.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 7, 2026

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 11

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 11
Surah Yusuf Ayat 69 - 111, Surah Ar-Ra'd dan Surah Ibrahim
ISBN: 978-629-7929-07-1
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0926
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 256 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00 

SINOPSIS:

Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 11 ini ialah:

* Helah Nabi Yusuf untuk Menahan Bunyamin di Mesir
* Mimpi Nabi Yusuf a.s. Menjadi Kenyataan
* Al-Quran, Mukjizat yang Nyata
* Antara Nikmat Keimanan dan Azab Kesesatan
* Doa Nabi Ibrahim a.s. Mengenai Makkah dan Menjauhi Syirik

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 11 merupakan naskhah ke-20 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







May 4, 2026

TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 2

TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 2
Penulis: SRI DIAH SHAHARUDDIN &ROZA ROSLAN
ISBN: 978-629-7929-10-1
Kod: GB0937
Tebal: 208 ms
Saiz: 5.5” X 8.5” 
Kandungan: Warna
Harga: RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS

·       ·       Mengurus kematian di rumah
·       Bersedia untuk bangkit
·       Kembali melangkah walaupun perlahan
·       Mencari ketenangan setelah kehilangan
·       Urusan kematian di Tanah Suci & jika iddah bermula ketika umrah

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah benar wanita yang melalui pengalaman kematian pasangan hidup—ada yang berpunca daripada penyakit, ada juga yang berlaku secara mengejut akibat kemalangan. Setiap kisah menampilkan seribu satu wajah kesedihan, ketabahan dan perjuangan keluarga yang ditinggalkan.

Melalui naratif yang disusun dengan penuh empati, pembaca dibawa menyelami realiti kehidupan wanita yang tiba-tiba memikul pelbagai tanggungjawab baharu.

Ada yang perlu mengurus emosi sendiri sambil menenangkan anak-anak yang masih kecil, ada yang berhadapan dengan cabaran ekonomi, dan ada juga yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan peranan daripada seorang isteri kepada ketua keluarga.


Ia bukan sekadar mengumpulkan kisah kehilangan, tetapi mengajarkan bahawa di sebalik kesedihan yang mendalam, sentiasa ada ruang untuk bangkit, menyusun kembali kehidupan dan menemukan ketenangan dalam pergantungan kepada Allah.







TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 1

TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 1
Penulis: ROZA ROSLAN & SRI DIAH SHAHARUDDIN
ISBN: 978-629-7929-09-5
KOD: GB0936
Tebal: 264 Ms
Saiz: 5.5” X 8.5”
Kandungan: Warna
Harga: RM45.00/RM47.00

 SINOPSIS

·       Pantang larang seorang balu
Mengurus perasaan kehilangan
Mengurus harta pusaka yang ditinggalkan
Berkabung tanda kasih
Memanfaatkan tempoh iddah

Saat seorang suami disahkan meninggal dunia, maka bermulalah tempoh iddah dan ihdad seorang wanita. Jika sebelumnya bergelar seorang isteri, kini gelaran balu pula yang disandang.

Gelaran balu, iddah dan ihdad bergerak seiring. Ia berat untuk dipikul, namun Islam memberi tunjuk ajar bagaimana menghadapinya dengan tenang.


Tempoh iddah merupakan latihan bagi seorang balu menikmati saat sunyi dan menemui ketenangan diri. Tempoh iddah memberikan ruang bersendirian bagi seorang balu menyesuaikan diri dengan suasana baharu tanpa pasangan di sisi.

Buku ini lahir bukan untuk menghuraikan hukum, tapi untuk memeluk hati-hati yang terluka dengan kefahaman. Agar wanita yang diuji tidak berasa terasing dalam syariatnya. Agar masyarakat memahami bahawa di sebalik hukum iddah, tersembunyi kasih sayang Allah yang sangat halus.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...