.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 9, 2020

Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat Dunia Akhirat
Penulis: Ustazah Asma’ Harun 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-889-5
Kod: GB 0610
Tebal: 184 m/s
Isi Dalam: 4C
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.2 cm
Berat: 0.31 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM 25.00/ 27.00*

DETAIL:

Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.

Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.


Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.


Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 



Online

ONLINE  
ISBN: 978-983-097-876-5
Penulis: Ana Fannan
Kod: BP0053
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W:  0.8 cm
Berat: 0.13 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Komik ONLINE ini adalah adaptasi daripada buku Dia Bukan Malaikat, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin terbitan Buku Puris. Ia merupakan kumpulan cerpen yang mengetengahkan perihal masyarakat pada hari ini. Tujuh buah cerpen dikomikan untuk memberi manfaat kepada semua golongan terutama para remaja.

Menghasilkan cerpen yang berkualiti dan kemudian dikomikan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia menuntut paduan daya imaginasi yang tinggi agar mesej yang wacananya mampu membuatkan pembaca berfikir, tidak hanya khayal di awanan hiburan semata sebaliknya sebagai bekal hidup di alam fana ini hingga ke alam kekal sana.


Moga, dapatlah bersama-sama kita berjalan di dunia ini dan beransur ke alam sana, dalam pelukan redha-Nya!

Tentang Penulis/Pelukis:
Memilih menggunakan nama pena Ana Fannan, lulusan dalam bidang Seni Halus ini telah memilih kerjaya sebagai Ilustrator. Komik ONLINE merupakan komik terbitan pertama beliau bersama Buku Puris.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Ada Dia Di Hatiku

ADA DIA DI HATIKU
ISBN: 978-983-097-891-8
Kod: GB0607
Penulis: The Bingkisan Hati
Tebal: 144 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.97 cm
Berat: 0.24 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM20.00/22.00*










SINOPSIS
Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar.


Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Dendam Sikido

Siri Kak Long Kawasan: Dendam Sikido
Pengarang : Nita Yusof
ISBN : 978-983-097-856-7
Kod: GB0605
Tebal : 128 muka surat
Saiz: 
L: 12.7 cm; H: 19.1 cm; W:  0.83 cm
Berat: 0.21 kg
Terbit:  Jan 2020
Harga : RM12.90 /RM14.90*

Sinopsis
Pasukan Silat dan Aikido Sekolah Sri Aminah telah terpilih untuk membuat persembahan pada acara Kejohanan Sukan Negeri Perak.

Tetapi... tiba-tiba, hanya satu pasukan sahaja yang dapat membuat persembahan pada acara tersebut.
Justeru, satu pertandingan diadakan untuk memilih pasukan yang akan mewakili Sekolah Sri Aminah. Pasukan Silat perlu berlawan dengan Pasukan Aikido. Adakah pertandingan ini berjalan dengan lancar dan selamat? Atau mereka terpaksa menarik diri dari acara itu?

Hafsah dan Geng Besi terpaksa masuk campur untuk menyelamatkan keadaan!




**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...