Judul: Golden Rule
Judul: Ustaz Muhammad Abdullah
al-Amin
ISBN: 978-983-097-645-7
TEBAL: 224 ms
Harga: RM20
Harga: RM20
Flasher:
Untuk kebahagiaan suami isteri
SINOPSIS
Berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak sekadar
perlukan kesabaran, tetapi juga ilmu serta kebijaksanaan. Barulah masalah yang
timbul itu akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi cinta dan kasih sayang
suami isteri.
Setiap pasangan boleh menangani masalah rumah tangga serta
memelihara keharmonian keluarga, dengan memahami seni-seni dalam mengekalkan
kasih sayang suami isteri.
Baca, fahami, berazam dan berusahalah untuk mengamalkan
apa yang dimaksudkan dengan Golden Rule. Semua perkara yang dinyatakan dalam Golden Rule merupakan asas dalam
pembentukan rumah tangga yang sejahtera. Walaupun mungkin ada antaranya
dianggap remeh, jangan lupa bahawa dalam ‘keremehan’ itulah tersedia ganjaran
pahala yang besar.
Dengan mengekalkan gaya santai Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, buku ini juga sarat dengan tip-tip yang mahal dan realistik dalam membentuk keluarga yang bahagia berlandaskan Islam dan teladan keluarga Nabi SAW.
PENULIS
Muhamad bin Abdullah al-Amin. Amin
adalah panggilan di kalangan ahli keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor,
pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan
pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya (UM)
Nilam Puri, Kelantan, serta sering berulang alik dan belajar di Pondok Lubuk
Tapah, Pasir Mas. Setelah tamat di UM, beliau ke Maahad Ihsaniah Penang.
Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah
untuk tahun akhir. Sekembalinya dari Mesir, mengambil Diploma Administration of
Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian
melanjutkan pelajar di peringkat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat
PhD di UM.
Pernah menjadi
pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003, merantau ke
negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan para ulama
di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain. Terlibat
dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti operasi membantu mangsa
tsunami di Acheh, mangsa gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta,
gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran
al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan
bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.
No comments:
Post a Comment