.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 20, 2015

Kun Anta Muaddaban


JUDUL: KUN ANTA MUADDABAN
PENULIS: USTAZ ZULKARNAIN DOLLAH
KATEGORI: PENGETAHUAN ISLAM
ISBN: 978-983-097-164-4
KOD: GB 00361
TEBAL: 152 ms
HARGA: RM 10.00/ Sabah Sarawak 12.00

SINOPSIS:

RASULULLAH AJAR...JADILAH ORANG BERADAB

Menghuraikan 31 ADAB seorang Muslim yang mudah dan praktikal. 

Dihuraikan berdasarkan al-Quran dan hadis dan pandangan ulama. Berbentuk isi-isi penting yang ringkas dan padat. 

Antara adab yang dimuatkan:
·     Cara tidur dan bagun yang betul mengikut sunnah.
·        Adab makan dan minum.
·        Adab berguru.
·        Adab dengan haiwan
·        Adab dengan tumbuhan
·        Adab dengan buku.
·        Adab menggunakan telefon.
·        Adab melancong.

·        Adab bersahabat... dan banyak lagi.

Feb 12, 2015

Misi Detektif Fateh 3

Novel: Misi Detektif Fateh 3
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-535-1
Kod: GB0329
Harga: RM10.00




SINOPSIS

Fateh adalah murid sekolah rendah yang terlebih IQ (dan berat badan). Atas desakan Iskandar, si penggila gajet, Fateh mula menunjukkan kebolehannya
membuat deduksi dan menyelesaikan kes misteri ala-ala Sherlock Holmes!


Fateh tersenyum. “Saya sudah tahu punca awak berwajah muram pagi
ini.”

Pantas Iskandar bertanya, “Apa dia?”

“Kawasan rumah awak tiada bekalan elektrik dari malam semalam sampai pagi
ini. Oleh itu semalaman awak kepanasan hingga tidak dapat tidur lena. Pagi
tadi, awak terjatuh dari basikal semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Sekarang ini, awak datang jumpa saya untuk pinjam buku latihan Matematik
kerana awak tidak siapkan kerja sekolah.”

Iskandar terpana hingga terlupa bernafas!

Feb 11, 2015

Misi Detektif Fateh 2

Novel: Misi Detektif Fateh 2
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-534-4
Kod: GB0328
Harga: RM10.00





Sinopsis:

“Memang ada orang tinggal di rumah kosong ini,” jawab Fateh.

Salahuddin mencelah, “Siapa? Bagaimana dia mampu tinggal di sini tanpa
cahaya dan bekalan air?”

Iskandar pula bertanya, “Bagaimana jika dia penjenayah yang sedang
bersembunyi? Lebih baik kita keluar dari sini sekarang!”

Kedengaran bunyi ranting dipijak dari luar rumah! Mereka bertiga tersentak!
Suasana senyap sunyi. Kemudian kedengaran bunyi daun-daun dan lalang
dipijak! Semakin lama bunyi itu semakin hampir!

“Ada orang datang!” bisik Iskandar, menahan tangis.

Feb 10, 2015

Misi Detektif Fateh 1 - Misteri Tembikar 10 Juta.

Misi Detektif Fateh 1 - Misteri Tembikar 10 Juta.
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-533-7
Kod: GB0327
Harga: RM10.00





Sinopsis: Prang!

Tanpa diduga-duga, kedengaran bunyi pecah berderai dari pintu pejabat.
Fateh dan Iskandar segera berlari ke arah sumber bunyi itu.

Sebaik tiba di situ, Fateh dan Iskandar terlopong.

Tembikar YANG DIKAHABARKAN bernilai 10 juta dolar US itu sudah berkecai di
lantai! Serpihan tembikar menimpa buku-buku teks yang berserakan. Tidak
jauh dari situ, seorang murid perempuan sedang terduduk dan menangis
teresak-esak. Murid perempuan itu adalah Balqis, murid yang digelar Puteri
Sekolah!


Fateh adalah murid sekolah rendah yang terlebih IQ (dan berat badan). Atas
desakan Iskandar, si penggila gajet, Fateh mula menunjukkan kebolehannya
membuat deduksi dan menyelesaikan kes misteri ala-ala Sherlock Holmes!

Feb 4, 2015

Pujuklah Hati

JUDUL: Pujuklah Hati
PENULIS: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-495-8
KOD: GB0293
HARGA: RM 22.00/ RM 24.00
TEBAL: 336 ms






SINOPSIS:
'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. 

Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. 

Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.


Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!

Nawaitu Sauma Ghadin

JUDUL: Nawaitu Sauma Ghadin
PENULIS: Ustaz Muhadir Haji Joll
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-
KOD: GB 0358
TEBAL: 152 ms
HARGA: RM 17.00 / RM 19.00










SINOPSIS:
Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:
1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.
2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?
3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.
4. Puasa orang yang sakit buasir.
5. Ganti fidyah puasa dengan duit.
6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.
7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.

Disertakan BONUS amalan sebelum dan semasa menyambut puasa yang
diijazahkan oleh Penulis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...