama-sama diberi peluang untuk menyantuni para dhuyufurrahman dan menjadi tetamuNya. Nikmat berbakti dan menyantuni dhuyufurrahman amat berharga dan sukur untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun sebagai menghargai dan mensyukurinya, apa yang mampu kami berikan hanyalah dalam bentuk perkongsian pengalaman, pandangan dan catatan serta ilmu berkaitan ibadat haji dan umrah sebagai pedoman yang berguna untuk dimanfaatkan bersama. Matlamat utama daripada usaha ini adalah diharapkan para dhuyufurrahman ataupun tetamu Allah beroleh faedah yang maksima dari sudut ilmu, kefahaman dan tarbiah serta mampu mencapai kedudukan yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu haji Mabrur. Haji Mabrur tiada ganjaran yang lebih istimewa melainkan syurga!

Buku ini akan cuba mengupas dan memperjelaskan keadaan serta usaha yang sepatutnya dilaksanakan oleh seseorang yang berhasrat untuk melayakkan dirinya dijemput sebagai tetamu Allah yang istimewa. Ia juga sebagai menu muhasabah untuk mereka yang pernah bergelar tetamu Allah.

Fahamilah, ‘rasa istimewa’ pada ibadah haji dan umrah bukanlah pada fasiliti dan layanan yang diterima, tetapi istimewa itu lahir dari ‘perasaan’ menghargai dan dihargai, mencintai dan dicintai, mengharap dan diambil peduli, sesuatu yang hanya akan dapat dihayati dan dirasai oleh mereka yang telah melayakkan dirinya sebagai tetamu yang istimewa lagi terpilih. Siapa mereka? Adakah kita? Tetapi layakkah kita? Bagaimanakah untuk kita mendapatkannya? Semuanya akan terjawab dalam buku kecil ini, insya-Allah.




Apr 18, 2013

6 Soalan Bersama Syed Alwi



Klik di sini
1. Perkenalkan nama saya Alwi Alatas atau biasa dipanggil juga Syed Alwi Alatas. Saya berasal dari Jakarta, Indonesia, dan sejak tahun 2004 menetap di Kuala Lumpur untuk melanjutkan studi di bidang Sejarah. Saya telah menulis buku sejak tahun 2001 dan hingga sekarang ini telah menerbitkan lebih dari 20 buah buku. Empat buku terakhir saya alhamdulillah terbit di Malaysia, tiga di antaranya diterbitkan oleh Galeri Ilmu, semuanya merupakan buku-buku motivasi atau tarbiyah rohani.

2. Untuk menjadi seorang penulis diperlukan data/ maklumat, idea, serta kemampuan untuk menuliskannya. Data kita dapatkan dari buku bacaan, dari media (akhbar, radio, TV, internet), dari apa yang kita tengok dan dengar di sekitar kita, dan dari beberapa sumber lainnya. Idea adalah kemampuan kreatif kita untuk menghubungkan, menyusun, memberi makna, dan menafsirkan data-data yang ada tadi. Dan kedua hal itu pada akhirnya perlu dituangkan dalam bentuk kata-kata yang mudah dipahami oleh pembaca. Yang terakhir ini kita sebut dengan keterampilan menulis. Tanpa data yang cukup, sebuah tulisan menjadi kurang kadar pengetahuannya. Tanpa idea yang bagus, tulisan menjadi kurang menarik dan kurang berkesan. Dan tanpa kemampuan menulis yang baik, maka data dan idea yang hebat menjadi tidak ‘bersuara’, tidak memberi pemahaman yang semestinya kepada pembaca. Konsisten dalam menulis boleh membantu meningkatkan keterampilan menulis. Tetapi ini tidak cukup. Agar terpenuhi unsur yang lain, seorang penulis juga perlu konsisten membaca dan menghimpun data serta konsisten mengembangkan idea. Dengan ini semua insya Allah dia boleh menjadi seorang penulis hebat.

3. Saya tidak pernah bercita-cita menjadi seorang penulis. Namun, sejak kecil saya sangat suka membaca. Uang saya ketika itu selalu habis untuk membeli buku sehingga saya kadang “kena marah” oleh ibu saya (kerana uang selalu habis untuk buku). Banyak membaca rupanya telah membantu saya mendapatkan banyak maklumat/ data, membantu mengembangkan idea, serta membantu juga dalam mengenali banyak perkataan dan gaya penulisan yang ada. Kebiasaan ini yang pada akhirnya mendorong saya untuk menulis. Ketika muncul idea, muncul pula dorongan untuk menuliskannya. Pada awalnya, saya tuliskan dalam buku catatan sahaja, bukan untuk diterbitkan. Namun, begitu ada kesempatan, saya pun mencoba menulis buku dan memberikannya kepada penerbit. Selepas buku pertama terbit pada tahun 2001, maka dorongan untuk menulis dan menerbitkan buku pun semakin besar, hingga sekarang ini.

4. Nasihat saya, banyak-banyaklah membaca buku. Belajarlah dari para penulis yang telah berhasil. Selepas itu mulailah menulis. Jangan menganggap diri sendiri tak boleh menulis atau tiada kemampuan dalam menulis. Kemudian kenali juga kekuatan dan kelemahan sendiri dalam menulis. Gunakan kekuatan dengan baik dan perbaiki kelemahan yang ada. Agar kita boleh terus menulis, berusahalah membuat buku yang bagus (ini boleh didapat dengan berlatih dan menambah pengalaman dalam menulis) serta kenali apa yang disukai oleh para pembaca. Dengan begitu, insya Allah buku kita akan selalu ditunggu oleh orang ramai.

5. Bahan bacaan dan rujukan sangat penting untuk menghasilkan buku, walaupun kadarnya berbeda-beda untuk setiap jenis buku. Kalau yang ditulis buku akademik tentu rujukannya sangat banyak. Tapi kalau yang ditulis buku popular, maka sedikit rujukan pun tidak mengapa. Namun, rujukan tetap diperlukan, walaupun mungkin tidak disebutkan di dalam buku. Mungkin ada juga buku yang tidak memerlukan buku rujukan, misalnya sahaja buku travelog atau biografi. Namun kalau jenis tulisan ini dilengkapi dengan buku rujukan yang sesuai, tentu kualitasnya menjadi lebih bagus.

Cara memanfaatkan bahan bacaan? Seperti telah disebutkan sebelumnya, setidaknya kita boleh memanfaatkan tiga hal dalam buku bacaan itu. Pertama kita boleh mendapatkan maklumat/ data untuk digunakan dalam tulisan kita. Kedua kita boleh mendapatkan inspirasi dan idea daripadanya. Ketiga, jika gaya tulisannya bagus, maka kita pun boleh mempelajari teknik penulisan yang ada di dalam bahan bacaan itu.

6. Prinsip pertama, saya tidak mahu menuliskan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Bahkan saya berharap semua buku saya boleh mendekatkan pembaca kepada Islam. Prinsip kedua, berusaha memberikan kemudahan bagi pembaca. Maksudnya, saya akan selalu berusaha menggunakan kata-kata dan kalimat yang mudah difahami oleh pembaca, sehingga mereka boleh menikmati bacaannya. Prinsip ketiga, tulisan itu perlu mengandungi pengetahuan atau sesuatu yang boleh mendorong pembaca melakukan kebaikan. Saya tak ingin menulis sebuah buku sekedar untuk dinikmati dan memberikan hiburan pada pembaca. Saya berharap, selepas membaca buku-buku saya, pembaca mendapatkan sesuatu yang bermanfaat berupa pengetahuan ataupun motivasi untuk beramal. Keempat, menulis dari hati. Ini satu prinsip yang penting dan selalu saya usahakan. Apa yang keluar dari hati tentu akan lebih mudah masuk ke dalam hati pembaca. Jujur pada diri sendiri, jangan berpura-pura, dan sampaikan apa yang kita rasakan. Insya Allah pembaca akan lebih mudah menerima apa yang disampaikan penulis.

7. Dalam kesempatan ini saya menjemput Tuan dan Puan untuk hadir ke gerai Galeri Ilmu di PBAKL 2013. Ada banyak buku-buku bagus karya para penulis hebat yang boleh didapatkan pada pesta buku ini. Dapatkan juga buku terbaru saya, Bersyukurlah Kerana-Nya (2013), juga buku-buku sebelumnya, iaitu Senyumlah, apa pun masalahmu Ia pasti akan berlalu (2011) dan buku Mudahkan, Jangan Susahkan  (2012). Ramai sudah pembaca-pembaca yang membeli buku-buku ini dan mereka merasakan manfaat di dalamnya. Mudah-mudahan anda pun merasakan hal yang sama selepas membacanya.




Apr 15, 2013

Wawancara Ekslusif Bersama Tuan Web Sutera



 Pada kali ini kami membawakan seorang penulis yang sentiasa aktif menulis dan mempunyai cara tersendiri dalam berkarya. Tuan Web Sutera yang merupakan seorang pemilik bisnes katering menjawab soalan ekslusif tentang karya terbaharu beliau.

1.       Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis buku Macedonia- Alexander Agung Hijab Raja Zulkarnain, Berfikir Gaya Champion dan terbaharu Konstantinopel Kibaran Panji-Panji Al-Fateh. Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada tuan/puan/cik kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.(perkenalkan diri serba ringkas, nama , latarbelakang)


Apr 12, 2013

Temubual Ekslusif Bersama Tuan Khairi Tajudin Sempena PBAKL 2013


Ceritakan mengenai latar belakang diri anda.
 
Tuan Khairi Tajudin - 'Ikhlaskan niat'.
Nama penuh saya Mohd Khairy bin Tajudin. Saya dilahirkan pada 2 September 1983 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Maknanya, sekarang saya sudah berumur 30 tahun. Saya membesar di Kg. Lembah Keriang, Changlun, Kedah.
Saya mula bersekolah tadika di Tabika KEMAS Kg. Baru, Changlun. Kemudian, masuk sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Selepas UPSR, saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Hanya selepas PMR, barulah saya diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Selepas tamat SPM, saya sambung belajar di UiTM Kampus Arau dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Saya belum memiliki cita-cita pada waktu itu. Tidak tahu arah tuju. Ambil Kejuruteraan Mekanikal kerana di sekolah dulu belajar jurusan Sains Teknologi. Itu sahaja alasan saya yang paling munasabah. Tidak minat pun untuk menjadi jurutera atau juruteknik.

Apr 8, 2013

Obat Kuat Jiwa

Alwi Alatas

Belum lama ini saya berbincang dengan beberapa orang rakan di penerbit Galeri Ilmu, di antaranya Wan Zayuhisyam, penulis buku "Cikgu, Anak Saya Okay?". Perbincangan kami berkenaan dengan iklan buku di internet.

“Bukannya mudah nak tarik audience kepada iklan buku,” kata Wan Zayuhisyam, “lain halnya jika iklan obat kuat, tentu ramai yang tertarik.”

“Kalau macam itu tampilkan saja iklan obat kuat,” kata saya, “saat mereka klik iklan itu, yang muncul adalah buku.”
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2013

“Mana boleh seperti itu, nanti orang-orang kecewa karena lain yang diiklankan lain pula isinya.”

“Sebenarnya …,” kata saya lagi, “buku-buku motivasi Islami ini obat kuat juga … ia adalah obat kuat jiwa.”

Yang lain pun tersenyum mendengarnya.

Ini memang gurauan saja. Bukannya betul-betul akan buat iklan semacam itu. Bagaimanapun, hal ini mengandungi fakta yang benar. Buku-buku motivasi yang dibuat oleh para penulis tarbiyah rohani, atau dapat juga disebut buku-buku spiritual motivation, memang merupakan obat kuat jiwa. Buku-buku ini boleh memberi kekuatan yang besar pada jiwa. Ia mampu menggetarkan dan memotivasi jiwa; membangkitkan semangat yang lemah; mengubah kesedihan menjadi kegembiraan; menghilangkan keputusasaan dan mengubahnya jadi rasa percaya diri; dan dapat memperkaya jiwa serta mendekatkannya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Buku-buku itu boleh membuat jiwa manusia ‘tersenyum’ bahagia. Kalau sudah begitu, insya Allah tak akan ada lagi kesusahan yang menimbulkan rasa putus asa. Seperti yang saya tulis di dalam buku Mudahkan, Jangan Susahkan: “Senyuman di jiwa itu mendahului senyuman di wajah. Musibah dan kesusahan berasa segan dan takjub kepada jiwa yang sentiasa tersenyum.”

Masalahnya, berapa banyak orang yang menganggap penting jiwanya serta apa yang ada di dalam dadanya, dibandingkan mereka yang mementingkan apa yang beberapa centimeter berada di bawah dadanya?

Kalau yang dijual obat kuat lelaki mungkin banyak yang mahu membelinya dan sanggup membayar mahal, karena ia adalah simbol kejantanan dan kegagahan. Tapi berapa banyak yang mahu membayar untuk kekuatan jiwanya? Berapa uang yang sanggup dikeluarkan untuk membeli buku-buku tarbiyah rohani yang merupakan obat kuat jiwa, bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga bagi kaum perempuan dari pelbagai usia?

Kalau seorang lelaki merasa terganggu dalam hal kegagahan yang satu itu, ia tentu menjadi sangat gelisah dan sanggup mengeluarkan banyak uang untuk mengembalikan kekuatannya. Tapi kalau yang hilang adalah kegagahan dan kekuatan jiwa, siapa yang peduli? Banyak yang tak mau pening memikirkannya. Yang lain semuanya penting, tapi jiwa tak begitu dianggap penting. Padahal sebenarnya jiwa itulah yang paling tinggi nilainya dan paling mahal harganya.

Jangan hanya kuatkan badan dan hal-hal fizikal lainnya. Kuatkanlah jiwa. Carilah obat kuat jiwa. Hadiri majelis zikir dan majelis ilmu. Perbanyak ibadah dan membaca al-Qur’an. Beli dan baca buku-buku Islami. Tak banyak uang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Tapi manfaatnya insya Allah berlipat-lipat lebih tinggi dibandingkan uang yang dikeluarkan.

Para pembaca sekalian, jiwa kita terlalu tinggi nilainya. Hargailah ia dengan sebaik-baiknya. Insya Allah hal itu akan membuat kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati di kemudian hari.

Kuala Lumpur
23 Jumadil Awwal 1434/ 4 April 2013

Dapatkan tandatangan ekslusif Tuan Syed Alwi Altas di PBAKL 2013 




Feb 25, 2013

11 Soalan Bersama Novelis Khairi Tajudin


Oleh NIZHA PERIASWAMY


1.      Nama, umur, latar belakang diri.

Nama penuh saya Mohd Khairi bin Tajudin. Saya dilahirkan pada 2 September 1983 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Maknanya, sekarang saya sudah berumur 30 tahun. Saya membesar di Kg. Lembah Keriang, Changlun, Kedah.
Saya mula bersekolah tadika di Tabika KEMAS Kg. Baru, Changlun. Kemudian, masuk sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Selepas UPSR, saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Hanya selepas PMR, barulah saya diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.


Jan 4, 2013

'Suis' Yang Menghidupkan Jiwa Penulis

Nor Hayati Sapii telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai jurutera sebelum menjadi surirumah sepenuh masa. Sewaktu kali pertama Galeri Ilmu mengadakan taklimat penulisan novel pada pertengahan 2008, beliau adalah salah seorang peserta. Di hujung taklimat, beliau mengajukan sinopsis sebuah novel remaja Islami yang beliau mahu tulis. Selang beberapa bulan, sinopsis itu dapat dijelmakan menjadi manuskrip dan  diterbitkan dengan judul Andai Aku Affrina.

Selepas itu, Nor Hayati menulis novel remaja keduanya Lomy dan Tompok dan seterusnya Beri Aku Peluang.

Namun, ada satu kualiti pada diri beliau yang kemudiannya mendorong beliau mencuba sesuatu yang baharu.




Beliau acapkali menjadi kaunselor tak rasmi kepada kenalan-kenalan. Tempat mencurah masalah dan meminta nasihat. Dan beliau sendiri memang sentiasa bersedia berkongsi pandangan, tip dan nasihat. Menyedari hakikat ini, timbul rangsangan di dalam diri  beliau untuk menulis buku motivasi. Namun, beliau belum mempunyai cukup keyakinan dan keberanian untuk menulisnya sehinggalah beliau menghadiri Bengkel  Penulisan Buku Motivasi Islami di Galeri Ilmu pada Ogos 2011. Melalui bengkel ini, beliau mendapat rangsangan yang lebih kuat untuk menitipkan perkongsian yang dapat memotivasi pembaca melalui buku. 

Alhamdulillah, buku motivasi pertama beliau lahir dengan judul Memilih Untuk Bahagia. Semalam, 3 Januari 2013, beliau memperkatakan bukunya itu sewaktu ke udara secara live di Radio IKIMfm bersama DJ Mona Jasman dan Editor Kanan Galeri Ilmu, Ustaz Shahrul Zaman Lukman. 

Kadang-kadang bengkel penulisan hanya membantu memberikan rangsangan dan keyakinan kepada penulis untuk menulis. Tanpa hadir di dalam mana-mana bengkel pun, seseorang yang mempunyai jiwa sebagai penulis mampu untuk menulis. Namun, bagi sesetengah orang, ada 'suis' yang perlu dipetik untuk menghidupkan jiwa penulis di dalam dirinya.


KLIK DI SINI


Dec 20, 2010

Single Unavailable: Antara Amanah dan Larangan


Cover penuh Single Unavailable

:: Temubual bersama Nurina Izzati Mohmad Soib, penulis novel Tarbiah Remaja: Single Unavailable (S.U)

1. Apa yang mendorong saudari untuk menulis?

Pada awalnya saya memang minat menulis dari kecil, dan menulis hanya untuk suka-suka. Kemudian, saya mula cenderung ke arah penulisan dan giat menulis cerpen dan membukukannya lalu menyimpannya di rumah sahaja. Lama-kelamaan, ibu bapa dan para guru di sekolah menyuruh saya mencuba dalam penulisan novel. Ibu bapa, keluarga, guru-gura dan rakan-rakan memang banyak memberi galakan pada saya dalam bidang penulisan. Rakan-rakan pula memang suka membaca cerpen-cerpen saya dan kerap kali menyuruh saya sentiasa menghasilkan cerpen-cerpen terbaru. Setelah saya mula mengenali dunia blogging saya tergerak untuk berkongsi beberapa cerpen-cerpen saya dalam dunia maya, dan alhamdulillah rakan-rakan yang membaca akan memberi pandangan berkenaan cerpen saya. Setelah itu, saya menghantar proposal kepada beberapa syarikat penulisan termasuk GISB dan alhamdulillah GISB terima. Saya memilih GISB kerana cara layanan mereka yang mesra dan editor perolehannya, Encik Zakaria pula memberikan tips penulisan yang bagus. Dari situ saya mulai serius dalam bidang penulisan dan bertekad untuk mendedikasikan diri dalam bidang ini. Insya-Allah.

2. Mengapa menulis S.U.?
Single Unavailable tercetus daripada pergerakan kehidupan di sekitar saya sendiri. Mesej utama yang cuba saya bawa dalam novel ini berkenaan hukum berpasangan, khususnya di kalangan remaja zaman sekarang. Saya cuba menyampaikan bahawa pelajaran itu lebih penting daripada bercinta, kerana menurut saya remaja sekarang lebih mengejar cinta lelaki dan perempuan dibandingkan dengan cinta kepada Allah SWT, pemilik cinta yang sejati. Penulisan S.U. lebih kepada mengajak saudara-saudara saya di luar sana agar menyahut seruan cinta Ilahi dan meninggalkan kemungkaran yang sedang berleluasa kini. Jika bukan para remaja yang mengubah cara hidup mereka di dunia ini, siapa lagi?

3. S.U berkenaan?
Single Unavailable mengisarkan Taqiah, sebagai watak utama yang taat pada ajaran Islam dan tidak lalai dalam mengerjakan ibadah. Taqiah merupakan ketua pelajar di sekolahnya, yang berusaha untuk menjalankan amanah para guru dengan sebaik mungkin. Namun kehidupan Taqiah tidak lengkap dengan ujian dan musibah daripada Allah SWT, terutamanya apabila dia mengenali Latif Marwan, seorang pelajar yang agak nakal. Taqiah juga dibelenggu konflik apabila dipaksa memilih antara Marwan dan abangnya, sedangkan Taqiah sendiri nekad untuk tidak berpasangan. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan, sering membuatkan mereka dilanda konflik. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah, yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan.

4. Kelebihan S.U.
S.U. menceritakan tentang kehidupan beberapa remaja di sebuah sekolah menengah, yang berlatarkan suasana yang sering juga melanda para remaja yang lain di luar sana. S.U juga sesuai dibaca oleh golongan yang lebih berusia supaya mereka juga memahami perjalanan kehidupan anak-anak muda kini, terutamanya di sekolah. Golongan remaja sendiri insya-Allah akan dapat menghayati jalan ceritanya. Selain itu, topik utama perbualan para remaja di sekolah, iaitu berpasangan (couple) juga dirungkai dalam novel ini sedikit sebanyak dan bagaimana sebenarnya erti suka dan bercinta yang sebenar. Para pembaca harapnya terkesan dengan watak Taqiah yang berpegang pada pendiriannya, iaitu mengutamakan pelajaran dan amanah dibandingkan dengan nafsu dan larangan.

Dapatkan buku ini di pasaran atau layari www.galeriilmu.com.my!

May 6, 2010

Sepetang Bersama Pahrol Mohd Juoi


Saudara Pahrol Mohd Juoi (foto) akan ke udara di Radio IKIM hari ini (Khamis) menerusi slot Mesra Bersama Anis.

Dalam rakaman kira-kira setengah jam yang dibuat petang semalam bersama penerbit dan DJ Ustaz Zamri Zainal Abidin serta wakil Jabatan Buku GISB Saudara Nasri Nasir, Saudara Pahrol bercerita tentang sejarah penglibatan beliau dalam penulisan serta prinsip-prinsip yang beliau jadikan pegangan dalam menulis.

Beliau juga berkongsi isi kandungan buku terbarunya bersama Galeri Ilmu, Nota Fikir Untuk Zikir serta perancangannya untuk menghasilkan kumpulan cerpen dan novel Islami.

Tulisan pertama beliau yang tersiar dalam majalah lebih 20 tahun lalu adalah cerpen Revolusi Beruk. Sejak itu beliau telah menghasilkan sejumlah cerpen Islami dan masih terus menulis cerpen hingga ke hari ini. "Untuk menulis novel, saya sedang belajar kerana saya belum arif. Tetapi saya sukakan cabaran ini," katanya.

Untuk mengetahui dengan terperinci apa yang dikongsi oleh Saudara Pahrol dalam slot Mesra Bersama Anis, ikuti saluran Radio IKIM pada pukul 6.15 petang hari ini.

Apr 27, 2010

Elemen Triler Dalam Perindu Pelangi

Jalan cerita yang sukar dijangka (unpredictable) adalah antara unsur yang menjadikan sesebuah novel itu sedap dibaca. Pembaca sentiasa tertanya-tanya: apa yang akan berlaku seterusnya?


Kesan ini akan dirasai oleh mereka yang membaca novel Perindu Pelangi.
Seawal bab pertama lagi, penulisnya Siti Munirah A. Rashid sudah merangsang rasa ingin tahu pembaca. Pembaca tertanya-tanya, siapa Isador, watak misteri yang muncul di sebuah daerah yang sangat asing baginya? Siapa pula Akil, nama Melayu yang disebut-sebut di tengah-tengah keluarga Cina? Wujudnya bayangan konflik melibatkan dua watak ini dan pengenalan beberapa watak lain – Pak Cik Ming, Mak Cik Fan dan Xiao Er serta episod imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak Akil – merupakan pakej yang baik dalam memancing minat dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca pada bab pertama itu.
Dan ternyata, apabila menyelak halaman-halaman seterusnya, pembaca tidak merasai momentum yang ditimbulkan oleh bab pertama itu mengendur. Momentum itu bersambung dari bab ke bab. Ibarat bola yang melantun tanpa henti, ia mencipta rasa ingin tahu yang berterusan, hinggalah ke noktah akhir apabila ia disudahi dengan penutup yang indah.
Rakan editor Puan Suraiya Pauzi, penggemar novel-novel John Grisham, meletakkan novel ini di kedudukan nombor satu di hatinya dalam senarai novel-novel Islami Galeri Ilmu setakat ini. Beliau melihat sebahagian kekuatan novel-novel John Grisham ada pada Perindu Pelangi. Saya mengenali Puan Suraiya sebagai seorang pembaca novel yang sangat kritis. Bukan mudah untuk mendengar beliau memuji novel Melayu.
Melalui Perindu Pelangi, Siti Munirah berjaya menyuntik sedikit elemen triler dengan begitu baik. Beliau juga begitu kenal kepada watak-watak ciptaannya. Watak-watak itu hidup dan mempunyai akhiran cerita masing-masing. Setiap watak itu juga membantu menggerakkan cerita.
Watak seorang angkasawan yang mencari kebenaran dinukilkan dengan begitu mengesankan dan disokong oleh penyelidikan. Watak pemuda Melayu yang hidup di tengah-tengah masyarakat Cina di Guangzhou, memberi impak yang kuat kepada struktur cerita. Watak gadis bernama Xiao Wei yang agak serius tetapi menyimpan perasaan kepada Akil, menimbulkan kesan tersendiri di hati pembaca, begitu juga dengan watak Xiao Er, gadis yang keanak-anakan dan manja.
Sebagai sebuah novel Islami, Perindu Pelangi sarat dengan nilai didikan yang dijalin secara bersahaja. Nilai tauhid, nilai akhlak dan nilai adab disulam melalui perkembangan watak dan pergerakan cerita yang lancar serta dialog-dialog yang segar. Demikian juga nilai syariat yang digambarkan melalui aspek pergaulan dan cara berpakaian watak-watak yang tidak terasa terlalu mengajar. Kisah dan konflik cinta dipaparkan dalam ‘dos’ yang sederhana, namun diselitkan nilai Islam yang indah.
Baru-baru ini seorang kenalan, Puan Siti Malini binti Mat, yang juga seorang penggemar novel, meminta saya mencadangkan sebuah novel Islami yang baik untuk dibaca, lalu saya menyuakan novel Perindu Pelangi kepadanya. Setelah membacanya, beliau menghantar e-mel ini kepada saya:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mencadangkan supaya saya membeli novel Perindu Pelangi. Buku itu memang sangat baik! Ceritanya sangat menarik, bahasanya indah, dan Siti Munirah bijak menggunakan latar (China) dan ilmu tambah (masakan, astronomi) untuk menjadikan karyanya lebih menarik. Pada pendapat saya, Siti Munirah berpotensi besar. Jikalau saya dapat menulis sebaik dia, saya akan berasa sangat gembira.”
Zakaria Sungib


Jan 7, 2010

"Bagus buku ini!" RAM

Tertarik dengan gaya penulisan buku I Love You Too tulisan Badrulhisham Shari mendorong novelis tersohor yang juga wartawan penyiaran RTM, Ramlee Awang Murshid (RAM), mengusulkan kepada penerbit supaya buku itu dibicarakan.

“Buku ini bagus dan saya tertanya-tanya bagaimana dia (Badrulhisham) dapat menulisnya,” kata Encik Ramlee dalam perbualan dengan wakil Jabatan Buku Galeri Ilmu Sdn. Bhd. menjelang rancangan Resensi Isnin yang membicarakan buku itu di saluran TV1 baru-baru ini.

I Love You Too adalah buku motivasi rumah tangga yang membicarakan isu-isu rumah tangga dengan gaya olahan yang sangat santai. Buku setebal 200 halaman dan berharga RM19 ini dihiasi ilustrasi-ilustrasi mencuit hati oleh penulisnya sendiri. (Badrulhisham ialah Pengarah Reka Bentuk di GISB.)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...