Banyak sebab bermain serentak apabila tim pemasaran Galeri Ilmu dan editor kreatif Galeri Ilmu hadir ke sekolah-sekolah:
1. Membawa motivator iaitu Tuan Mohd Asyraf Azehar merangkap eksekutif pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi UPSR kepada pelajar tahun enam.
2. Mengadakan bengkel penulisan asas menulis kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi novelis Galeri Ilmu.
3. Memperkenalkan buku-buku dan majalah keluaran Galeri Ilmu kepada pelajar dan guru.
4. Menjual produk buku dan majalah kepada pelajar dan guru sama ada dengan kaedah langganan, retail dan sebagainya.
Sebab nombor 2 adalah faktor penting mengapa editor perlu hadir ke sekolah dan mengambil peluang untuk memberi latihan kepada guru-guru untuk menulis.
Walaupun tempohnya sekejap tetap bermakna.
Ramai guru menyangka bahawa mereka tiada peluang berkarya kerana mereka sibuk dan tiada masa. Mereka percaya mereka ada bakat tetapi mereka tidak percaya mereka juga mampu menghasilkan buku.
Justeru, peluang untuk bertemu guru adalah landasan terbaik untuk berjumpa, beramah mesra dan meneroka fikiran guru untuk cerna idea berkenaan buku yang mereka boleh tulis.
Sambil tim pemasaran sibuk memberi motivasi dan menjual buku, editor buku juga perlu sibuk untuk mencungkil bakat penulis.
Sebab itulah saya akan terus ke sekolah-sekolah seterusnya untuk mencari guru-guru yang berbakat dalam bidang penulisan.
Semakin banyak guru menulis semakin mudah untuk menjual karya mereka kepada pelajar-pelajar.
Kepada sekolah-sekolah yang ingin menjemput tim pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi percuma kepada pelajar tahun enam hubungi Cik Suriati 013-6697992.
Sumber: Novel Dakwah

Tuan Mohd Asyraf Azehar menyampaikan motivasi pelajar kepada pelajar tahun enam
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Puan Habsah Hj Taib (kanan) berminat menjadi penulis Galeri Ilmu
Mencungkil bakat penulisan guru
Tim pemasaran melakukan jualan buku dan majalah
Sumber: Novel Dakwah
2 comments:
Assalamualaikum,
Bagaimana pula dengan guru yang di Johor bahru atau di daerah lain yang berminat untuk menulis serta bercita-cita buku mereka diterbitkan...kami berbesar hati sekiranya ada ruang dan peluang,kami akan datang Insya Allah.Saya ada kumpulan guru yang cenderung ke arah penulisan tetapi kami tiada arah yang tepat untuk merealisasikannya.
Syukran
Bila nak ajak saya join sekali?
Post a Comment