.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 25, 2022

Mahir IQRA Bersama Asuh

MAHIR IQRA BERSAMA ASUH (6 Jilid)
ISBN (set): 9789830979595
Kod: GB0681
Teks: 4 warna
Berat: 0.4 kg
Harga: RM60.00/RM62.00

Pengenalan

Siri MAHIR IQRA’ BERSAMA ASUH merupakan kaedah pantas belajar membaca Al-Quran. 

Buku ini mengandungi enam jilid (Buku 1-6) yang telah ditambah baik dengan contoh ayat-ayat Al-Quran dan kaedah mudah mengenali hukum-hukum tajwid.

Antara kelebihan siri MAHIR IQRA’ BERSAMA ASUH:

1. Dilengkapi kaedah membaca hamzah washal

2. Tanda waqaf terkini resam mashaf Utsmani

3. Bacaan khas riwayat Hafs 'an 'Ashim

4. Himpunan ayat-ayat Sajdah

5. Hadis-hadis tentang kelebihan Al-Quran











Set siri MAHIR IQRA’ BERSAMA ASUH ini didatangkan khas dengan:

•           Buku aktiviti – Mengandungi pelbagai aktiviti menarik yang mampu membantu adik-adik lebih memahami dan celik dalam menguasai huruf-huruf hijaiyah.

•           Kad Imbas (Flash Card) – Alat bantu untuk ibu bapa mengajar anak-anak pengenalan asas huruf-huruf hijaiyah.

•           Poster

Disertakan Kod QR sebagai alat bantu pembelajaran dan pengajaran. 

Kesemua set Mahir Iqra Bersama Asuh ini disusun kemas dalam sebuah kotak khas!







Buku Aktiviti Mahir Iqra

                     
 

                                    Kad Imbas (Flash Card) Mahir Iqra Bersama Asuh












Ada Syurga Di Rumahmu

ADA SYURGA DI RUMAHMU
ISBN: 978-983-097-890-1
Penulis: Ustazah Asma' Harun
Kod: GB0679
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 392 ms
Berat: 0.9 kg
Teks Dalam: 4C
Harga: RM55.00/RM57.00

SINOPSIS

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)

Buku yang ada di tangan para pembaca ini bukan sebuah buku kekeluargaan yang biasa. Ia didatangkan dengan isi kandungan yang istimewa di mana terdapat banyak panduan praktikal mengenai cara untuk mewujudkan sebuah syurga di dalam rumah tangga.



Apabila kita bercerita tentang sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa komponen penting. Antaranya keluarga, ruang tamu, sudut ibadah, kamar tidur, bilik mandi dan dapur.

Ramai yang menyangka bahawa tempat untuk melakukan ibadah di dalam rumah hanyalah di ruang ibadah sahaja. Walhal, ruang tamu, dapur dan kamar tidur juga boleh dijadikan sebagai ruang untuk melakukan ibadah dan amal soleh.


Persoalannya, bagaimana cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan semua ruang itu untuk dijadikan sebagai ladang mendapatkan pahala dan lapangan untuk membina sebuah syurga rumah tangga?

Para pembaca boleh membaca buku ini dari awal sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.










May 21, 2022

Rumah Tangga Bahagia

Rumah Tangga Bahagia
Penulis: Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-951-9
Kod: GB 0677
Saiz: 14 cm X22cm
Tebal: 144 m/s
Berat: 0.4 kg
Teks: 4C
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS:

Berkahwin dan berkeluarga adalah impian setiap manusia namun tidak ramai yang menyedari peranan dan tanggungjawab yang bakal menanti. 

Sebagai Muslim, rumah tangga tidak hanya berkaitan nikmat dan bahagia di dunia bahkan ia berkait rapat dengan kehidupan yang bakal ditempuh di akhirat.



Fahami juga hakikat sebenar alam rumah tangga, persiapan untuk menghadapinya dan bagaimana untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan sahaja di dunia malah hingga ke syurga.



Naskhah ini juga akan membawa pembaca menyedari kepentingan ilmu dalam membina keluarga, keberkatan rezeki yang mencukupkan, cabaran yang menanti pasangan dan ibu bapa dalam mendidik ahli keluarga dan bagaimana memimpin keluarga untuk bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.









 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...