.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Apr 29, 2026

40 Hadith Kelebihan Berselawat

40 Hadith Kelebihan Berselawat
Penulis: Dr Abdullaah Jalil
ISBN: 978-629-7929-00-2
Kod: GB0931
Saiz: 5" x 7.5" (Portrait)
Tebal: 136 ms
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS:

Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian darjat di sisi Allah .

Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti keprihatinan tersebut.

Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.

Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan wibawa ilmiahnya.

Tentang Penulis:

Dr. Abdullaah Jalil merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam daripada INCEIF, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Sebelum itu, beliau menamatkan pengajian MBA dalam Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dianugerahkan Pelajar Terbaik Program. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) daripada Universiti Yarmouk, Jordan dengan keputusan Kelas Pertama (Mumtaz). Selain terlibat dalam bidang akademik, beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui laman sesawang www.penuntutilmu.com serta beberapa halaman Facebook seperti Penuntut Ilmu, Masjid Hati Ummah, dan Muzakarah Muamalat. Buku 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini adalah buku pertama beliau Bersama Galeri Ilmu Sdn  Bhd.






 



Apr 27, 2026

MISI RM1 JUTA SEBELUM 1 TAHUN

MISI RM1 JUTA SEBELUM 30 TAHUN
ISBN: 978-629-7929-05-7
Penulis: Azim Aliif
Kod: GB0927
Tebal: 136 ms
Saiz: 5.5” X 8.5”
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

Ramai orang ingat simpan emas ini untuk orang kaya saja.

Sebab itu bila topik emas muncul, ramai anak muda terus rasa “aku belum level lagi”. Yang sudah bekerja pun sama — rasa macam benda ini jauh, mahal, susah nak mula.

Padahal … bukan tak mampu. Cuma belum jumpa cara yang betul dan belum ada ilmu.

Buku ini saya tulis khas untuk anda — yang nak ubah cara urus duit, tapi tak tahu mahu mula dari mana. Ini bukan cerita teori tinggi atau cakap kosong. Ini apa yang saya sendiri buat sejak umur 18 tahun — mula simpan emas sikit demi sikit, sampai jadi satu kebiasaan yang ubah cara saya tengok duit.

Satu benda yang saya belajar; nak bina kekayaan, kena mula dengan MENYIMPAN.


Kalau duit asyik ‘bocor’ sebab nafsu berbelanja, mungkin masalahnya bukan pada jumlah, tapi pada cara kita simpan. Emas, bagi saya, adalah cara paling ‘paksa diri’ untuk disiplin menyimpan.

Buku ini bukan untuk orang sempurna.

Buku ini untuk anda yang nak mula.

Buat dulu … baru anda akan faham kenapa ramai tak patah balik bila sudah mula menabung emas dengan ilmu.








ATUK PERGI KOREA

ATUK PERGI KOREA
ISBN: 978-629-98476-4-9
Penulis: Abu Hassan Morad
Tebal: 104 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM18.00/RM20.00

BLURP

“Darda … Atuk dah keluar tu,” laung Umi.

Darda nampak Atuk dan Nenek berjalan mengikut orang ramai. Darda dan Daud melambaikan tangan dan memanggil-manggil Atuk dan Nenek. Sebaik bertemu, Atuk dan Nenek berpeluk dengan semua orang. Atuk dan Nenek kelihatan gembira dapat bertemu dengan anak dan cucu mereka di Korea.

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan Atuk dan Nenek ke Korea. Selain melawat anak dan cucu mereka yang tinggal di sana, peluang ini juga digunakan untuk melancong tempat-tempat menarik di sana. Antara tempat-tempat yang mereka lawati adalah kawasan membeli-belah Namdaemon, ladang epal Bonghwa dan bandar pelancongan Tonghae di tepi laut.



Penggunaan bahasa yang santai dan gaya penceritaan yang terperinci membolehkan pembaca turun membayangkan keindahan dan suasana kehidupan sepanjang perjalanan mereka di sana.







ALIF PERGI MAKKAH

ALIF PERGI MAKKAH
ISBN: 978-629-98476-5-6
Penulis: Abu Hassan Morad
Tebal: 104 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM18.00/RM20.00

BLURB

Alif bagaikan bermimpi ketika bas rombongan umrah memasuki bandar Makkah. Laungan talbiah semakin mendayu. Alif juga turut sebak. Dari jauh Alif dapat melihat bangunan hotel yang bergemerlapan. Di puncaknya terdapat sebuah jam gergasi. Waktu sudah menghampiri 11.20 malam. Kata abahnya, apabila sudah dapat melihat jam besar itu, tandanya mereka sudah menghampiri Masjidilharam.

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan Alif bersama keluarga untuk menunaikan umrah di Makkah. Ini adalah pengalaman pertama Alif untuk pergi menunaikan umrah. Alif sangat teruja dalam masa yang sama gementar dengan perjalanan ini.


Setiap proses bermula dengan permohonan Visa, menaiki kapal terbang, perkara-perkara rukun dan perkara-perkara yang dilarang ketika melakukan umrah dan suasana di Tanah Suci diceritakan dengan terperinci dalam novel ini.

Penggunaan bahasa yang santai membolehkan pembaca dapat memahami penceritaan yang dikongsikan oleh penulis walaupun belum pernah lagi ke Tanah Suci Makkah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...