.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Paeh Design. Show all posts
Showing posts with label Paeh Design. Show all posts

Mar 26, 2020

Komik Hearts App

Komik Hearts App
ISBN 978-983- 097-916-8
Kod: BP0067
Penulis/pelukis: Paeh Design
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM13.00/15.00*

Sinopsis:             
Komik adaptasi daripada buku Hearts App karya Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari. Selepas lebih tiga tahun buku Hearts App sampai ke tangan para pembaca dan mendapat sambutan yang baik, timbul idea untuk menerbitkannya dalam versi komik.

Melalui sentuhan Saudara Faez selaku pelukis, kalam-kalam nasihat para guru dan masyaikh daripada buku Hearts App – yang kebanyakannya menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani – diterjemahkan kepada lukisan komik.

Sebagaimana buku asalnya, komik ini mampu menjadi penawar bagi hati dan penunjuk jalan menuju Allah, khususnya bagi golongan muda yang sukakan visual dan gaya persembahan yang ringan.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 



Aug 6, 2019

Sakura No Suki 2

SAKURA NO SUKI 2
ISBN: 978-983-097-839-0
Kod: BP0046
Penulis: Paeh Design & Mf Zakaria
Tebal: 120 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W:  0.7 cm
Berat: 0.2 kg
Terbit: Julai 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS

Nuri Wardah dikejutkan dengan pengakuan cinta Sakuragi. Bagi Nuri Wardah, Sakuragi terlebih dahulu perlu mengenali akan kesucian agama Islam serta kepentingan sumber-sumber yang hak dalam mencari ilmu.

Sakuragi, walaupun masih dalam ragu, mengorak langkah mencari ilmu mengenai Islam hingga menemukannya dengan imam Masjid Otsuka, Yusuf Asahi bin Abdullah yang bersetuju untuk mengajar Sakuragi berkenaan agama Islam.

Bagaikan cawan yang kosong, dapatkah Sakuragi menerima dengan mudah segala ilmu yang dicurahkan oleh Yusuf Asahi? Bagaimana pula dengan kehidupan Nuri Wardah setelah kembali ke Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan dilema yang tidak berkesudahan?


Tentang Penulis:

Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Suki 2 yang merupakan jilid ke-2 terbitan bersama Buku Puris.

MF Zakaria

Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki 1 & 2 terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.






Mar 10, 2019

Bikin Baper

BIKIN BAPER
ISBN: 978-983-097-812-3
Kod:  BP0043
Penulis: PAEH DESIGN
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.4 cm; W:   
Berat:  0.15 kg
Tarikh terbit: 10/3/2019
Harga: RM13.00/RM15.00*


SINOPSIS
Komik yang membawa tema Ramadan ini merupakan kompilasi karya Paeh Design. 

Ia menghimpunkan komik-komik pendek serta karya-karya yang terdapat di dalamnya ialah karya yang membawa perasaan dan mencuit hati daripada media sosial yang diberikan nafas baharu sebagai dakwah ringan, nasihat dan hiburan buat semua pembaca.



Tentang Penulis
Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah.
  Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan.   Komik BIKIN BAPER merupakan komik kedua bersama dengan BUKU PURIS selain komik Sakura No Suki 1.  


Nov 1, 2018

Sakura No Suki 1

SAKURA NO SUKI 1
ISBN: 978-983-097-771-3
Kod: BP29
Penulis: PAEH DESIGN & MF ZAKARIA
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/RM12.00



SINOPSIS
Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya.

Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka.

Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri.
Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.


TENTANG PENULIS
Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Suki yang merupakan terbitan pertama bersama Buku Puris.

MF Zakaria

Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...