.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Apr 23, 2017

Kelab Hantu


JUDUL: Kelab Hantu
PENULIS: Pakcik Bad
ISBN: 978-983-097-657-0
HARGA: RM15/RM17*

KELAB HANTU adalah siri kompilasi ke-3 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini sarat dengan ilmu, pengajaran dan mesej yang sangat berguna buat semua manusia baik kanak-kanak atau dewasa dalam menghadapi hasutan, godaan atau tipuan syaitan yang sangat licik menjalankan tugasnya.

KELAB HANTU mengumpulkan 27 komik Godaan Syaitan. Berbaloi sungguh dengan nilai harganya.


Antara cerita yang menarik dalam siri ini

> Baik yang sia-sia

Ianya kisah Faizal yang sering dihasut oleh Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk agar selalu menunjuk-nunjuk bila membuat baik kepada rakan-rakan sekolahnya. Amalan mencari sanjungan rakan dan tidak ikhlas ini menyebabkan ianya kosong dari pahala. Buat baik banyak-banyak tapi tak dapat pahala. Sia sia kena tipu dengan syaitan. Kasihan kat Faizal kan?

Kelab rakan syaitan.

Ini kisah Tina, seorang gadis comel yang menjadi kesayangan Syaitan kerana dia seorang budak yang pemalas. Susah sangat nak tolong ibunya malah membiarkan ibunya membuat kerja dapur keseorangan. Titik perubahannya bermula bila Tina menumpang dirumah sepupunya Azni. Azni sering membantu ibunya didapur malah sangat menghormati ibunya. Tina akhirnya sedar dengan kesilapannya dan menjadi anak yang baik dengan ibubapanya. Syaitan frust menonggeng!

Haha…gerenti tertolak!

Kisahnya mengenai Azli. Pelik betul bila Syaitan tak pernah kacau Azli solat atau berwuduk! Sebabnya Azli tak belajar dan cuai langsung tentang ilmu Fardu ain baik solat atau wuduk menyebabkan amalannya sia sia dan tertolak! Waktu makan pun syaitan tak kacau sebab syaitan tahu makanan yang Azli makan banyak dari sumber yang haram. Tapi bila Azli sedar dan ingin mendalami ilmu agama, syaitan mula pening kepala!





Apr 19, 2017

Raja Kesatria, Hijab Raja Zulqarnain

JUDUL: Raja Kesatria, Hijab Raja Zulqarnain
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983- 097-658- 7
HARGA: RM20.00/22.00*
TEBAL: 512 ms
KOD: BP 0011
Kategori: (BUKU PURIS) Novel Sejarah



*SINOPSIS:*

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.

Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia. 

Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.

Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal 
MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain.


TESTIMONI/KOMEN UNTUK RAJA KESATRIA

Tahniah, sahabat ana. Sudah separuh buku itu saya baca. Memang mudah faham dan saya seolah-olah berada dalam zaman tersebut. Memang hebat gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!
-- Azhar Mohd Ghazali

Saya telahpun berjaya menghabiskan novel Macedonia: Alexander Agung. Terima kasih, Abang Web. (Ia) membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut. Saya tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit yang saya dapat, dan saya juga mulai berminat untuk lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan saya. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekarang saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat bernilai. Di penghujungnya ada sesuatu yang tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja. Saya mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan pada jam 1.30am. Tidak boleh berhenti.
-- Buanda Kayangan Puteh (Ezzy)

Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan nama Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya supaya baca hingga ke halaman yang terakhir. Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-Kahfi: 83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander ini. Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?
-- Pembaca tak bernama

 Kepada sidang pembaca yang budiman, saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi perang, inilah bukunya.
-- Pembaca dari Sabah

Web Sutera, tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut pandangan ilmiah yang luar biasa nilainya.
-- Ewal Din

Mahu kongsi beritahu genre novel yang aku minat. Aku cadangkan kau beli Hijab Raja Zulqarnain. Best bagi aku, perang dia dan sejarah dia yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web Sutera.
-- Inderaa Saifullah Al-Fath

Alhamdulillah karya kedua yang sempat dibaca bulan ini ialah MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG - HIJAB RAJA ZULQARNAIN garapan Web Sutera. Ini salah satu novel sejarah yang boleh dikatakan sebagai kaya sejarah yang menarik dan hebat kerana di dalam cerita ini sebenarnya tersimpan 1001 pengajaran dan tauladan yang baik khususnya dalam aspek kepimpinan.
Bukan mudah untuk menghasilkan karya sejarah. Justeru saya berharap kawan-kawan dapat cari novel ini dan baca serta alami sendiri pengembaraan seorang pemimpin terulung di samping mencari sendiri maklumat yang kadangkala kita tak sangka boleh dilakukan oleh seorang Muslim.
Pada hemat saya novel ini baik dibaca oleh budak-budak sekolah kerana kepimpinan melalui teladan banyak diceritakan di dalam novel ini. Saya harap saudara dapat hasilkan karya sebegini dengan lebih banyak sebab sememangnya kita perlukan novel pembangunan rohani seperti karya saudara ini. Syabas, Web Sutera! Karya ini tidak mengecewakan. Selamat membaca.
-- Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli

Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya lega dan minda saya ceria. Pengolahan yang ringan sedikit (berbanding buku sejarah), seolah-olah watak tersebut bernafas semula dan terbayang-bayang saya berada bersama mereka. Tuan juga berjaya membawa minda saya bersama menyelaminya. Saya memang sejak kecil erat bersama arwah atok. Selalu dia bercerita mengenai sejarah, lebih-lebih lagi mengenai bangsa Melayu. Itu menjadikan saya lebih mudah memahaminya. Buku tuan ini juga mudah untuk saya terjemahkan dalam bentuk ilusi saya. Memang tenggelam (bersama watak dan peristiwa).
Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan tuan juga mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan pembaca menjiwai sejarah. Kini bertambah lagi seorang penulis yang saya minati. Tuan sudah masuk dalam senarai saya selepas Abdul Latip Talip dan RAM (Ramlee Awang Murshid).
-- Tun Mohd Hilmi

Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan Web Sutera akan membukukan cerita Alexander ini. Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web Sutera di penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri supaya saya membacanya. Bila sudah baca, saya memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu tahu kesudahan.
Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak pula halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini (19 November 2012) dengan rasminya saya menamatkan bacaan.
Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera:
1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke dunia Alexander, merasai keteguhan iman Alexander, ketulusan hatinya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Ia membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini wujud pemerintah berjiwa 'Alexander'.
2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah membuka mata hati saya yang selama ini pun tertanya-tanya, adakah Alexander itu Zulqarnain? Dengan membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander.
3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba disebut watak Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan saya tersenyum.
4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak membaca karya tuan.
Terima kasih kepada Shimah Basri yang memperkenalkan saya dengan karya Tuan Web Sutera.
Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya menanti karya terbaru tuan. Tidak boleh komen lebih-lebih, bimbang tuan tidak lena tidur pula.”
-- Iza Balqis Ahmad

Novel sejarah Macedonia hebat.
-- Tuan Paieeszz Ahmad

Terpukau dengan novel Alexander Agung. Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid, ‘Karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni’. Teruskan berkarya."
-- Leyna Kadi Kannoe

Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel Alexander Agung dan baru baca sampai bab 4. Terbaik!
-- Adam Jaafar . Rahman.
Novel tuan yang dulu pun (Alexander Agung) mendatangkan keterujaan jua kepuasan dalam pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini (Konstantinopel) lebih mantap lagi...sudah tentu membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya... sabar menanti kemunculannya.
-- Shimah Basri.

Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran mengenai strategi perang, suka dan duka adalah konsep yang sangat menarik dan segar. Pembaca dibawa kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang disertakan juaga adalah satu pendekatan yang baik. Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga menarik untuk saya dan cara penceritaan yang disampaikan mengenai peranan mereka di dalam novel ini.
Saya menyukai konsep buku ini, berbeza daripada genre yang biasa ada di pasaran buku Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat buat sesetengah pihak, namun ia harus diberi peluang. Tahniah kepada penulis, saya doakan beliau akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini, insya-Allah.
-- Nazirah Nahar

Akhirnya sudah menamatkan pengembaran Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Terbaik dan tidak rugi memilki novel ini. Mahu komen panjang-panjang memang tidak pandai.
-- Nur Asiah

Membaca teks sastera BMT telah banyak membantu ramai pelajar STPM seperti saya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya, bahan bacaan lebih banyak membantu kami memahami setiap bab. Sambil menelaah teori, praktikal seperti membaca juga sangat membantu. Kebanyakan pelajar bukan Melayu yang membaca buku yang menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), mereka mampu menyusun ayat dengan baik. Malah, mungkin lebih baik berbanding pelajar Melayu.
Nah, bukankah bicara dan bahasa yang cantik itu wadah penyampaian ilmu sejagat? Teruskan usaha menulis dengan bahasa mengikut sintaksis dengan sebaik mungkin. Saya antara penyokongnya dan sedang menghadam karya Tuan Web Sutera ini.
-- Noor Hafizah Mazlan


Tahniah, teruskan menulis karya alusi sejarah. Bukan mudah mahu memfiksyenkan fakta. Semoga boleh jadi teks KOMSAS! Bak kata seorang pembaca itu.
-- AttOkz Dikulgai

Baru dapat habiskan novel ini, sebuah fiksyen sejarah. Bukan minat sangat sejarah, tetapi novel ini best buat kita teruja dan exited hendak baca sampai penghujung. Ayat-ayat yang mudah hendak difahami. Tidak sia-sia membelinya. Memang tidak rugi beli buku Web Sutera. Rasa teruja baca Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tidak sedar sudah sampai ke akhir pembacaan.
--  Nor Azlina Lin

Abang Web Sutera, kagum boleh tulis buku (novel) sejarah hebat macam itu! Tuan, mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah.
-- Razif Radzi

 

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri.

Mengenai novel ini, penulis novel Web Sutera menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri yang mengembara merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

-- Hilmi Isa



Apr 18, 2017

Golden Rule

Judul: Golden Rule
Judul: Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin
ISBN: 978-983-097-645-7
TEBAL: 224 ms
Harga: RM20
Flasher: Untuk kebahagiaan suami isteri

SINOPSIS

Berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak sekadar perlukan kesabaran, tetapi juga ilmu serta kebijaksanaan. Barulah masalah yang timbul itu akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri. 

Setiap pasangan boleh menangani masalah rumah tangga serta memelihara keharmonian keluarga, dengan memahami seni-seni dalam mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Baca, fahami, berazam dan berusahalah untuk mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan Golden Rule. Semua perkara yang dinyatakan dalam Golden Rule merupakan asas dalam pembentukan rumah tangga yang sejahtera. Walaupun mungkin ada antaranya dianggap remeh, jangan lupa bahawa dalam ‘keremehan’ itulah tersedia ganjaran pahala yang besar.

Dengan mengekalkan gaya santai Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, buku ini juga sarat dengan tip-tip yang mahal dan realistik dalam membentuk keluarga yang bahagia berlandaskan Islam dan teladan keluarga Nabi SAW.


PENULIS 

Muhamad bin Abdullah al-Amin. Amin adalah panggilan di kalangan ahli keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor, pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Kelantan, serta sering berulang alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Setelah tamat di UM, beliau ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya dari Mesir, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pelajar di peringkat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat PhD di UM.


Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003, merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan para ulama di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti operasi membantu mangsa tsunami di Acheh, mangsa gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

Laba Di Sebalik Bala

Judul: Laba Di Sebalik Bala
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-644-0
TEBAL: 176 ms
Harga: RM20


Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!


Penulis: PAHROL MOHAMAD JUOI

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam. Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat. Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Laba Di Sebalik Bala adalah buku keenam beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati dan Revolusi

Apr 10, 2017

Check-In Check-Out: Kembara HKL

JUDUL: Check-In Check-Out: Kembara HKL       
PENULIS: Abdul Muiez Ruslee
ISBN:   978-983-097-659-4           
KOD: BP 00012
HARGA: RM 20
TEBAL:   184 ms

Kotak yang menyimpan rahsia di pojok hati akhirnya saya buka dengan rela. Tatkala mendengar semanis harapan daripada doktor membuatkan saya ingin berkongsi dengan khalayak tentang penyakit yang sekian lama saya hidapi dan ia merupakan penyakit yang jarang ditemui.

Ketika berada di HKL, saya seolah-olah menjadi bahan uji kaji kepada doktor pelatih. Alhamdulillah, setiap detik perjalanan yang berlalu dapat disusun dengan frame masa yang bersesuaian. Semuanya atas kehendak Allah jua.

SINOPSIS:

Buku PURIS dengan tajuk CHECK-IN CHECK-OUT: Kembara HKL ini membawakan kisah saudara ABDUL MUIEZ RUSLEE yang ditimpa musibah akibat daripada dirinya yang obesiti. Selepas didiagnosis dengan satu penyakit, secara tidak langsung menjadi pembuka kepada rantaian penyakit lain yang turut dihadapinya tanpa sedar sebelum ini.

Sering kali apabila kita ditimpa ujian hidup, pasti soalan pertama yang berlegar-legar dalam minda kita ialah, “Mengapa aku?” atau “Apakah aku mampu untuk menanggungnya?” Bagi menjawab pertanyaan seperti itu, penulis membuang rasa malu untuk berkongsi kisah dirinya yang ditimpa dengan penyakit yang jarang ditemui apabila didapati susu keluar daripada buah dadanya. Sejak dari tahun 2007, Hospital Kuala Lumpur (HKL) ibarat rumah kedua baginya.

Biarpun pada asalnya ujian ini terasa amat berat tetapi selepas disingkap dengan rasa kehambaan, penulis menemui pelangi selepas hujan. Sedikit demi sedikit, ujian ini ditempuhi dengan rasa redha dan sabar. Sudah tentu apa yang direncanakan oleh Tuhan, menjadi sesuatu yang terbaik buat dirinya. Ujian hidup ini telah menjadikan penulis mengubah gaya hidup serta penampilan dirinya. Sebagai bonus, penulis turut berkongsi perjalanan serta tip untuk menurunkan berat badan dari 116kg kepada 86kg.

Buat para pembaca yang budiman, penulis berharap hamparan zikrayat berkenaan dirinya di dalam naskah kecil ini, bukan sekadar untuk bacaan di mata sahaja kerana mata tidak mampu berbicara tetapi bacalah dengan mata hati kerana seketul daging yang bernama hati itu mampu mendiagnosis akan bentuk ujian yang diberikan kepada kita. Sedarilah oleh kita bahawa setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sudah tentu bukan sesuatu yang bersifat sia-sia.




FLAP KIRI:
Badan besar bukan kehendak
Hati kerdil rasa dihina
Makan banyak, kesalnya tidak
Akhirnya diri sendiri merana

Tenanglah hati tenanglah jiwa
Ujian sebagai kasihnya Tuhan
Sakit sedikit tidak mengapa
Kunci pahala buat bekalan

Bertemu berpisah adat dunia
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Tabah dan pasrah kunci utama
Itulah ujian daripada Yang Maha Esa


8 Langkah Memahami Bid'ah

Judul: 8 Langkah Memahami Bid'ah
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-661-7
KOD: GB 0434
TEBAL: 112 m/s
HARGA: RM 10.00/ 12.00*










DETAIL:

Bid’ah sering menjadi isu yang memecah belahkan masyarakat Islam, malah menjadi perbahasan di kalangan orang awam. Amalan seperti membaca Yasin pada malam Jumaat dan sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah yang sudah lama diamalkan.

Buku ini hadir bagi memberi pencerahan yang jelas dengan membawa 8 langkah yang mesti kita ketahui bagi memahami apa sebenarnya bid‘ah dan mengapa ia menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan.


SOKONGAN

“Untuk mengetahui bid‘ah (dhalalah) atau tidaknya sesuatu perbuatan atau perkataan seseorang, kita perlulah mempunyai asas pengetahuan yang cukup tentang dalil-dalil al-Quran, sunnah, ijmak, qias dan kitab-kitab  feqah yang diakui. Kita harus terlebih dahulu melihat kepada  masalah yang ada. Kemudian meneliti, adakah terdapat ayat, hadits, atau qias yang menunjukkan bahawa ia adalah bid‘ah (dhalalah) atau tidak. Jika ternyata tidak ada satu pun dalil yang bertentangan dengannya, maka tidak diragukan lagi bahawa hal tersebut adalah boleh (bukan haram atau Bid‘ah Dhalalah).”
~ Al-Kalim ath-Thoyyib: Fatawa ‘Ashriyyah (Fatwa-fatwa Kontemporari), Syaikh Ali Jum‘ah, Mantan Mufti Mesir

INFO PENULIS
USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL AS-SANARIY. Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaatdi Radio IKIM dan AzZikradi Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. 8 Langkah Memahami Bid‘ahadalah karya ke-13 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Cash Flow Untuk Wanita

Cash Flow Untuk Wanita
Penulis: Shamsuddin Kadir dan Ain Mohamad
ISBN: 978-983-097-654-9
Harga: RM18

Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.






SINOPSIS

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?

Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.

Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.

Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Biodata Penulis

SHAMSUDDIN KADIR (SK)
Pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn. Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan mengendalikan klien-klien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan lain-lain.

Sering diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum, Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan Tanyalah Ustaz.
Pernah menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis  dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis berbelas-belas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan motivasi diri.

Beliau boleh dihubungi di talian 010-500-1-500 atau 03-4142-5300 atau e-mel shamsuddinkadir@yahoo.com/shamsuddinkadir@gmail.com untuk sebarang undangan ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.


AIN MUHAMMAD

Ain Muhammad ialah nama pena Nor‘Aini binti Mohamed Noor bagi penulisan buku ilmiah atau motivasi. Beliau juga menggunakan nama pena Hani Sofea bagi penulisan novel pembangunan jiwa untuk remaja dan kanak-kanak.

Dilahir dan dibesarkan di Kampung Baru, Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan akhir di Institut Kemahiran Mara, Besut, Terengganu dalam bidang Elektronik Instrumen. Pernah bekerja di Syarikat Sepakat Komputer sebagai Juruteknik Komputer. Beliau pernah ditempatkan di Mahkamah, SSM, Pejabat Pelajaran dan Pendidikan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu selama hampir dua tahun. 

Berkahwin pada 2002 dan berhenti bekerja bagi menumpu sepenuh perhatian pada rumah tangga serta menceburi bidang penulisan. Hampir semua buku ditulis bersama suami, Shamsuddin Kadir. Antara novel yang pernah terbit ialah, Gerhana Hati Lara, dan siri buku kanak-kanak Usahawan Cilik. Manakala buku motivasi atau ilmiah ialah, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, Projek Anak Luar Biasa dan Anak Nak Kahwin Mak Yang Panas.


Bajet Power Orang Muda

 Bajet Power Orang Muda
Penulis: Harith Faisal
ISBN: 978-983-097-641-9Harga: RM30

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda



Sinopsis
Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.   

Anda perlu memiliki buku ini jika:
·        Baru mula bekerja.
·        Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
·        Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.
·        Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis.
·        Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan.
·        Mahu belajar cara mengembangkan simpanan.
·        Risau terjebak dengan dosa kewangan.
·        Mahu bebas hutang.
·        Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.


Biodata Penulis
Harith Faisal berasal dari Slim River, Perak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berusia 26 tahun. Sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Beliau kini bertugas sepenuh masa sebagai pegawai bank di salah sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau bermula dengan berkongsi idea dan pengalaman tentang tip kewangan, pelaburan dan hartanah di Facebook peribadi pada penghujung 2015. Dalam masa setahun, beliau berjaya menarik minat 60,000 pengikut khususnya anak muda untuk membaca perkongsiannya di Facebook setiap hari.

Beliau juga sering diundang oleh NGO dan persatuan pelajar IPT untuk berkongsi perihal motivasi kewangan dan hartanah anak muda. Bajet Power Orang Muda adalah buku kedua beliau bersama Galeri Ilmu selepas Hipster Hartanah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...