KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-430-9
KOD: GB0257
HARGA: RM22/RM24
TEBAL: 320
Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal
dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam
kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang
gagal di sisi Tuhan.
Maka belajarlah daripada
kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang
untuk menghadapi kematian.
Jangan lupakan kematian, kerana
kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya,
kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian.
Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan
bersedia untuk mencabut nyawa kita.
Jangan tunggu lagi. Ambillah
pelajaran sekarang juga. Buat persediaan secepatnya. Agar pada akhirnya kita
mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. Seorang pemenang yang mendapat
iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.
Testimoni:
MEREKA TELAH MEMBACA MENCARI
HUSNUL KHATIMAH:
Mencari Husnul Khatimah ... membuat saya merenung
diri sendiri. Syed Alwi Alatas memaksa saya mencongak, apakah kebaikan yang
selama ini telah dilakukan? Bacalah buku ini dengan hati yang terbuka. Insya-Allah
ia menyentap jiwa dan perasaan. Fikirlah tentang kematian. Renunglah diri
sendiri, jawapannya ada di dalam hati! -ROZA ROSLAN Penulis buku Bukan Sekadar Resipi dan Aroma
Antara Benua.
Sungguh
... huraian oleh Ustaz Syed Alwi Alatas di dalam buku ini benar-benar
menggetarkan jiwa. Saya makin tertarik untuk membaca satu bab demi satu bab di
samping rasa gerun dan insaf meningkat satu bab demi satu bab di dalam hati
sepanjang 'kembara' bersama buku ini. Sebuah pedoman untuk iman ...
insya-Allah. -IBNU RIJAL Penulis
buku 'Bertanya Tentang Tuhan' dan 'Khutbah
Terakhir Rasulullah'.
Apabila
saya membaca karya ini, saya dapat merasakan bahawa karya ini benar-benar
‘hidup’. Allahu Akbar! Karya berbentuk tarbiah penceritaan, pengalaman dan
perkongsian ini benar-benar seperti wayang gambar ketika membacanya, ada rasa
takut, cemas, bahagia dan teruja. Sebuah karya yang mendatangkan buah-buah
keinsafan, bahkan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh untuk terus membaiki
diri dan umat. Kematian bukan tanda berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi tanda
bermulanya sebuah kehidupan yang abadi, syurga atau neraka! - NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA Perunding
Motivasi & Pendakwah, IBS EXCEL TRAINING & CONSULTANCY
Risalah Mencari Husnul Khatimah ini sememangnya untuk ummah. Wasilah barakah
yang mengguggah. Usai menelaah, pasti setiap diri akan bermuhasabah, hati akan
tersentuh, air mata akan luruh kerana ia penuh hikmah dan ibrah! - DR. KAMARIAH KAMARUDIN Pensyarah Kanan,
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia
Sangat bermanfaat untuk diri saya sendiri. Banyak tamsilan daripada kisah
dan penceritaan. Soal besar dan pasti tentang kematian dimudahkan fahamnya
dengan ayat-ayat mudah bersama tamsil kisah dan cerita.
Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan
tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini
gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan
ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh. - WEB SUTERA @ HIZAMNUDDIN AWANG Penulis
buku ‘Berfikir Gaya Champion’, ‘Macedonia: Alexander Agung’ dan ‘Konstantinopel:
Kibaran Panji-panji Al-Fateh’
No comments:
Post a Comment