.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 18, 2017

Laba Di Sebalik Bala

Judul: Laba Di Sebalik Bala
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-644-0
TEBAL: 176 ms
Harga: RM20


Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!


Penulis: PAHROL MOHAMAD JUOI

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam. Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat. Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Laba Di Sebalik Bala adalah buku keenam beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati dan Revolusi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...