.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Syed Alwi. Show all posts
Showing posts with label Syed Alwi. Show all posts

Dec 2, 2022

Utusan Terakhir: Ikhtisar Sirah Kehidupan Rasulullah ﷺ

Utusan Terakhir: Ikhtisar Sirah Kehidupan Rasulullah
ISBN: 978-983-097-986-1
Penulis: Dr. Syed Alwi Alatas
Kod: GB0696
Saiz: 21.5cm x 14cm
Tebal: 304 halaman
Teks dalam: 2c
Berat: 0.6 kg
Harga: RM35.00 / RM37.00

Sinopsis

Utusan Terakhir mengajak pembaca menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam Era Keemasan Rasulullah yang telah mengubah senario sejarah dunia pada ketika itu hingga ke hari ini. 

Disusun secara kronologi bermula dari sebelum kelahiran hingga kewafatan Baginda. Tanpa mengetepikan babak-babak istimewa yang mencorakkan perjuangan Penutup Sekalian Nabi; seperti Israk Mikraj, peristiwa hijrah, peperangan-peperangan, seruan dakwah kepada penguasa-penguasa dunia, perjanjian Hudaibiyah, dan kembalinya Makkah ke tangan umat Islam. 

Naskhah ini umpama satu pintu gerbang untuk menerokai sejarah kehidupan Nabi Muhammad melalui sudut pandang yang lebih mudah difahami.

 


Tentang Penulis

Dr. Syed Alwi Alatas merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah & Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah di Universiti Indonesia, Depok, Indonesia. Kemudian menyempurnakan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah & Tamadun di UIAM. Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang penulisan di Malaysia mahupun Indonesia. Utusan Terakhir merupakan karya kesembilan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








Jan 3, 2017

Katak Di Luar Tempurung

JUDUL: Katak Di Luar Tempurung
PENULIS: Syed Alwi Alatas
KATEGORI: Motivasi
ISBN: 978-983-097-626-6
KOD: GB0415
TEBAL: 136ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM18.00/20.00*


SINOPSIS

Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.

Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Syed Alwi Alatas adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.


Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak enam judul buku motivasi (Ubah, Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan.

Antara kandungan:
1.      Mengapa tak boleh?
2.      Mungkinkah seorang Muslim mengalaminya?
3.      Dia tak pandang fizikalmu
4.      Di mana kau cari kemuliaan?
5.      Sahara kemuliaan
6.      Lebih berat daripada Gunung Uhud
7.      Pakaian tidak mengangkat darjatmu
8.      Kuat tetapi lemah
9.      Dengan kaki yang cacat ini
10. Maafkan ibu bapamu, maafkan kawan-kawanmu
11. Mendengar itu pilihan
12. Manfaat tak mendengar
13. Saya akan pertahankan mimpi saya
14. Penemuan di tengah perang
15. Mendengar kritikan
16. Dendam terindah
17. Terlebih keyakinan diri
18. Tak perlu begini
19. Kenali dirimu, kenali Tuhanmu
20. Kilang yang berjalan
21. Lebih penting daripada IQ
22. I can, insya-Allah
23. Yakin pada diri sendiri, kerana yakin pada Allah
24. Kami datang untuk membebaskan
Penutup: Kuncinya adalah iman



---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Aug 24, 2016

Ubah

JUDUL: UBAH
PENULIS: Syed Alwi Alatas
ISBN: 978-983-097-596-2
KOD: GB0382
HARGA: RM 16
TEBAL: 128ms

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini membawakan tema tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan memulakan dan permulaan.  Setiap perkara dalam kehidupan ini ada mula dan ada akhirnya. Kita perlu tahu dengan yakin dan pasti apakah akhir yang hendak dicapai.  Akhir  atau  tujuan itu perlulah direnung dan difahami dengan sebenar- benarnya.

Apabila sudah pasti tujuan yang hendak dicapai, maka perlu pula diketahui jalan terbaik untuk mencapai tujuan itu. Sesudah tujuan dan jalannya dikenal pasti, barulah memulakan langkah pertama.

Hidup ini sangat penting dan kita hanya akan menjalaninya sekali sahaja. Maka tidak wajar seribu langkah kita jalani tanpa kita tahu ke mana akhirnya. Jadi hendaklah kita pastikan TUJUAN dan tahu JALANnya. Jika dua perkara itu sudah kita tetapkan, mulailah melangkah ke arah tujuan.

         Destinasi yang dituju mungkin jauh, jalan yang dilalui mungkin amat sukar, tetapi dengan izin Allah kita akan sampai juga. Yang penting, kita mulakan. Jangan hanya bermimpi.
         Kemudian teruskan, jangan sekali-kali menyerah kalah dan putus asa di pertengahan jalan.

Jika terasa perjalanan itu begitu sukar sehingga tak mungkin sampai ke tempat tujuan, fokus sahajalah kepada langkah permulaan, kerana permulaan itu dekat dan lebih senang untuk dilakukan.
                   
SYED ALWI ALATAS adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.


Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak lima judul buku motivasi (Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan. UBAH merupakan karya terbaharu beliau yang pasti tidak mengecewakan mereka yang memilikinya.  Insya-Allah.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Sep 4, 2015

Destinasi

JUDUL: Destinasi
PENULIS : Syed Alwi Alatas
Kategori: Novel Tarbiah Dewasa
TEBAL: 256 ms
ISBN: 978-983-097-480-4
HARGA: RM 17.00 / RM 19.00


SINOPSIS:

“Saya melihat sendiri bagaimana cinta menjadikan orang itu sakit. Saya belum pernah menyaksikan penyakit yang lebih keras dan lebih aneh daripada itu. Penyakit yang bukan hanya tidak difahami oleh orang-orang sihat, juga oleh si pesakit itu sendiri. 

Saya tidak mampu menyaksikan keadaan seperti itu. 

Namun, apa yang mampu saya lakukan? Sungguh sukar menemukan ubat bagi putus cinta seperti itu.”
“Allah. Dialah ubatnya,” potong Khair.

***
Khair, pemuda berusia 19 tahun, serta sahabat rapatnya, Turam, memutuskan untuk mengikuti ajaran Guru. Mereka meninggalkan kepekatan tradisi berhala yang menguasai masyarakat. Mereka kemudiannya menempuh jalan yang lurus menuju Tuhan. Tidak sekadar secara maknawi, tetapi juga secara fizikal.


Destinasi adalah kisah seorang penempuh jalan. Perjalanan menuju puncak cinta dan cita-cita. Perjalanan menuju Tuhan. Ia adalah kisah yang akrab dengan kita semua, namun seringkali hilang maknanya dalam arus globalisasi yang mengancam. 

Melalui pembacaannya, ia diharap mampu menyentuh hati-hati di luar sana untuk merenung hakikat kewujudan diri di dunia ini.

Jan 24, 2014

Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?

JUDUL: Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?
PENULIS: SYED ALWI ALATAS
ISBN: 978-983-097-471-2
TEBAL: 268 ms
KOD: GB0291
HARGA: RM21/ RM22





SINOPSIS:

Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya?

Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat.


Jul 23, 2013

MENCARI HUSNUL KHATIMAH

KLIK DI SINI
Bakal Terbit!

PENULIS: SYED ALWI ALATAS
KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-430-9
KOD: GB0257
HARGA: RM22/RM24
TEBAL: 320

Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian.
Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.
Jangan tunggu lagi. Ambillah pelajaran sekarang juga. Buat persediaan secepatnya. Agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. Seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

 Testimoni:
MEREKA TELAH MEMBACA MENCARI HUSNUL KHATIMAH:
Mencari Husnul Khatimah ... membuat saya merenung diri sendiri. Syed Alwi Alatas memaksa saya mencongak, apakah kebaikan yang selama ini telah dilakukan? Bacalah buku ini dengan hati yang terbuka. Insya-Allah ia menyentap jiwa dan perasaan. Fikirlah tentang kematian. Renunglah diri sendiri, jawapannya ada di dalam hati!  -ROZA ROSLAN Penulis buku Bukan Sekadar Resipi  dan Aroma Antara Benua.

Sungguh ... huraian oleh Ustaz Syed Alwi Alatas di dalam buku ini benar-benar menggetarkan jiwa. Saya makin tertarik untuk membaca satu bab demi satu bab di samping rasa gerun dan insaf meningkat satu bab demi satu bab di dalam hati sepanjang 'kembara' bersama buku ini. Sebuah pedoman untuk iman ... insya-Allah. -IBNU RIJAL Penulis buku 'Bertanya Tentang Tuhan'  dan 'Khutbah Terakhir Rasulullah'.
Apabila saya membaca karya ini, saya dapat merasakan bahawa karya ini benar-benar ‘hidup’. Allahu Akbar! Karya berbentuk tarbiah penceritaan, pengalaman dan perkongsian ini benar-benar seperti wayang gambar ketika membacanya, ada rasa takut, cemas, bahagia dan teruja. Sebuah karya yang mendatangkan buah-buah keinsafan, bahkan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh untuk terus membaiki diri dan umat. Kematian bukan tanda berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi tanda bermulanya sebuah kehidupan yang abadi, syurga atau neraka! - NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA Perunding Motivasi & Pendakwah, IBS EXCEL TRAINING & CONSULTANCY

Risalah Mencari Husnul Khatimah ini sememangnya untuk ummah. Wasilah barakah yang mengguggah. Usai menelaah, pasti setiap diri akan bermuhasabah, hati akan tersentuh, air mata akan luruh kerana ia penuh hikmah dan ibrah! - DR. KAMARIAH KAMARUDIN Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Sangat bermanfaat untuk diri saya sendiri. Banyak tamsilan daripada kisah dan penceritaan. Soal besar dan pasti tentang kematian dimudahkan fahamnya dengan ayat-ayat mudah bersama tamsil kisah dan cerita.
Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh. - WEB SUTERA @ HIZAMNUDDIN AWANG Penulis buku ‘Berfikir Gaya Champion’, Macedonia: Alexander Agung’ dan  ‘Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh’







Feb 4, 2013

Bersyukurlah Kerana-Nya

GB0204 : Bersyukurlah Kerana-Nya

Penulis : Syed Alwi Alatas
Tebal  : 344 m/s
ISBN  : 978-983-097-406-4
Harga  : RM 25.00 W/M , RM 27.00 E/M

Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini. Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, samaada baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur! Bersykurlah Kerana-Nya mengajak pembaca melihat nikmat dan syukur dalam dimensi serta perspektif baru. Santai, tetapi sarat dengan pengajaran.

Mar 19, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan


GB0162 : Mudahkan Jangan Susahkan

Pengarang : Syed Alwi Alatas
Tebal : 276
ISBN : 978-983-097-348-7
Harga : W/M:RM21.00 E/M:RM23.00

Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan dihadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.
***********
Saya terus terbayang-bayang wajah sayu lelaki tua itu ketika saya memakan gado-gadonya. Saya memakan gado-gado itu dan terus memakannya dengan penuh berselera. Wajah lelaki itu terus terbayang. Senyumannya yang nyaris-nyaris tidak kelihatan sudah cukup untuk menyingkirkan perlahan kerut-kerut di wajahnya sebagai pembuka jalan bagi sinar matahari senja memantul selepas menyinari kebahagiaan kepada alam disekelilingnya. Bayang-bayang tangannya yang menggeletar tetapi ikhlas itu menyedarkan saya betapa kuasa keikhlasannya telah menjadi penyedap yang luar biasa bagi gado-gado yang dihasilkannya.
Saya terus makan gado-gado itu hingga habis tidak bersisa. Saya terpegun untuk beberapa saat sambil menatap pinggan yang sudah kosong. Kini saya sedar sepenuhnya. Saya betul-betul tidak mampu menolak satu hakikat ini; itulah gado-gado paling lazat yang pernah saya makan seumur hidup saya!
Sewaktu melihat besarnya kesusahan yang dialami orang lain, kita mungkin terkejut apabila menyedari betapa banyakknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini. Tetapi kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur.

Apr 26, 2011

Senyumlah...


Senyumlah
ISBN: 978-983-097-306-7
Syed Alwi Alattas/312ms/RM21/GB0130

Hidup setiap manusia tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah sama ada ringan atau berat.

Ketika menghadapi permasalahan ringan dalam hidup, kebanyakan manusia jarang berputus asa, namun tidak sedikit daripada mereka yang mengeluh dan kehilangan mood kerananya.


Ketika menghadapi masalah berat pula, ada yang hilang arah dan pedoman hingga terlupa kepada Sang Pencipta.

Lantaran itu, ada orang yang sangat membenci masalah dan berusaha lari daripadanya. Ada yang berputus asa kerananya, justeru menjadikan keadaannya semakin buruk dan menderita.

SENYUMLAH ditulis untuk membantu pembaca melihat masalah dengan cara pandang yang baru. Setelah membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca akan menjadi lebih bahagia dan lebih faham bahawa setiap permasalahan itu sama ada berat atau ringan, ia pasti akan berlalu akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...