.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 masakan. Show all posts
Showing posts with label 1 masakan. Show all posts

Jan 7, 2025

30 Resipi Rahsia Cef Amirul

30 Resipi Rahsia Cef Amirul
Penulis: Cef Ahmad Amirul Muhd Kamil
ISBN: 978-629-7716-28-2
Kod: GB0858
Tebal: 208 ms
Spesifikasi: 8” X 8” /4C
Berat:
Harga: RM40.00/RM42.00

SINOPSIS

30 Resipi Rahsia Cef Amirul bukan buku resipi semata-mata. Ia adalah gabungan resipi masakan dan juga resipi kehidupan yang merangkumi erti kekeluargaan, persahabatan, pengalaman dan ujian ...  secara spesifiknya ia tentang pengalaman hidup seorang anak muda dari awal usia hingga usia 20-an dan bergelar cef.

Ringkasnya ia mengandungi 30 kisah  yang disertai dengan 30 resipi masakan dari pelbagai negara di seluruh dunia. Membacanya seolah-olah penulis membawa kita menjelajah dan mengembara ke pelbagai negara di ke seluruh benua, di samping memahami pelbagai budaya, masyarakat, geografi dan keindahan alam.

Setiap resipi disertai dengan kod QR bagi memudahkan pembaca melihat video cara penyediaan setiap masakan.

-------------

Petikan Bab 21 ...

 Pengalaman dua minggu di Bangkok bersama mama adalah saat paling indah kami berdua. Dimulakan dengan mencari masjid berlainan setiap hari untuk solat subuh. Usai subuh, kami mencari gerai-gerai Muslim menjual sarapan. Kami berjumpa bubur nasi, laksa Siam, pulut ayam dan pelbagai jenis kuih-muih.

“Mirul, kalau mahu mencari makanan halal di luar negara, carilah masjid. Di sekelilingnya pasti ada orang Islam.” Mama berkongsi pengalaman ketika bermusafir di merata dunia. Sungguh benar, jauh berjalan luas pengalaman.

Semakin hari saya semakin serasi dengan Cef Nat yang sopan serta penuh ilmu memasak di dada. Sukatan bahan-bahannya menepati cita rasa. Katanya beliau pernah merantau dan bekerja di Malaysia.

Pesan Cef Nat, “Memasak suatu tugas mulia. Ia memberi kegembiraan kepada semua. Masakan yang enak tidak semestinya mahal bahannya atau terletak di hotel mewah yang mahal. Masaklah dengan sepenuh hati, ia akan pergi ke hati.”

Cef Nat menggalakkan saya menuntut sebanyak-banyak ilmu dari dada seorang cef walau di ceruk kampung. Katanya mereka bakal tua dan akhirnya mati. Tetapi keenakan masakannya tidak luput dari ingatan malah akan dikenang walaupun setelah mati.

TENTANG PENULIS

Ahmad Amirul Imran bin Muhd Kamil, lahir pada 22 Jun 1998, di Bangor, Wales Utara. Pernah bersekolah di Madrasah Al-Khair Wa Barakah, Madinah, Madrasah Tahnoon Baneen, Sudan dan memiliki Diploma Lanjutan daripada Academy of Pastries and Culinary Arts, Petaling Jaya. Sejak kecil, minatnya cenderung kepada makanan justeru bercita-cita menjadi seorang cef. Setelah tamat pengajian diploma lanjutan, beliau terus menimba ilmu kulinari secara langsung daripada cef-cef profesional dalam dan luar negara sama ada di dapur restoran mahupun dapur hotel seperti di Dubai, Ha’il, Madinah, Paris dan Bangkok. Percutian bersama keluarga ke banyak negara asing, menajamkan lagi pemerhatian dan skil beliau dalam bidang kulinari. Dengan memiliki kemahiran memasak, Cef Amirul tidak kekok jika diminta untuk menyediakan jamuan berskala besar seperti untuk jemaah haji dan umrah.

















*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************


May 6, 2015

Cerita Rasa Izyan Hani

Judul: CERITA RASA IZYAN HANI
Penulis: IZYAN HANI
ISBN: 978-983-097-454-5
KOD: GB0274
Tebal: 236 m.s.
Harga: RM30.00/ RM32.00*



Sinopsis:
Mengandungi 40 resipi kreatif daripada JUARA MASTERCHEF Malaysia musim kedua, Chef Izyan Hani.

Chef Izyan mewakili cita rasa generasi muda masa kini, maka apa yang dipersembahkan oleh Cerita Rasa Izyan Hani amat menepati selera golongan ini.

Berkonsepkan sajian ringkas dan mudah, Cerita Rasa Izyan juga amat sesuai untuk golongan ibu yang ketandusan idea dan pilihan resipi untuk disediakan kepada keluarga. Pasti masakan yang disediakan nanti akan menambat selera.


Penuh warna-warni yang disulami seni kulinari dan seni foto profesional. Disertakan juga tip, teknik dan panduan menyediakan masakan. Tidak lupa, ilmu dan resipi terbaik yang dikutip oleh Izyan dari dapur MasterChef turut dikongsi di dalam buku ini.

Mar 3, 2015

Pasta La Vista

JUDUL: Pasta La Vista
PENULIS: Chef Fazalina Hj. Ismail
ISBN: 978-983-097-569-6
KOD: GB0362
HARGA: RM 6.00 /RM 8.00
TEBAL: 48 ms






SINOPSIS

Pasta La Vista menghidangkan 23 resipi pasta yang tampak mahal tapi sangat mudah disediakan dengan rasa yang sama seperti hidangan di restoran mewan. 

Turut disertakan gambar langkah demi langkah yang senang dan praktikal.

Mar 2, 2015

Leftover

JUDUL: Leftover
PENULIS: Chef Fazalina Hj. Ismail
ISBN: 978-983-097-571-9
KOD: GB0363
HARGA: RM 6.00 / RM 8.00
TEBAL: 48 ms












SINOPSIS

Leftover menghidangkan resipi yang jimat wang dan mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggunakan lebihan makanan  yang sedia ada dari peti sejuk. 

Di samping itu, ia juga boleh mengelakkan pembaziran dan rasanya pasti tidak akan mengecewakan anda.

Mar 1, 2015

Campak, Gaul, Siap!

JUDUL: Campak, Gaul, Siap!
PENULIS: Chef Fazalina Hj. Ismail
ISBN: 978-983-097-570-2
KOD: GB0364
HARGA: RM 6.00 / RM8.00
TEBAL: 48 ms












SINOPSIS


Campak, Gaul, Siap menghidangkan 23 resipi jimat wang, cepat dan mudah untuk disediakan bagi mereka yang baru berjinak-jinak
ke dapur di samping rasa yang pasti tidak akan mengecewakan andan. 

Disertakan gambar langkah demi langkah yang senang dan
praktikal.

Mar 27, 2013

Ikan Di Laut Asam Di Darat


GB0244 : IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT 
Pengarang : CHEF ADU AMRAN
Tebal : 184 m/s
ISBN : 978-983-097-425-5
Harga : W/M RM 30.00; E/M RM 32.00

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT ialah sebuah catatan perjalanan kulinari Chef Adu Amran. Ia terbahagi kepada 6 segmen :-

1- Sajian Nasi

2- Sajian Lauk-Pauk

3-Hidangan Sup, Snek, Sampingan dan Pembuka Selera

4- Pemanis Mulut

5- Hidangan Minuman

6- Resepi Bonus : Kaldu

Keseluruhannya mengandungi 61 resepi kreatif Chef Adu Amran. Tip dan ilmu masakan turut diberikan.

Sentuhan seni Chef Adu Amran bukan sahaja pada resepi dan hasil masakannya yang 'first class', tetapi juga pada penulisannya. Terkenal dalam menghasilkan masakan 'fusion', Chef Adu Amran amat menghargai nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru selain resepi penulis turut mengadunkan seni pantun dan peribahasa indah di dalam IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT.

Mar 19, 2013

Aroma Antara Benua

Klik di sini


GB0246 : Bukan Sekadar Resipi AROMA ANTARA BENUA
Penulis : ROZA ROSLAN
Tebal : 472 m/s
ISBN: 978-983-097-407-1
Harga : W/M RM 48.00, E/M RM 50.00

Buku ini bukan hanya untuk wanita. Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang wanita. Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita! – Prof. Dr. Saadiah Mohamad.

Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly

Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah.

Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau.

Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.

Mar 14, 2013

Mudahnya Membuat Ban

Judul : Mudahnya Membuat Ban
Penulis :  CHEF FAIZAL NG  & JALILAH ABDULLAH
ISBN : 978-983-097-455-2
Kod : GB 0224
Harga : RM 19.00 / RM 21.00
TEBAL : 80 ms




SINOPSIS :

Rupa-rupanya tidak susah membuat ban sendiri. Sebut sahaja ban kegemaran keluarga: Sausage Roll, Mexican Ban, Ban Piza atau apa-apa ban yang popular di pasaran, hampir kesemua resipinya ada di dalam buku ini.

Hanya daripada satu adunan, pelbagai jenis ban boleh dihasilkan. Dengan mencuba dan berlatih membuat ban sendiri, anda akan mahir dengan sendirinya. Malah, berpandukan buku ini, tidak mustahil anda boleh membuka bisnes bakeri sendiri.

Tidak lengkap dengan sekadar resipi dan teknik, penulis juga menyelitkan tip-tip dan amalan doa yang seharusnya dipraktikkan dalam menyediakan juadah keluarga mahupun jika mahu berniaga. Dengan amalan-amalan ini, insya-Allah, makanan yang disediakan mendapat berkat daripada-Nya.

Mar 12, 2013

20 Secret Recipe Mi Cina

GB243 :  20 Secret Recipe Mi Cina
Penulis : Chef Faizal Ng Abdullah & Jalilah Abdullah
ISBN : 978-983-097-303-6
Tebal : Ms 64
Harga : RM 16.00/ RM 19.00

Benar, Chef Faizal Ng Abdullah (CNF) telah mencurahkan segala rahsia keenakan resepi mi Cina popular di dalam 20 SECRET RECIPE MI CINA . Tiada ilmu masakan mi Cina yang disembunyikan. Bagi CFN ini jariah yang bakal dibawanya apabila kembali kepada Allah. Harapannya agar ia menjadi ilmu bermanfaat untuk sama-sama dipelajari oleh umat Islam.

Tidak mudah untuk pakar-pakar memasak mendedahkan rahsia masakan masing-masing, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bukan daripada bangsa sendiri. Justeru, sebagai seorang Cina Muslim, CFN berasa bertanggungjawab berkongsi rahsia itu.

20 SECRET RECIPE MI CINA selain mengutarakan resipi daripada CFN, ia turut diberi sentuhan Islami oleh Jalilah Abdullah yang bergabung tenaga mengetengahkan tatacara penyediaan makanan yang dituntut syariat. Ia adalah cara menjemput keberkatan terhadap makanan yang disajikan untuk sesiapa sahaja.

Anda MESTI CUBA kesemua resepi Mi Cina yang popular ini. Memang terbukti lazat!

May 2, 2012

Bukan Sekadar Resepi


BUKAN SEKADAR RESEPI
ROZA  ROSLAN / 978-983-097-352-4/ 
372ms/ RM35/ GB0182
Kategori: Motivasi
Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada  sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...