ADA
DIA DI HATIKU
ISBN:
978-983-097-891-8
Kod:
GB0607
Penulis:
The Bingkisan Hati
Tebal:
144 ms
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.97 cm
Berat: 0.24 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM20.00/22.00*
SINOPSIS
Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit
tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk
bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit
waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia
kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang
kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan
sisa kesedihan.
Tatkala
hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha
Mendengar.
Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar.
Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di
pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.
Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan
tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur
pada setiap inci rencana yang telah tertulis.
Tulisan ini insya-Allah
mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan
sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah
kamu tetap indah dan bersinar.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment