.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Oct 9, 2014

Cuit-Cuit Ustaz Kazim

JUDUL: Cuit-Cuit Ustaz Kazim
PENULIS: Ustaz Kazim Elias
ISBN: 978-983-097-520-7
KOD: GB 304
HARGA: RM 16.00 / RM 18.00 Sabah/Sarawak
TEBAL: 200 ms


SINOPSIS:

Madah atau kata-kata hikmah adakalanya memberi kesan yang sangat mendalam buat jiwa. 

Kata-kata yang ringkas dan bersahaja mudah untuk mengetuk hati yang bergolak. Jiwa yang kelaru boleh kembali terpimpin.



Andai kata-kata ini diulang-ulang nescaya hati yang keras pasti tercuit akhirnya. Maksud tersirat disebalik kata-kata itu juga boleh mendorong manusia untuk berfikir dan merenung jauh, lalu membuat perubahan.

Video promosi buku Edisi Aku Terima Nikahnya

Segalanya berlandaskan cinta. Namun cinta yang hakiki adalah berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta.

Sep 12, 2014

Add Pahala Delete Dosa

JUDUL: Add Pahala Delete Dosa
PENULIS: Mohd Razali Kamarudin
ISBN: 978-983-097-470-5
KOD: GB0290
TEBAL: 376 ms
HARGA: RM 23.00/ RM 25.00



SINOPSIS:


Anak muda dikala ini berhadapan dengan pelbagai dugaan, cubaan dan ujian yang boleh menyimpangkan mereka jauh daripada laluan kehidupan lurus yang menyebabkan mereka gagal sampai ke destinasi dengan selamat. 

Sebaliknya, jika mereka dididik dan dimotivasikan dengan cara yang betul, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mendekatkan mereka dengan Allah SWT. 

Add Pahala Delete Dosa merupakan satu alternatif penulis dalam membawa golongan muda untuk terus beramal kepada Allah dalam apa jua situasi sekaligus meningkatkan motivasi dan mutu amal ibadah bagi melahirkan perasaan mudah amal ibadah harian. Imam al-Ghazali pernah menyebut dalam syairnya, Allah suka orang yang beribadah, tetapi Allah lebih suka orang muda yang beribadah.

Aug 6, 2014

Mudahnya Ajar Anak Solat

JUDUL: MUDAHNYA AJAR ANAK SOLAT
PENULIS: Che Amran Raihan & Isyah Radhiah Idris
ISBN: 978-983-097-472-9
KOD: GB0281
HARGA: RM 17.00/ RM 19.00
TEBAL: 184 ms




SINOPSIS:

Perkongsian tip yang berkesan, khususnya bagi ibu bapa tentang bagaimana hendak mengajak dan mengajar anak-anak agar mereka bertambah rajin dan seronok untuk mengerjakan solat bermula dari awal usia kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa. 

Ditulis berdasarkan pengalaman penulis sebagai ibu bapa sepanjang menjalani kehidupan berumahtangga dan dikurniakan lapan orang cahaya mata serta melalui pembacaan, pengalaman dan perkongsian daripada para ibu bapa yang lain. 

Antara yang menarik dalam buku ini:
· Kepentingan mendidik anak-anak bersolat
· Cara bendidik anak-anak bersolat
· Kenapa anak-anak malas untuk bersolat
· Mengenali peringkat anak-anak dan ketahui teknik yang sesuai untuk memujuk mereka untuk bersolat

· Doa-doa amalan agar anak-anak taat dalam beribadah

Jul 17, 2014

Usahawan Akhirat

JUDUL : Usahawan Akhirat
PENULIS : Muhd Kamil Ibrahim & Mohd Zaini Ariff
ISBN : 978-983-097-511-5
TEBAL : 368 ms
HARGA: RM26.00 / RM28.00 Sabah & Sarawak


SINOPSIS :
Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. 

Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. 

Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza. 

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!


Jul 10, 2014

Cukupkah Wang Anda?

JUDUL: Cukupkah Wang Anda?
PENULIS: Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir
ISBN: 978-983-097-481-1
KOD: GB0297
HARGA: RM 20.00 / RM 22.00
TEBAL: 264 ms





SINOPSIS:
Gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apa itu ‘formula kekayaan’. Dalam mengharungi keperluan kehidupan sehari-hari, adakah di antara kita pernah merasai perasaan ‘kecukupan’ wang? 

Jika ‘cukup’ pun amat sukar rasanya untuk kita menikmati keadaan wang yang melimpah ruah sekiranya keadaan kita tidak berubah.‘Cukup’ merupakan istilah yang relatif buat seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam bahasa mudah, cukup buat Individu A tidak semestinya cukup buat Individu B. 

Usahlah takut dilabelkan sebagai ‘kedekut’ oleh masyarakat sekeliling sebaliknya takutlah atas apa yang Allah hitung kelak akibat pemborosan kita. Diharap buku ini dapat membantu semua pembaca dalam memperbaiki keadaan kewangan masing-masing dan keluarga serta yang lebih penting mendapat hidayah daripada Allah SWT agar sentiasa diberkati dan lebih mendekati-Nya.


Nikmatnya Sakit Bersalin

JUDUL: Nikmatnya Sakit Bersalin
PENULIS: Isyah Radhiah Idris & Che Amran Raihan
ISBN: 978-983-097-485-9
KOD: GB0266
HARGA: RM30/ RM32
TEBAL: 504 ms





SINOPSIS


Nikmatnya Sakit Bersalin merupakan travelog seorang ibu yang melahirkan sembilan anak secara normal. 


Segala pengalaman daripada mula mengandung hingga tibanya detik kelahiran dikongsikan kepada pembaca. 

Ia merupakan satu perkongsian yang sangat berguna terutama untuk bakal-bakal ibu yang petama kali akan merasai 'detik-detik cemas' ini.. Penulis juga berkongsi petua dan tip bersalin serta penjagaan sebelum dan selepas bersalin. Doa harian untuk bakal ibu juga turut termuat dalam buku ini.

Indahnya Hidup Tanpa Derita


JUDUL: INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA
PENULIS: NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA
TEBAL: 244 M/S
HARGA: RM21/RM23 (S/S)
ISBN: 978-983-097-262-6
KATEGORI: TARBIAH ROHANI (MOTIVASI)


Buku yang wajib baca!


Jika anda menyangka masalah yang anda hadapi sangat berat, maka bacalah buku ini. Anda akan dapati, masalah anda tidaklah sebesar mana berbanding kisah-kisah benar yang dimuatkan di dalam buku ini.

Buku ini menghimpunkan 40 kisah masalah rumah tangga. Sebahagiannya adalah kisah ekstrem yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Namun itulah hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Kisah-kisah rumah tangga yang meruntun hati ini turut disertakan dengan tip-tip berguna daripada penulis sebagai jalan keluar daripada masalah yang dihadapi. Sesungguhnya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan di dunia ini. Pokok pangkalnya ialah pada diri sendiri. Selagi ada iman, selagi itu ada penyelesaiannya.

Barangkali ada kisah yang mirip atau menyerupai masalah anda, maka bacalah ia dan dapatkan tip-tip yang diutarakan. Hidup pasti indah apabila derita berjaya diatasi!


Petikan 1
Baru sahaja habis memberi ceramah di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya, seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an menanti saya di muka pintu.
“Ada apa-apa yang puan hendak bertanya?” Saya memulakan bicara.
“Tidak apalah. Biar yang lain bertanya dulu, saya tunggu. Di sini keadaannya tertutup sedikit,” perlahan wanita itu menjawab.
... Di wajahnya ada gari-garis halus sesuai dengan usianya. ...
“Saya tidak tahu hendak mulakan di mana. Tapi, semua orang tidak percaya pada apa yang saya ceritakan.”
Saya angguk.
“Suami saya berzina dengan isteri orang! Perempuan itu sedang mengandung sekarang ini. Tidak tahulah sama ada kandungannya itu anak suami saya atau anak suaminya sendiri. Baju mengandung perempuan itu pun suami saya yang belikan. Guna duit saya! Saya jumpa resit di dalam kereta. Apabila saya tanyakan hal itu padanya, terus saya kena tampar. Semua orang kata saya berbohong. Ahli keluarga sebelah saya dan sebelah suami pun tidak mempercayai cerita saya ini.”

Petikan 2

Wanita itu menelefon saya ketika saya sedang menikmati minum petang ... .
“Puan, bolehkah jika saya berdoa untuk suami saya?” wanita itu bertanya.
“Eh, mengapa pula tidak? Apatah lagi jika seorang isteri mahu mendoakan di suami yang tercinta.” Soalan wanita ini mengundang hairan ke dalam benak saya.
“Bukan itu maksud saya puan. Saya hendak doakan supaya Allah ambil nyawa suami saya. Saya sudah tidak tahan hendak membela dia,” saya terdiam di hujung talian mendengar keluhannya.

Jun 12, 2014

Nota Madinah

Nota Madinah
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-512-2
TEBAL: 314 muka surat
HARGA: RM30.00/ RM32.00 Sabah & Sarawak





SINOPSIS:

Haji dan umrah, ramai melihat ibadat ini sebagai anugerah Allah melalui jemputan istimewa. Ia merupakan suatu nikmat yang luar biasa. 

Secara hakikatnya, nikmat menunaikan umrah atau ziarah serta berada di Makkah dan Madinah tidak semestinya diikuti dengan nikmat beramal ibadat yang sepatutnya. 

Kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat ini bukanlah satu perkara mudah. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Malah ilmu memainkan peranan besar.

Nota dari Madinah merupakan satu sumber rujukan terbaik agar khalayak dapat melihat ibadat ini dalam kerangka besar mengatasi rukun dan wajib semata-mata. Ia melibatkan roh dan perasaan.

Buku ini secara telus mengajak khalayak berfikir dan merenung lalu membuat keputusan sama ada untuk memperkemaskan tekad untuk umrah dan haji atau membanding semula semua amalan yang dilakukan.

Jun 5, 2014

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah

KENAL UNTUK CINTA: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
Penulis: Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Penterjemah: Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN: 978-983-097-435-4
KOD: GB0222
Harga: RM 50.00/ 52.00 
Hard Cover









SINOPSIS


KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang
diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. 

Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. 

Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

May 21, 2014

Rumah Kecil di Jabal Uhud

JUDUL: RUMAH KECIL DI JABAL UHUD
PENULIS: ROZA ROSLAN
KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-461-3
KOD: GB0296
TEBAL: 568 ms
HARGA: RM34.00/ RM36.00




SINOPSIS:
Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.

Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.


Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.

May 14, 2014

Siri Mahmudah VS Mazmumah

Judul: Komik Mahmudah vs Mazmumah 1
Penulis: Shamsiah Puad
Tebal: 40 ms
ISBN: 978-983-097-427-9
Kod: GB0283
Harga: RM5.50/ RM7.50

Sinopsis:
Komik Mahmudah vs Mazmumah 01 merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Mahmudah vs Mazmumah yang mula mendapat tempat di hati pembaca Majalah ASUH.  

Mahmudah bererti sifat yang baik, manakala mazmumah pula sikap yang tercela. Justeru, komik ini menceritakan beberapa situasi baik dan buruk sebagai penunjuk arah kepada kita semua agar dapat menilai sikap apa yang harus diikuti atau yang perlu kita hindari.


Diselitkan juga beberapa info dan permainan untuk adik-adik lebih mengetahui perbezaan antara sifat mahmudah dan mazmumah

Judul: Komik Mahmudah vs Mazmumah 2
Penulis: Shamsiah Puad
Tebal: 40 ms
ISBN: 978-983-097-493-4
Kod: GB0284
Harga: RM5.50/ RM7.50

Sinopsis:

Komik Mahmudah vs Mazmumah 2 merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Mahmudah vs Mazmumah yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH.  

Komik ini menceritakan beberapa situasi baik dan buruk sebagai penunjuk arah kepada kita semua agar dapat menilai akhlak mana harus diikuti atau yang perlu kita hindari. 

Diselitkan juga beberapa info mengenai hati dan peranannya. Dengan mengetahui apa itu baik hati dan busuk hati, bolehlah adik-adik mengetahui perbezaan sifat mahmudah dan mazmumah.


May 8, 2014

Rasulullah SAW Insan Yang Terpelihara

JUDUL: Rasulullah Saw Insan Yang Terpelihara
PENULIS: Al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany.
ISBN: 978-983-097-503-0
KOD: 0295
HARGA: RM 30.00/RM 32.00
TEBAL: 326 ms



SINOPSIS:

Buku istimewa ini adalah terjemahan daripada kitab asal dalam bahasa Arab; Raddul Mutasyabihat ilal Muhakkamati fi Janibi Khatamil Nubuwwaat karya al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany seorang Ulama al-Azhar asy-Syarif, Musnid Iskandariah, Mesir.

Buku ini membahaskan dan menjelaskan kepada pembaca tentang pemeliharaan Allah SWT yang hakiki terhadap para Nabi dan Rasul khususnya Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta memperbetulkan tafsiran beberapa ayat di dalam al-Quran tentang keadaan diri Baginda SAW yang telah disalah tafsir oleh beberapa pendapat. Antara perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini:

BAB PERTAMA: 
PERJELASAN MENDALAM TENTANG 'ISMAH (PEMELIHARAAN) ALLAH TERHADAP PARA NABI DAN RASUL
Fasal Satu: Tahqiq pendapat tentang ‘ismah para malaikat
Fasal Dua: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada kekufuran dan cabang-cabangnya
Fasal Tiga: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada dosa-dosa besar dan kecil
Fasal Empat: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada sikap bohong, khianat, menyembunyikan dan jahil
Fasal Lima: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. pada pergaulan mereka dalam aktiviti kehidupan
Fasal Enam: Sekitar ‘ismah dan kemanusiaan

BAB KEDUA: 
MEMBAHASKAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DIANGGAP MERAGUKAN MENGENAI DIRI RASULULLAH SAW
Perbahasan pertama: Mengenai ayat kedua surah al-Fath 78
Perbahasan kedua: Mengenai ayat 65 surah az-Zumar 130
Perbahasan ketiga: Mengenai ayat 65 surah al-Anfal 154
Perbahasan keempat: Mengenai ayat 43 surah at-Taubah 166
Perbahasan kelima: Mengenai ayat 13 surah Hud 176
Perbahasan keenam: Mengenai ayat 73 surah al-Isra’ 184
Perbahasan ketujuh: Mengenai ayat 52 surah al-Hajj 192
Perbahasan kelapan: Mengenai ayat 37 surah al-Ahzab 214
Perbahasan kesembilan: Mengenai ayat 52 surah asy-Syura 234
Perbahasan kesepuluh: Mengenai ayat pertama surah at-Tahrim 244
Perbahasan kesebelas: Mengenai ayat pertama surah ‘Abasa 252

Perbahasan kedua belas: Mengenai ayat ketujuh surah adh-Dhuha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...