.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 21, 2015

Suami Hensem, Isteri Ohsem

JUDUL: Suami Hensem, Isteri Ohsem
PENULIS: Ahmad Shafiai Uda Jaafar/ Pak Utih
ISBN: 978-983-097-575-7
KOD: GB366
HARGA: RM 20.00/ RM 22.00
TEBAL: 240 ms











SINOPSIS

Menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. 

Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan.


---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Sep 9, 2015

Dari Denai ke Pentas Dakwah

Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah
978-983-097-521-4
Kod: GB0305
Harga: RM25/27*

Autobiografi yang santai namun tidak menyentuh tentang kehidupan Datuk Ustaz Kazim secara terperinci dan teratur.


Hanya mengambil beberapa kisah dalam kehidupan. Yang menariknya ia diselangi dengan doa2 harian yang boleh dijadikan amalan. Turut disertakan gambar berkaitan dengan kisah yang dibawakan serta gambar peribadi Dato Ustaz Kazim Elyas.

Sep 4, 2015

Destinasi

JUDUL: Destinasi
PENULIS : Syed Alwi Alatas
Kategori: Novel Tarbiah Dewasa
TEBAL: 256 ms
ISBN: 978-983-097-480-4
HARGA: RM 17.00 / RM 19.00


SINOPSIS:

“Saya melihat sendiri bagaimana cinta menjadikan orang itu sakit. Saya belum pernah menyaksikan penyakit yang lebih keras dan lebih aneh daripada itu. Penyakit yang bukan hanya tidak difahami oleh orang-orang sihat, juga oleh si pesakit itu sendiri. 

Saya tidak mampu menyaksikan keadaan seperti itu. 

Namun, apa yang mampu saya lakukan? Sungguh sukar menemukan ubat bagi putus cinta seperti itu.”
“Allah. Dialah ubatnya,” potong Khair.

***
Khair, pemuda berusia 19 tahun, serta sahabat rapatnya, Turam, memutuskan untuk mengikuti ajaran Guru. Mereka meninggalkan kepekatan tradisi berhala yang menguasai masyarakat. Mereka kemudiannya menempuh jalan yang lurus menuju Tuhan. Tidak sekadar secara maknawi, tetapi juga secara fizikal.


Destinasi adalah kisah seorang penempuh jalan. Perjalanan menuju puncak cinta dan cita-cita. Perjalanan menuju Tuhan. Ia adalah kisah yang akrab dengan kita semua, namun seringkali hilang maknanya dalam arus globalisasi yang mengancam. 

Melalui pembacaannya, ia diharap mampu menyentuh hati-hati di luar sana untuk merenung hakikat kewujudan diri di dunia ini.

Aug 14, 2015

Q&A Bersama Ustaz Kazim Elias

JUDUL: Q&A Bersama Ustaz Kazim Elias
PENULIS: Ustaz Kazim Elias
ISBN: 978-983-097-528-3
HARGA: RM 25.00 / RM 27.00
TEBAL: 248 ms







SINOPSIS


'Q&A Bersama Ustaz Kazim Elias' menjawab persoalan-persoalan semasa dan rumah tangga yang sering dihadapi oleh umat Islam .

Turut memuatkan tiga perkongsian amalan:
- Amalan untuk Mencari Orang yang Tenggelam (lemas), 
- Amalan bagi Menarik Pengunjung ke Premis Perniagaan dan 
- Amalan atau Petua Menghafaz Quran ~ yang amat berguna untuk dijadikan panduan dan untuk diamalkan. 

Soalan-soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Kazim Elias. Kini ia dibukukan khas untuk dikongsikan bersama pembaca dan peminat.

Jul 8, 2015

Rahsia 7 Surah

JUDUL: RAHSIA 7 SURAH PILIHAN
PENULIS: USTAZ MOHAMAD ZAKI ABDUL HALIM
ISBN: 978-983-097-496- 5
KOD GB: 0299
HARGA: RM 24.00/RM 26.00
TEBAL: 216 ms











ٍSINOPSIS:

Terdiri daripada surah al-Fatihah, as-Sajadah, al-Kahfi, al-Waqi‘ah, ar-Rahman, Yasin dan al-Mulk. Bukan sekadar surah semata-mata, tetapi padat dengan huraian yang memuatkan kisah-kisah dan fakta yang sahih serta kelebihan dalam mengamalkannya. 

Menariknya, penulis turut berkongsi tip motivasi yang boleh diambil iktibar sebagai penguat diri. Jika anda membaca, menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap kalamullah dalam buku ini, pasti akan menambah iman yang menjadi sumber motivasi hidup serta benteng diri daripada terjerumus ke lembah maksiat.

Jun 24, 2015

Tanyalah Diri

Tanyalah Diri
978-983-097-537-5
Kod: GB0339
Harga: RM20/22*

Mengetengahkan 40 persoalan yang selalu diersoalkan oleh wanita, khususnya berdasarkan pengalaman.


Menjawab persoalan yang dilontarkan oleh diri, ibu, anak perempuan dan isteri. Setiap kejadian membuat kita sering berfikir tentang hidup ini.

Q&A Perihal Rasulullah SAW

JUDUL: Q&A Perihal Rasulullah SAW
PENULIS: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
ISBN: 978-983-097-166-7
KOD GB: 0336
HARGA: RM 20.00 /22.00
JENIS KULIT:  Lembut
TEBAL: 280 ms



SINOPSIS:

Kupasan yang ringkas, padat dan berfakta serba-serbi tentang Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. 

Istimewa berbentuk soal jawab yang memudahkan pembaca memahami dan mengingatinya. 

Sesuai dimiliki untuk menambah kefahaman dan kecintaan terhadap Baginda. Antara persoalan utama yang diperbincangkan:

*Nama dan Keturunan Nabi
* Sifat-sifat Fizikal Nabi
* Pakaian dan Perhiasan Nabi
* Akhlak Nabi
* Mukjizat Nabi
* Kehidupan Nabi
* Hikmah dan Rahsia Nabi
* Cinta dan Rahmat Nabi

*Keistimewaan Nabi

Jun 17, 2015

Bila Hati Berkata, Biar Hati Terasa

JUDUL: Bila Hati Berkata, Biar Hati Terasa
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim & Bonda Nor
KOD: GB0367
HARGA: RM 20.00 / RM 22.00













SINOPSIS

Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. 

Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. 

Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.

Jun 15, 2015

Be Cool

JUDUL: BE COOL, Pujuklah Hati 2
PENULIS: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-579-5
KOD: GB0370
HARGA: RM 18 /RM 20
TEBAL: 184 ms












SINOPSIS

Sequel kepada Pujuklah Hati. 

Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua’ orang. 


Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.


 

 

 

  


---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Jun 12, 2015

Hanya Dia Untukku

Judul: Hanya Dia Untukku
Penulis: Nazrin Aneeza
Tebal: 320 ms
ISBN: 978-983-097-540-5
Kod: GB0340
Harga: RM17.00











SINOPSIS


Soraya yang kehilangan adiknya Mounira pernah diselamatkan Zaki, seorang gelandangan dalam satu insiden. Gakeem, rakan niaga pak cik Soraya, yang berasal dari Cape Town menaruh hati kepada Soraya dalam diam. 

Malek, anak kepada seorang ustazah yang kurang disenangi Soraya juga memendam perasaan yang sama terhadap Soraya. 

Dalam penghijrahan Soraya dan keluarganya untuk menjadi Mukmin yang lebih baik, mereka tidak sunyi diuji bertalu daripada yang Satu.

Jun 6, 2015

Ibadah Mukmin: Panduan Solat

JUDUL: IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT
PENULIS: Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar
HARGA: RM30.00/32.00
ISBN: 978-983-097-436-1
KOD: GB 0225



Sinopsis

Ibadah Mukmin; Panduan Solat yang didatangkan khas lengkap berwarna, berfakta, serta dalil yang jelas bagi merungkai segala persoalan yang meluruskan kefahaman dan tindakan ke arah kesempurnaan solat. 

Pembaca akan didedahkan pada permulaannya tentang persoalan hukum-hakam sebelum mengerjakan ibadah solat seperti taharah, pembahagian najis, wuduk, tayamum istinjak, dan darah wanita. 

Seterusnya buku ini dilengkapkan dengan persoalan solat merangkumi rukun dan sunatnya, solat fardu dan sunat, solat Jamak dan Qasar, solat Jenazah, Qadha Solat dan solat Jumaat.

May 26, 2015

Perjalananku Bersama Al-Quran

JUDUL: Perjalananku Bersama Al-Quran
PENULIS: Dr. Mohd Shafie Md Amin
ISBN: 978-983-097-547-4
KOD: GB0349
HARGA: RM 40.00 /RM 42.00
TEBAL: 536 ms





SINOPSIS
“Bagaimana untuk mengingati 30 juzuk?”

Tanpa saya sedari, Allah mengajar saya perlahan-lahan. Allah mahu saya melalui onak dan duri ketika menghafaz agar saya dapat menghargai kurniaan-Nya itu. 

Semangat saya untuk meneruskan perjuangan (menghabiskan 30 juzuk) semakin kuat. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya sewaktu di universiti dahulu, kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak?


May 17, 2015

Wirid Mustajab Sepanjang Zaman

*WIRID MUSTAJAB SEPANJANG ZAMAN*
PENULIS: Syeikh Ahmad Abdul Jawwad rahimahullah Taala.
PENTERJEMAH: Ustaz  Drs. Pauzi Awang.
ISBN: 978-983-097-544-3
KOD GB: 0334
HARGA: RM 12.00/14.00
JENIS KULIT:  Lembut
MUKA SURAT: 184










*SINOPSIS:*

Menghimpunkan susnan bacaan wirid harian dalam seminggu daripada al-Quran,
hadis dan amalan alim ulama yang disusun secara berbeza setiap hari. 

Patut dimiliki oleh semua agar menambahkan lagi rasa kehambaan kepada Allah .

May 15, 2015

Jejak Sahabat

JUDUL: JEJAK SAHABAT
PENULIS: USTAZ MOHD NASUHA ISMAIL AL-AZHARIY & DATO' SERI ZAINAL ABIDIN YUSUF
KATEGORI: PENGETAHUAN ISLAM (SEJARAH)
ISBN: 978-983-097-532-0
KOD: GB 0357
TEBAL: 384 ms
HARGA: RM 33.00 Sabah/Sarawak RM 35.00



SINOPSIS:

Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. 

Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini:
·        Umar al-Khattab al-Farruq.
·        Amru bin al-As.
·        Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi.
·        Abu Basrah al-Ghifari
·        Ubadah bin as-Somit.
·        Al-Qa'qa' bin Amru at-Tamimi
·        Sariah al-Jabal
·        Al-Miqdad bin al-Aswad.
·        Abu Darda', dan ramai lagi.


Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...