.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 komik puris. Show all posts
Showing posts with label 1 komik puris. Show all posts

Mar 26, 2020

Dunia Tanpa Syaitan

Dunia Tanpa Syaitan
ISBN : 978-983-097-911-3
Kod: BP0064
Pengarang: Pak Cik Bad
Tebal : 120 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.9 cm; W:  0.7 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga : RM13.00 /15.00*

Sinopsis

Pernakah, kita terbayang dunia yang kita duduki ini tanpa ada iblis dan syaitan? Wah, tentulah aman dan tenteram, kan? Kenapa Allah ciptakan iblis dan syaitan?

1
“Aku datang untuk membantu, kau pasti selamat… Okey, sekali ini saja aku ikut cakap kau.
Ha ha ha… bagus. Kalau mahu selamat, kau sujud kepadaku di dalam hatimu.”

2
Akhirnya, rahib muda mati kelemasan di usia yang sangat muda. Mati bergelumang dosa besar. Mati? Ya, mati! Siapa kata umurnya 100 tahun? Yang percaya sangat cakap syaitan tu siapa suruh?

“Itulah sebab aku selamatkan kau. Aku tak mahu kau mati syahid dan terus masuk syurga!”



“Setiap Mukmin yang mati syahid adalah bencana bagi aku! Aku mengharapkan kau panjang umur dan mengharapkan kau mati dalam suul khatimah dan masuk neraka.”

Awas! Hasutan syaitan tak mengenal mangsa. Malangnya mangsa yang tak kenal siapa syaitan!

Hanya pedoman agama sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada godaan dan hasutan syaitan.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 


Komik Hearts App

Komik Hearts App
ISBN 978-983- 097-916-8
Kod: BP0067
Penulis/pelukis: Paeh Design
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM13.00/15.00*

Sinopsis:             
Komik adaptasi daripada buku Hearts App karya Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari. Selepas lebih tiga tahun buku Hearts App sampai ke tangan para pembaca dan mendapat sambutan yang baik, timbul idea untuk menerbitkannya dalam versi komik.

Melalui sentuhan Saudara Faez selaku pelukis, kalam-kalam nasihat para guru dan masyaikh daripada buku Hearts App – yang kebanyakannya menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani – diterjemahkan kepada lukisan komik.

Sebagaimana buku asalnya, komik ini mampu menjadi penawar bagi hati dan penunjuk jalan menuju Allah, khususnya bagi golongan muda yang sukakan visual dan gaya persembahan yang ringan.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 



ADD+

ADD+
ISBN: 978-983-097-896-3
Kod: BP0060
Penulis: Arsyari Adnan & Snowkofi
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.7 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS

Sufi merupakan Pengarah Urusan bagi Persatuan Usahawan Muda (P.U.M.) sekolahnya. Namun, kedudukannya tergugat apabila dia perlu lulus semua subjek pada Peperiksaan Pra Percubaan SPM yang tak sampai sebulan lagi, jika dia ingin menguruskan Karnival P.U.M.
Mampukah Sufi lulus dalam ujian yang akan datang memandangkan ada satu subjek yang menjadi masalah utama baginya iaitu, Matematik Tambahan!


Tentang Penulis
ARSYARI ADNAN
Pemilik kepada nama pena dan juga gabungan nama sebenar beliau. Lulusan Sarjana Muda Sains Senibina juga seorang pelukis bebas yang memilih untuk menulis komik kerana minat terhadap penulisan komik yang mendalam. Beliau juga kerap memasuki pertandingan komik tempatan dan antarabangsa. Beliau pernah mendapat Award Nominee dalam pertandingan Silent Manga Audition 10 anjuran Silent Manga Audition Committee dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Muslim Manga. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Snowkofi di bawah penerbitan Komik Puris.
  
SNOWKOFI

Memilih menggunakan nama pena Snowkofi, beliau merupakan pelajar berkelulusan Diploma Animasi. Beliau juga merupakan seorang pelukis bebas sepenuh masa. Beliau pernah terlibat dalam penghasilan animasi bagi Cartoon Network. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Arsyari Adnan di bawah penerbitan Komik Puris.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Tiada Yang Mustahil

Tiada Yang Mustahil
ISBN: 978-983-097-897-0
Kod: BP0052
Penulis: Syahrolnizam  &  Hilal Asyraf
Tebal: 104 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.6 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Terdiri daripada empat buah komik tarbiah, yang menghimpunkan pelbagai tema seperti alam persekolahan, persahabatan, percintaan dan kekeluargaan.
   Komik Bulan berlatarbelakangkan alam persekolahan, manakala Mencari Ilahi berkenaan dua orang insan yang bagaimana mungkin menjadi sahabat jika tidak sependapat.
  Komik Ikhlas pula membawa kisah seorang ibu dengan anak perempuannya dan Sang Penyeru menyelitkan kisah dakwah seperti dakwah para nabi terdahulu. Semua komik ini diadaptasi daripada kumpulan cerpen MATAHARI karya Hilal Asyraf.


Tentang Penulis
SYAHROLNIZAM
Pemilik kepada nama sebenar Syahrolnizam Yussoff ini telah mengambil kursus 3D Animasi Teknologi di Giatmara, Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Komik ini merupakan karya pertama beliau di bawah Komik Puris selain kolaborasi beliau bersama Hilal Asyraf.
          Menjalankan perniagaan sampingan dengan mengambil tempahan lukisan potret dan seni reka kreatif selain pekerjaan tetap di sebuah kilang di Kukup, Pontian, Johor.
  
HILAL ASYRAF
Seorang penulis yang prolifik. Bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., beliau telah menghasilkan lebih daripada 10 buah buku.

   Mari Menjadi Hamba merupakan buku pertama beliau di bawah Buku Puris. Manakala di bawah Komik Puris, komik ini adalah adaptasi daripada karya beliau sendiri iaitu Kumpulan Cerpen Matahari.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466





Komik Hologram

Komik Hologram
ISBN: 978-983-097-907-6
Kod: BP0062
Penulis: Hani Raimi & Iwan Reaz
Tebal: 120 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.7 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
KOMIK HOLOGRAM ini merupakan adaptasi daripada Kumpulan Cerpen Hologram karya Iwan Reaz. Komik ini membawakan empat buah cerita pendek iaitu Hologram, Potret, Roti dan Virus yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

Judul HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

Judul POTRET pula memaparkan sisi aneh yang dialami oleh ‘Aku’ setelah dia membeli dan memiliki sebuah potret di pasar antik. Sejak itu dia telah diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri. Dendam apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia?

Judul ROTI, cerita yang mengisahkan seorang remark lelaki yang sering membeli roti keju di sebuah kedai roti yang terletak berhampiran rumahnya tanpa menyedari bahawa kedai tersebut telah terbakar sebulan yang lalu hingga mengorbankan pemiliknya, seorang nenek tua!

Judul VIRUS bertolak dari kisah kematian misteri yang terjadi di daerah Kuala Kangsar apabila hasil bedah siasat menemui jalan buntu untuk mencari punca kematian mangsa. Menurut seorang doktor bertugas, mangsa menjerit-jerit meminta tolong seolah-olah berada  dalam satu dunia yang lain sehingga badannya menjadi terlalu lemah!


Tentang Penulis
HANI RAIMI
Pelukis yang juga dikenali sebagai 'Mak Kucing' atau 'Nenek Hantu' dalam kalangan warga pelukis komik tempatan. Komik Hologram adalah projek pertama di bawah Komik Puris. Lain-lain projek termasuk Komik Misteri Berhantu ASUH dan Misi School Adventures di Webtoon. Seorang pelukis yang kuat kerja tetapi kurang idea.

IWAN REAZ

Nama penuh Ridzuan Mohd Ghazali. Telah menulis sebanyak 19 buah buku. Bukanlah seorang yang berani sangat, tetapi antara 19 buah buku itu, empat adalah buku dengan genre seram. Buku Hologram adalah buku pertama dalam kategori genre seram ini di bawah Buku Puris. Suka baca komik tapi tak pandai melukis.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...