.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 selawat. Show all posts
Showing posts with label 1 selawat. Show all posts

Apr 29, 2026

40 Hadith Kelebihan Berselawat

40 Hadith Kelebihan Berselawat
Penulis: Dr Abdullaah Jalil
ISBN: 978-629-7929-00-2
Kod: GB0931
Saiz: 5" x 7.5" (Portrait)
Tebal: 136 ms
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS:

Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian darjat di sisi Allah .

Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti keprihatinan tersebut.

Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.

Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan wibawa ilmiahnya.

Tentang Penulis:

Dr. Abdullaah Jalil merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam daripada INCEIF, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Sebelum itu, beliau menamatkan pengajian MBA dalam Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dianugerahkan Pelajar Terbaik Program. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) daripada Universiti Yarmouk, Jordan dengan keputusan Kelas Pertama (Mumtaz). Selain terlibat dalam bidang akademik, beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui laman sesawang www.penuntutilmu.com serta beberapa halaman Facebook seperti Penuntut Ilmu, Masjid Hati Ummah, dan Muzakarah Muamalat. Buku 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini adalah buku pertama beliau Bersama Galeri Ilmu Sdn  Bhd.






 



Aug 1, 2023

2 MAULID POPULAR: Maulid Adh-Dhiyaul Lami’ & Simtud Durar Berserta Terjemahan

2 MAULID POPULAR: Maulid Adh-Dhiyaul Lami’ & Simtud Durar Berserta Terjemahan
ISBN: 978-629-7556-48-2
Penulis: Ustaz Mohd Ashraff Mohamed Osman
Kod: GB0770
Saiz: 12.5cm X19 cm
 (Portrait)
Tebal: 240 m/s
Teks: 1c
Berat: 0.5 kg
Harga: RM20.00 / RM22.00* 

ISTIMEWA: Kod QR Bacaan Maulid

Sinopsis

Majlis maulid Nabi adalah suatu majlis yang diisi dengan petikan bacaan Al-Quran pada permulaannya, bacaan sirah Nabi yang dikarang oleh para ulama dalam bentuk syair, alunan qasidah, pujian kepada Nabi dan juga tazkirah daripada para ulama yang hadir.

Naskhah yang berada di tangan pembaca ini menghimpunkan dua maulid masyhur (berserta terjemahan) yang dikarang oleh ulama dan habaib dari Yaman, Maulid Adh-Dhiya’ul Lami’ karangan Al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Hafiz dan Maulid Simtud Dhurar, karangan Al-‘Allamah al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi.


Buku ini turut dilengkapi kod QR bacaan maulid, soal jawab seputar maulid dan himpunan qasidah-qasidah pilihan berserta terjemahan.





 

Feb 18, 2020

Selawat Ke Atas Rasulullah Saw: Suatu Penjelasan

Selawat Ke Atas Rasulullah Saw: Suatu Penjelasan
Penulis: Dr. Udah Mohsin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-888-8
Kod: GB 0608
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.78 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM 14.00/ 16.00*

SINOPSIS:

Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda.

Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya.



Buku ini menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Apr 23, 2018

Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Keajaiban 40 Selawat Pilihan
Penulis: Iqbal Zain Al-Jauhari 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-728-7
Kod: GB 0487
Saiz: 5” X 7.5”
Tebal: 184 M/S    
Isi Dalam: 2c
Harga: Rm 16.00/18.00








​​SINOPSIS:
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. 


Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini:
o   Selawat Nariyah
o   Selawat Adrikiyyah
o   Selawat ‘Azhimiyyah
o   Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
o   Selawat Jawahirul Anwar
o   Selawat Thabibi Qalbi
o   Selawat Wisal

dan banyak lagi.

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...