.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 21, 2022

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Qur’an

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Qur’an
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-952-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0678
Saiz: 16.5cm x 23.5cm
Tebal: 1.34 cm
Berat: 0.5 kg
Tebal: 248 ms
Teks Dalam: 4C
Harga: RM45.00/RM47.00

SINOPSIS:

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.



Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.


 
TENTANG PENULIS:

 Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir Al-Qur’an dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan As-Sunnah dari universiti yang sama. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam bidang Syariah Islamiyyah dari Jami‘ah al-Aqidah, Indonesia, dan lepasan dari Madrasah Islamiyyah di bawah Syeikh Mahmud Effendi di Fatih, Istanbul, Turki. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Lembah Klang. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an merupakan karya kelima beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...