.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

May 28, 2009

Format Penulisan Novel GISB

GISB mengehadkan bilangan halaman dan format standard bagi manuskrip novel-novel Islami yang dihantar kepada editor untuk diterbitkan. Berikut adalah bilangan halaman dan format yang ditetapkan.

Manuskrip Novel Awal Remaja
- Panjang 70-90 halaman
- Bertaip langkau sebaris atau single spacing (bukan double spacing).
- Menggunakan font New Times Roman, 12 point.
- Jarakkan satu baris bagi setiap paragraf.

Manuskrip Novel Remaja
- Kategori 1: Panjang 90-100 halaman
Kategori 2: Panjang 130-140 halaman
- Bertaip langkau sebaris atau single spacing (bukan double spacing).
- Menggunakan font New Times Roman, 12 point.
- Jarakkan satu baris bagi setiap paragraf.

Manuskrip Novel Dewasa
- Panjang 200 hingga 400 halaman.
- Bertaip langkau sebaris atau single spacing (bukan double spacing).
- Menggunakan font New Times Roman, 12 point.
- Jarakkan satu baris bagi setiap paragraf.

Manuskrip hendaklah dihantar kepada editor melalui e-mel dan diposkan dalam bentuk bercetak (hard copy). Poskan kepada:
Editor Perolehan (Novel),
Galeri Ilmu Sdn Bhd,
No. 44, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.


Janji Miftahul Raudhah


JANJI MIFTAHUL RAUDHAH
Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri
Novel Motivasi Remaja
ISBN 978-983-097-212-1
Tebal: 184 ms
Harga: RM15

Miftahul Raudhah berjanji dengan kakaknya Jannah untuk muncul cemerlang dalam akademik. Apabila kakaknya meninggal dunia akibat dibunuh oleh seorang wanita yang didakwa menderita penyakit jiwa DID sewaktu menuntut di Glasgow, Raudhah menanam cita-cita mahu menjadi pakar psikologi.


Dia mahu mengkaji lebih mendalam tentang DID dan mahu mengubati ibunya yang mengalami kejutan psikologi selepas melihat jenazah anaknya.

Raudhah yang mengambil 14 subjek, tertekan apabila dua sahabatnya Sharon dan Atiqah dapat masuk ke kelas elit untuk SPM sedangkan dia tidak dapat. Raudhah juga menjadi mangsa Tiga Minah Pengacau yang sangat benci dan dengki kepadanya.

Dalam satu insiden, salah seorang Tiga Minah Pengacau iaitu Nuyu, insaf apabila diselamatkan dari lemas oleh Raudhah. Nuyu menjadi rapat dengan Raudhah dan mereka berdua bersama-sama Sharon dan Atiqah bergandingan untuk mengejar keputusan cemerlang.

Di hujung cerita, Raudhah dan sahabat-sahabatnya berjaya naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang. Namun, selepas memenuhi ‘janji’ pada arwah kakaknya itu, Raudhah mengubah cita-cita untuk menjadi peguam selepas ibunya sembuh dari kejutan psikologi.


May 25, 2009

Ke Mana Wang Anda Setiap Bulan?


KE MANA WANG ANDA?
Hajah Rohani Dato’ Mohd Shahir
ISBN 978-983-097-205-3
Tebal: 224 ms
Harga: RM20

Anda perlu memiliki buku ini jika anda mahu:
- BEBAS daripada masalah kewangan pada masa hadapan
- BEBAS daripada belenggu hutang
- MENAMBAH pendapatan diri dan keluarga
- TAHU tentang risiko jika pendapatan meningkat



Lagi...
- MENCAPAI matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara
- JAMINAN kewangan
- TIP mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak
- BELAJAR mengawal perbelanjaan
- MERANCANG kewangan keluarga
- TIP merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa
- MENDIDIK anak jimat berbelanja
- TAHU cara bijak berbelanja untuk persiapan raya
- PANDUAN merancang perbelanjaan majlis perkahwinan
- MELABUR secara bijak
- MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik

KANDUNGAN BUKU

BAHAGIAN 1 – MERANCANG KEWANGAN
Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan
Menyiapkan Peta Perjalanan Kewangan
Pendapatan Yang Berkat
Berlatih Mengurus Wang Sendiri
Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi
Suami Sebagai Pemberi Belanja
Isteri Sebagai Pengawal Bajet Keluarga
Naik Gaji Naik Pelaburan

BAHAGIAN 2 – MENGURUSKAN PERBELANJAAN
Berapa Lama Ringgit Berada Di Poket?
Semewah Manakah Diri Anda?
Survival Dalam Keadaan Serba-serbi Mahal
Taubat Daripada ‘Dosa’ Kewangan
Duit Bolos Di Depan Mata
Ayuh ‘Diet’ Belanja!
Boleh Jadi Jutawan Tanpa Rokok
Tingginya Kos Untuk Makan!
Belanja Makan Di Luar Biar Patut
Belanja Raya Yang Berpada
Wang Masuk Dan Keluar Seusai Raya
Merancang Percutian Keluarga
Merancang Keperluan Kenduri-kendara
Polisi Takaful Hantaran Kahwin Era Terkini
Miliki Rumah Dengan Kaedah Selesa

BAHAGIAN 3 – PELABURAN UNTUK ANAK-ANAK
Belanja Untuk Anak-anak
Sediakan Polisi Takaful Untuk Anak Bakal Lahir
Melabur Untuk Masa Depan Anak
Pemilihan Instrumen Kewangan Anak-anak
Pelaburan Saham Vs Saham Akhirat
Masa Untuk Melabur Ke Atas Anak-anak
Roti Goreng Dan Air Masak
Terapkan Congak Orang Niaga Kepada Anak-anak
Permainan Untuk Celik Kewangan Anak-anak

BAHAGIAN 4 – HIDUP SELESA TANPA HUTANG
Banyak Hutang Hati Bimbang
Bebas Dari Belenggu Hutang
Imbangi Status Hutang Anda
Awas! Perangkap Hutang
Kad Yang Lebih Berkat
Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan
Risiko Apabila Pendapatan Meningkat

BAHAGIAN 5 – PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN
Menjana Ekonomi Keluarga
Berhijrahlah Sekarang Juga!
Mendapatkan RM Yang Lebih
Jangan Lepaskan Peluang
Peluang Dan Risiko Melabur
Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah

BAHAGIAN 6 – PERSEDIAAN MASA DEPAN
Wang Masa Depan
Konsistenlah Menabung
Sediakah Anda Untuk Bersara?
Merancang Untuk Persaraan
Lindungi Diri Daripada Risiko Kewangan
Takaful dan Pelaburan Sama Penting
Langkah Awal Untuk Pulangan Masa Depan
Sudahkah Menulis Wasiat?


Rindunya Kepada Bau Pohon Tin


RINDU BAU POHON TIN
Hasrizal Abdul Jamil
Kategori Travelog Tarbiah
ISBN: 978-983-097-229-9
Tebal: 180 ms
Harga: RM18

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.


Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

KANDUNGAN

MUKADIMAH

BAHAGIAN 1
• RINDU ITU DATANG TIBA-TIBA
• AHLAN WA SAHLAN KE BUMI ISRAK
• KE MEDAN MU’TAH
• RAMADAN, TETAMU DATARAN SYAM
• CERITA TENTANG JORDAN
• AGAR KAUMKU BERINGAT-INGAT
• MENGAPA HARUS TERSINGGUNG
• BAHASA ARAB 100
• MUSUH ALLAH BERIJAZAH SYARIAH
• NAK JUGA CAKAP ARAB
• BUKAN TEMPAT MENCARI JANTAN
• TAKUT JADI, TAKUT TAK MENJADI
• DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN
• MUDAHKAN LALUAN PERUBAHAN DIRI
• SABAR DAN HIKMAH DALAM BERDAKWAH
• NOSTALGIA BIASA-BIASA YANG LUAR BIASA
• HARGA SECAWAN AIR
• RENCAH BAWANG DAN GARAM PERANTAUAN
• KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI
• MENJIWAI PEMBERONTAKAN DALAM NASYID
• SALAH NASIHAT
• MIMBAR JUMAAT YANG DIKHIANATI
• BUKAN SESAT, CUMA TAK JUMPA JALAN

BAHAGIAN 2
• QATAR: GEMBALA KAMBING MENINGGIKAN BANGUNAN
• MEMBEKAL GENERASI DONGAK DENGAN JIWA TUNDUK
• PEMIMPIN HARUS PUNYA IDEA
• PULANG DENGAN SERIBU MAKNA


Kembalilah Ke Jalan Yang Lurus!


U-TURN KE JALAN LURUS
Zul Ramli M. Razali
Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-214-5
Tebal: 232
Harga: RM22

Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul!


“Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan.” - DR ROBIAH K. HAMZAH Pakar Motivasi Dan Kaunseling Keluarga.

KANDUNGAN

PRAKATA
MUKADIMAH

Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.

Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.

Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.

Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.

Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.

Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.

Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.

Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.

Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.

Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.

Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!

Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.

Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.

Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.

Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.

Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.

Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.

Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.

Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.

Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.

Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !

Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.

Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.

Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.

Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.

Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!

Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.

Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.

Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.

Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,
yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!

Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!

Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.

Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.

Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.

Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.

Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.

Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.

Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.

Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.

Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.


Kisah Om - Satu dalam 1000


SATU BULAN TIGA BINTANG
Ummu Hani Abu Hassan
Novel Motivasi Remaja
ISBN 978-983-097-207-7
Tebal: 184 ms
Harga: RM15

Om hanya remaja yang lemah, ditinggal pergi oleh Ibu dalam usia yang mentah. Bagaimana dia mahu menggalas tanggungjawab membahagiakan Ayah? Bagaimana dia mahu menjadi ‘bulan’ di tengah tiga ‘bintang’ – Abang Saiful, Abang Safwan dan Abang Syamil?

Eka Norviyanti…gadis cantik dari seberang, berbudi pekerti dan pandai mengambil hati. Kehadirannya mengukuhkan semangat dalam diri. Hinggalah tersingkap motif sebenar Kak Eka muncul dalam keluarganya, yang bagai melumpuhkan segala sendi!
Diari Ibu menjadi sumber motivasi. Namun, diari itu juga menyimpan sesuatu yang sukar untuk Om akui.

Ketika Umairah Sakinah (Om) sedang meniti usia remaja (15 tahun), ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Om menggalas tanggungjawab membahagiakan ayah dan tiga orang abangnya. Dia berusaha menjadi gadis yang matang, penyabar dan rajin buat kerja rumah. Om dibantu neneknya untuk menyelesaikan masalah. Diari peninggalan ibunya juga sedikit sebanyak membentuk diri Om menjadi gadis yang kuat semangat.

Kedatangan pembantu rumah dari seberang bernama Eka Norviyanti makin mengukuhkan semangatnya. Kak Eka, gadis cantik dan berbudi pekerti, pandai mengambil hati Om sekeluarga.

Sebagai anak gadis yang cantik, Om juga tidak lepas menjadi buruan peminat misteri yang menghantar surat berbaur cinta kepadanya. Namun, kerana teringatkan nasihat ayahnya, Om tidak melayan surat tersebut. Kakak Eka juga banyak memberi nasihat kepada Om supaya pandai menjaga dirinya.

Hubungan Om dan Kak Eka menjadi renggang apabila Om mendapat tahu bahawa Kakak Eka datang ke rumahnya adalah untuk berkahwin dengan ayahnya. Om sangat sedih lalu mengadu kepada Ustazah Nuridah, guru kelas yang amat disayanginya.

Perasaan marahnya pada ayah dan Kakak Eka kendur apabila Om membaca semula diari ibunya. Kakak Eka rupanya dipinang oleh ibunya dahulu sebagai pengganti jika ibunya meninggal dunia. Om dan dua abangnya dapat menerima kehadiran Kakak Eka sebagai isteri kedua ayah mereka tetapi abang ketiganya, Safuan menolak.

Tragedi besar berlaku apabila Safuan yang hampir dilanggar kereta telah diselamatkan oleh Kakak Eka. Kak Eka pula yang dirempuh kereta dan tidak sedarkan diri.

Perasaan sedih menyelebungi keluarga Om apabila diberitahu Kak Eka meninggal dunia. Orang yang paling sedih adalah Safuan. Dia menangis dan menyesal kerana bersikap terburu-buru menolak hasrat ayatnya berkahwin dengan Kak Eka. Om yang mulai sayang kepada Kakak Eka berasa tertekan kerana terpaksa menghadapi kehilangan kedua selepas ibu. Abang sulungnya, Saiful dan abang keduanya, Syamil memujuk Om dan Safuan tabah menerima takdir.

Satu berita gembira muncul setelah ayah mereka dimaklumkan bahawa Kakak Eka tidak meninggal dunia sebaliknya orang lain yang mempunyai nama hampir serupa. Mereka sekeluarga bersyukur kepada Allah. Ayah dan Kakak Eka akhirnya berkahwin.

Om juga mendapat tahu peminat misterinya selama ini adalah rakan sekelasnya sendiri iaitu Husaini. Dia berkongsi rasa lucu dengan ibu barunya, Kak Eka.

Kakak Eka mengatakan bahawa Om ‘satu dalam seribu’ kerana Om amat berbeza dengan gadis-gadis remaja lain. Om berjaya ubah dirinya menjadi gadis yang matang, berakhlak-mulia, rajin belajar serta menyayangi orang lain.


I LOV U TOO!


I Love You Too
Hj Badrul Hisham Shari
ISBN: 978-983-097-223-7
Tebal: 200 ms
Harga: RM19

Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!
Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.


TENTANG PEREMPUAN

SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri

TENTANG LELAKI

SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

IKLIM RUMAH TANGGA
SKETSA 23 Suami-suami Hebat Akhir Zaman
SKETSA 24 Dia Tenang, Engkau Pun Tenang
SEKTSA 25 Ragam Romantis Emak dan Ayah
SKETSA 26 Perang di Rumah: Siapa Nak Menang dan Siapa Menang?
SKETSA 27 Wang Besar Wang Haram
SKETSA 28 Ke Mana Hilang Special Service Isteri?

MENCARIK ADAT
SKETSA 29 Terbalik Pula Jadinya!
SKETSA 30 Kenapa Lelaki Patut Suka Pada Aku?
SKETSA 31 Bikin Bakal Mentua Cair
SKETSA 32 The Making of … ‘Cerita Tentang Kahwin’
SKETSA 32 Nak Sebut Sayang Pun Malu

MEMAKNAKAN IBADAH

SKETSA 34 Jalan Short Cut ke Syurga
SKETSA 35 Post-mortem Amalan
SKETSA 36 Aduh! Macam Mana Kita?
SKETSA 37 Cincai Dalam Taubat
SKETSA 38 Ada Hati Nak Masuk Syurga
SKETSA 39 Mengejar ‘Mata Ganjaran’ Manusia
SKETSA 40 Score Penalty Semasa Ramadan
SKETSA 41 Pergi Mungkin Tak Kembali
SKETSA 42 Jangan Usung Guni Bocor, Pahala Tak Dapat Dosa Berterabur!


Diari Aneesa - sebuah catatan misteri


DIARI ANEESA
Norehan M. Nooh
Novel Motivasi Remaja
978-983-097-206-0
Tebal: 278 ms
Harga: RM18

Rasa hati Aneesa betul...ada sesuatu yang menarik akan berlaku dalam hidupnya. Diari pemberian Mak Su menjadi saksi, kerana segalanya tercatat di situ. Namun, rupanya ada perkara-perkara yang Aneesa tidak bersedia untuk hadapi dan menumpahkannya ke dalam diari kesayangannya...


...tentang konfliknya dengan Ejah, tidak bersedia melihat Ika di ambang kematian, rasa bersalah kerana musibah yang menimpa Hanafi, jolokan ‘Valentine girl’ atau misteri ‘sekeping kad layang’... Namun Aneesa yakin, Allah-lah yang mengatur semua itu. Pasti semuanya ada kebaikan…dia mahu tunggu dan lihat.

Aneesa Farhanah binti Yusof, 14 tahun, seorang pelajar yang bijak, ceria dan mempunyai ciri kepimpinan serta gemar mencatat perjalanan hidupnya di dalam sebuah diari pemberian Mak Usunya.

Sebagai gadis remaja, Aneesa menjalani kehidupan seperti remaja lain – belajar, bergaul dan bergembira – tetapi begitu mengambil berat soal-soal agama hasil didikan ayah dan umi yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga. Aneesa dan adiknya Haziq turut dibawa menunaikan umrah dalam usaha ayahnya menerapkan rasa cinta kepada Islam dan Nabi Muhammad.

Aneesa yang dilantik sebagai Ketua Pengawas sesi petang, sentiasa berkonflik dengan rakan sekelas, Hanafi, yang terkenal nakal dan selalu mencari jalan untuk mengenakannya. Hinggalah Hanafi ditimpa kemalangan dan Aneesa menziarahinya di hospital.
Aneesa mempunyai tiga sahabat karib Zulaikha (Ika), Siti Khadijah (Ejah) dan Atiqah. Aneesa membantu Ejah yang pada satu ketika kerap ponteng dan menghadapi masalah akibat perceraian ibu bapanya.

Konflik berlaku apabila Aneesa yang prihatin tentang sahabatnya Ejah cuba membantu tetapi disalah tafsir oleh Ejah. Ejah marah-marah dan bermasam muka dengan Aneesa.
Ika pula menghidap SLE dan dimasukkan ke wad. Di satu ketika, Aneesa menerima surat ‘misteri’ dari seseorang yang meminatinya.

Di akhir cerita juga, Aneesa bersatu semula dengan ketiga-tiga sahabatnya apabila Ejah menginsafi kesalahannya lalu memaafkan kekasarannya terhadap Aneesa dan redha menerima takdir perceraian ibu bapanya. Ika pula sembuh dari penyakitnya, berkat doa khusus yang Aneesa panjatkan di Hijir Ismail sewaktu menunaikan umrah.

Cuma, kes surat ‘misteri’ terus menjadi misteri apabila rakan sekelas Aneesa yang mendakwa tentang tahu siapa di belakang surat itu, tidak sempat memberitahu rahsia itu kepada Aneesa.


Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita!


LANGIT ILAHI: Tuhan Tidak Lupakan Kita
Hilal Asyraf
Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-215-2
Tebal: 224 ms
Harga: RM21

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.


Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

KANDUNGAN

Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu

Hamba Itu Perlukan Tuannya
Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya
Kita Lebih Kecil Daripada Kuman
Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan
Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah
Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan
Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit
Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal
Dugaan Hidup Menguji Iman

Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia
Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras
Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut
Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah
Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan
Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan
Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa
Carilah Bantuan Allah!
Limit Manusia Masih Jauh
Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu
10 Sifat Peribadi Mukmin

Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman
Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh
Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia
Solat, Tapi Belum Bersolat?
Cari Perisai Dengan Solat
Solat Itu Lambang Ketaatan
Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah
Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat
Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya
Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh
Ayuh, Rancang Kematian!

Realistik Vs Idealisitik
Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati
Inspirasi Dari Kisah Terdahulu
Motivasi Dalam Sirah
Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah
Mencungkil Sirah Agar Bermakna
Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah
Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya
Kisah Derhaka Buat Iktibar
Islam: Kunci Kebahagiaan

Islam: Rahmat Sekalian Alam
Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi
Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk
Islam: Penyelasai Masalah
Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam
Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk
Pengalaman Bersama “Abang Besar”
Pengalaman Bersama “Ayah”
Dia Menyinarkan Qudwah
Pengalaman Bersama Murabbi
Pengalaman Bersama Veteran


May 21, 2009

Buku Terbaik, Inspirasi Untuk Bakal Mahasiswa


BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH:
INSPIRASI BUAT BAKAL MAHASISWA
Dr Kamariah Kamaruddin
978-983-097-216-9
Tebal: 210 ms
Harga: RM20

“HIDUP DI ALAM KAMPUS mengajar mahasiswa tentang kesabaran dan kecekalan. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh kala mengharungi pelbagai isu dan masalah di universiti. Misalnya keazaman yang tinggi untuk melakukan tugasan atau penyelidikan yang diarahkan para pensyarah, adakalanya diuji beberapa rintangan, iaitu masalah komputer, masalah kewangan, masalah komunikasi, masalah percintaan dan bermacam-macam masalah lain.”



Mahasiswa dan bakal mahasiswa wajar memiliki buku ini sebagai persediaan mental dan emosi dalam menghadapi ujian-ujian yang datang tatkala melangkah ke alam kampus. Tip-tip daripada penulis tentunya dapat memberi inspirasi kepada anda dalam proses menggenggam segulung ijazah yang diidamkan!

KANDUNGAN

BAB 1: TUNAIKAN HARAPAN AYAH BONDA
BAB 2: MENGUTIP HARI SILAM, MELAKAR HARI DEPAN
BAB 3: JANGAN AMBIL MUDAH
BAB 4: ILMU HITAM ANGKARA ‘SAHABAT’
BAB 5: TIADA PUTUS ASA, TIADA RASA KECEWA
BAB 6: NEGARA KIWI YANG SAYA HUNI
BAB 7: SEKSANYA JADI ANAK RANTAU
BAB 8: PERKHABARAN DARI LONDON
BAB 9: KENANGAN + KEBERANGKATAN = KEDEWASAAN
BAB 10: NOSTALGIA ANAK RANTAU
BAB 11: PENYAKIT HASAD DENGKI
BAB 12: JANGAN BIARKAN HATI DICEDERA
BAB 13: MERDEKAKAN DIRI
BAB 14: ANDA BERHAK ‘HEBAT’
BAB 15: KEJAR CITA-CITA: KAHWIN BUKAN PENGHALANG
BAB 16: SINDROM ‘LAST MINUTE’
BAB 17: MAHU + TAHU = AMAL
BAB 18: MENCATAT DIARI MENELITI DIRI
BAB 19: STRES! STRES! STRES!
BAB 20: PANIK MENJELANG PEPERIKSAAN
BAB 21: PINTALAH DOA IBU
BAB 22: “MENTOR SAYA!”
BAB 23: APA HAK KITA UNTUK MENYATAKAN ‘TIDAK’?
BAB 24: KNOWLEDGE ORIENTED VS EXAM ORIENTED
BAB 25: TIDAK PERLU DISUAP
BAB 26: MEMBACA BUKAN SETAKAT NAK LULUS PERIKSA
BAB 27: KENAPALAH MALAS MEMBACA?
BAB 28: CUTI MEMANG SYOK, TAPI…
BAB 29: ANTARA GURU DAN IBU
BAB 30: SIAPALAH KITA TANPA GURU?
BAB 31: PENSYARAH MUDA VS PENSYARAH TUA
BAB 32: MEMBINA JARINGAN PERSAUDARAAN
BAB 33: JANGAN HILANG ADAB
BAB 34: WATAK HITAM WATAK PUTIH
BAB 35: NAK BERPASANG-PASANGAN SILAKAN, TAPI...
BAB 36: E-MEL DARI MADINAH
BAB 37: PULANG PERANTAU
BAB 38: PUNGUTLAH PENGALAMAN
BAB 39: SAIZ ILMU: ADA KECIL, ADA BESAR
BAB 40: PERLUNYA ILMU WALAU KE MANA KAKI MELANGKAH
BAB 41: BAHAGIA LIHAT ANAK MUDA BERIBADAH
BAB 42: HIDUP MEMUNGKINKAN SEGALANYA
BAB 44: GRADUASI YANG DINANTI
BAB 45: MENCARI SAYANG

Apa Anda Tahu Tentang Internet?


ANDA DAN INTERNET
ISBN 978-983-097-226-8
Azad Abdullah
Tebal: 168 ms
Harga: RM15
Terbit: April 2009

Memandangkan internet menjadi satu keperluan global dewasa ini, buku ini bakal menjadi pilihan alternatif kepada buku ilmiah yang sedia ada di pasaran. Buku ini amat sesuai bagi pembaca yang baru menceburkan diri dalam ICT.

Ia menerangkan perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh pengguna untuk mengadaptasi perkara-perkara tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka. Memandangkan ICT bukan lagi perkara luar biasa dan bukan hanya menjadi pilihan alternative kepada masyarakat sekarang, sudah sampai masanya masyarakat memandang kehadiran teknologi tersebut sebagai satu perkara yang penting dalam hidup mereka dewasa ini.
Buku ini bakal membawa pembaca kepada perkara-perkara asas dalam teknologi komputer sehinggalah mereka menjadi salah seorang “pemain” dalam dunia tanpa sempadan ini.

KANDUNGAN

BAB 1 SEJARAH KOMPUTER
Sebelum Tahun 1940
Selepas Tahun 1940
Generasi Pertama
Generasi Kedua
Generasi Ketiga
Generasi Keempat
Generasi Kelima
Kronologi Sejarah Pengkomputeran Moden

BAB 2 KOMPONEN KOMPUTER
Bagaimana Komputer Beroperasi
Unit Aritmetik dan Logik (ALU)
Litar Pengawal (Motherboard)
Ingatan
Alat Input-Output

BAB 3 APA ITU INTERNET
Sejarah Internet

BAB 4 JENIS-JENIS RANGKAIAN
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Topologi
Sistem Dalam LAN
Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
Manfaat Rangkaian

BAB 5 SYARIKAT-SYARIKAT PEMBEKAL PERKHIDMATAN INTERNET
Telekom Malaysia Berhab (TM)
Celcom Sdn Bhd
Maxis Bhd
DiGi Communications Bhd
U Mobile Sdn Bhd
Packet One Network (M) Sdn Bhd
Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd
Bizsurf (M) Sdn Bhd
Asiaspace Dotcom Sdn Bhd
Jaring Communications Sdn Bhd
Time dotCom Bhd
iZZinet Sdn Bhd

BAB 6 MEMASANG PERKHIDMATAN INTERNET
Streamyx
Kaedah Konfigurasi Bridge
Konfigurasi Kaedah PPPOE
Konfigurasi Kaedah PPPOA
Celcom 3G/HSDPA
File Wireless Broadband (Jaring)
P1 WiMAX

BAB 7 TIP MELAYARI INTERNET

Bercinta Sampai Ke Syurga!


Hasrizal Abdul Jamil
ISBN: 978-983-097-230-5
Tebal: 286 ms
Harga: RM25
Terbit: April 2009

Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri —menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!


Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga . . . bacalah buku ini. Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

KANDUNGAN

PANDANGAN KEHIDUPAN
• Erti Kejayaan Diri
• Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya
• Kamu Sentiasa Layak Diuji
• Maaf Tanpa Syarat December
• Kemaafan Yang Kudambakan
• Hilang Tak Berganti
• Kembali ke Asal

PRA PERKAHWINAN
• Teori Evolusi Cinta
• Cinta Songsang Semakin Songsang
• Kahwin Semasa Belajar
• Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
• Si Polis Cinta
• Jodoh Tidak Datang Bergolek

PARENTING
• Antara Tuhan dan Hantu!
• Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
• Anak Pejuang
• Televisyen Manusia Mukallaf
• Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut
• Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
• Puasa Yop, Puasa!
• Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina
• Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?
• Halim dan Davey... Perlunya Mereka Difahami
• Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang

KEMBARA MAWADDAH DAN RAHMAH
• Manual Cinta Haraki
• Tanggungjawab Tanpa Cinta
• Hadiah Terbaik Dari Isteriku
• Rumahtangga Cara Baru Dan Lama
• Setelah Pulang Dari Perantauan
• Perempuan Suka 'Tuisyen'
• Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
• Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
• Lebih Baik Daripada Abu Zar'in
• Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli
• Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
• Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah
• Merawat Suami Bisu
• Cinta Seratus Peratus
• Bercinta Sampai ke Syurga

Mengapa Hati Kita Perlu Dibawa Kepada Tuhan!

Bawa Hatimu Kepada Tuhan
Amaluddin Mohd Napiah
Kategori: Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-208-4
Tebal: 216 ms
Harga: RM21
Terbit: April 2009

Cinta itu bermula dari HATI. Andai HATI itu ikhlas, cinta akan terzahir dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Untuk membina cinta, HATI perlu disemai dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Buku ini memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus, dengan huraian yang ringkas, padat dan amat mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang ditimbulkan, yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita akan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

KANDUNGAN

MUKADIMAH

BAHAGIAN 1:
1. Jadilah Hamba Yang Bersyukur Dengan Banyak Memberi
2. Jadilah Tangan Yang Memberi Supaya Dikasihi Allah
3. Berilah Kemaafan, Mungkin Ini Tidur Terakhirmu
4. Tuluskan Lafaz Istighfar Sebelum Tidur
5. Suburkan Iman Secara Berterusan Supaya Ia Tidak Tercabut
6. Dampingi Al-Quran Kerana Padanya Ada Nilai Tambah
7. Jangan Pandang Kecil Kepada ‘Sebaik-baik Ibadah’
8. Dambalah Syafaat Al-Quran
9. Sayangilah Hati Kita
10. Terangi Hati Dengan Cahaya Ketaatan Agar Diri Dikasihi
11. Akhlak Dapat Dibaiki Dengan Hijrah
12. Binalah Jaringan Kawan Yang Beragama
13. Berlaku Ihsanlah Kepada Ibu Bapa Agar Ada Timbal Balik
14. Ingatilah Allah Ketika Senang Dan Susah
15. Sekali-kali Jangan Melupakan Allah
16. Jangan Terpisah Daripada Allah, Terpinggir Daripada Manusia
17. Jangan Tersisih Daripada Ketaatan
18. Carilah Kemuliaan Pada Mentaati Allah
19. Kita Perlu Kuat Untuk Berpisah Dengan Kejahatan
20. Jangan Sengaja Membuka Pintu Kejahatan
21. Jangan Biarkan Akal Hilang
22. Niat-niat Yang Harus Di‘bakulsampah’kan Di Jalan Ilmu
23. Berhati-hatilah, Jangan Bergopoh-gapah
24. Lapangkan Dada, Angkat Tinggi Syariat Allah
25. Lapangkan Dada, Hentikan Ratapan Yang Mengundang Seksa
26. Lapangkan Dada, Buanglah Hasad Dengki
27. Buanglah Hasad, Ia Mengundang ‘Neraka Yang Disegerakan’

BAHAGIAN 2:
28. Anggap Semua Dosa Itu Besar Agar Rahmat-Nya Memayungi Kita
29. Jangan Biarkan Dosa Menguasai Hingga Hilang Malu
30. Jangan Sempitkan Rezeki Dengan Sebab Dosa
31. Binalah Iman Agar Sejahtera Daripada Dosa
32. Sayangi Iman Kita Jika Benar-benar Mahukan Syurga
33. Suburkan Deria Jiwa Untuk Bertaubat
34. Hanya Taubat Nasuha Yang Akan Menyelamatkan Kita
35. Ada Jalan Taubat Untuk Si Penyembunyi Kebenaran
36. Dahului Taubat Dengan Penyesalan
37. Bertaubatlah Dengan Sempurna Agar Merdeka Daripada Dosa
38. Dalami Ilmu, Singkirkan Kemalasan, Fikirkan Keampunan
39. Taubat Mesti Ada Ilmu Agar Sempurna
40. Jangan Terjebak Ke Lembah Putus Asa Dalam Bertaubat
41. Cara Mujarab Untuk Menghapuskan Dosa

BAHAGIAN 3:
42. Harapan Untuk Kembali Tunduk Pada-Nya Apabila Diuji
43. Hindari Mukadimah Zina Agar Jauh Dari Perangkap Iblis
44. Jangan Biar Rezeki Tidak Berkat
45. Jadilah Orang Yang Terpelihara Kerana Memelihara
46. Jadilah Orang Yang Panjang Umurnya
47. Milikilah Mata Hati Orang Beriman
48. Beruntung Sekali Orang Yang Memiliki Modal Pahala Berganda
49. Ambillah Iktibar Daripada Wibawa Sahabat Golongan Awal

BAHAGIAN 4:
50. Cukuplah Peringatan Ini
51. Perjalanan Yang Panjang Baru Bermula
52. Bergembiralah Dengan Hasanah Selepas Mati
53. Ambillah Iktibar Suasana Di Dataran Mahsyar
54. Jadilah Anak Akhirat Supaya Hidup Lebih Bermakna
55. Ingatlah Pada Nikmat Syurga Tatkala Disuakan Nikmat Dunia
56. Rinduilah Syurga Agar Syurga Juga Merindui Kita
57. Ambil Peringatan Allah Jika Mahu Mencium Bau Syurga
58. Bersungguh-sungguhlah Untuk Dapatkan Syurga, Kita Kekal Di Sana
59. Jangan Tersungkur Di Pintu Syurga Kerana Takbur Yang Bermaharajalela
60. Tempuhi Ranjau Untuk Mencari Syurga, Di Situ Ada Kasih Sayang-Nya

Novel VT laris macam goreng pisang panas!


VT
Hilal Asyraf
ISBN 978-983-097-227-5
Tebal: 520 ms
Harga: RM25
Terbit: April 2009

Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).


Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini....


May 12, 2009

Bagaimana Memesan Buku Galeri Ilmu

Polisi dan Terma

LAMAN WEB: www.galeriilmu.com.my

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PEMBELIAN :
  • Anda dinasihatkan menggunakan capaian Internet berkelajuan tinggi supaya tidak mengganggu proses pembelian dan tempahan yang sedang berjalan.
  • Akaun e-mel yang diberikan mestilah akaun yang aktif dan berkemampuan menampung pemindahan fail.
  • Kami akan menghantar invois pembelian, maklumat pendaftaran dan nombor siri produk melalui alamat e-mel yang diberikan.
  • Kami akan menghantar kepada anda e-mel atau iklan terbaru kepada anda dari masa ke semasa.
PEMBELIAN ONLINE :
  • Semua harga yang dipaparkan di portal Galeri Ilmu adalah untuk ahli yang berdaftar dan pelawat di Galeri Ilmu.
  • Pembelian melalui online ditawarkan kepada ahli yang berdaftar dan Pelawat di portal Galeri Ilmu.
  • Semasa melakukan pembayaran, anda akan dibawa terus ke link laman web pembayaran ipay88 (PARTNER PAYMENT GATEWAY kami).
  • Jika terdapat masalah semasa dalam proses membuat bayaran, anda digalakkan terus memilih kaedah bayaran secara offline.
POLISI PEMULANGAN PRODUK :
  • Semua produk yang didagangkan adalah terpelihara di bawah Akta Hak Cipta serta terjamin mutu dan kualitinya.
  • Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kerosakan yang berpunca dari pihak kami atau berlaku ketika proses penghantaran.

PENGHANTARAN POS LAJU :
  • Anda boleh memilih perkhidmatan Pos Laju untuk penghantaran buku anda. kos penghantaran Pos Laju mengikut berat timbangan buku-buku berkenaan.
  • Sila telefon 03-61421614 (Bahagian Belian Online) untuk mengetahui jumlah kos yang perlu ditambah.
PANDUAN :
  • Kami mengalu-alukan tempahan dan pembelian secara online melalui proses yang selamat dan terjamin dengan melalui bank-bank tempatan.
  • Bank akaun GALERI ILMU SDN BHD:  Maybank no.  5642-7620-0265
  • Kami juga menerima pembelian secara offline dengan kaedah pembayaran secara tunai, cek, kiriman wang atau wang pos atas nama GALERI ILMU SDN BHD:Maybank no.  5642-7620-0265.
  • Sila baca dan fahami setiap arahan yang tertera ketika membuat pembelian dan tempahan secara online.
  • Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 7 hari bekerja (kecuali Pos Laju) setelah tempahan dibuat dan pembayaran disahkan. Kami akan memaklumkannya melalui e-mel apabila produk telah dihantar kepada anda.
  • Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kepercayaan anda menggunakan produk kami dan membeli secara online.

May 10, 2009

Keajaiban Alam Haiwan

Siri Meneroka Alam Haiwan
SIRI MENEROKA ALAM HAIWAN (SET) 978-983-097-194-0
Zulina Hassan
Buku Pengetahuan Kanak-kanak
Tebal: 24 ms
Harga: RM20 senakhah / kulit keras

SIRI MARI MENEROKA ALAM HAIWAN ini menceritakan tentang haiwan-haiwan yang digemari oleh kanak-kanak tetapi jarang dilihat dalam kehidupan seharian seperti zirafah, penguin, kanggaro, rusa, kuda belang, burung unta, kuda dan haiwan-haiwan yang diancam kepupusan seperti gajah, panda, dan orang utan.


Selain daripada unsur-unsur moral dan teladan untuk dicontohi oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian, buku ini juga memandu kanak-kanak untuk berfikir bahawa setiap haiwan memiliki keunikan tersendiri yang dijadikan oleh Tuhan, demi kelangsungan hidup haiwan tersebut.

Antaranya:
YANG PELIK-PELIK TENTANG HAIWAN

Tuhan menjadikan kehidupan ini penuh dnegan perkara-perkara yang menakjubkan. Buku ini memenuhi naluri ingin kanak-kanak dan membawa mereka meneroka ketakjuban alam haiwan

Tahukah anda, mengapa...

* Anak-anak kanggaru tinggal dan membuang najis di dalam kantung ibunya. Tetapi kantung ini sentiasa bersih. Ajaibnya! Ke mana perginya najis itu? Apa lagi yang ada di dalam kantung kanggaru?

* TINGGI sungguh zirafah...lebih tinggi daripada bas dua tingkat! Lehernya panjang betul. Leher inilah membantu zirafah menyelamatkan diri daripada musuh. Bagaimana leher ini membantu zirafah ya?

* EH...comotnya gajah! Badannya penuh lumpur. Gajah sengaja berkubang dalam lumpur. Mengapa? Belalai gajah juga panjang! Tentu belalai ini sangat bermanfaat. Apakah kegunaan belalai ini kepada gajah agaknya?

* COMELNYA! Penguin memang comel. Daripada 17 jenis penguin, yang manakah paling comel? Penguin juga pandai menyanyi? Benarkah penguin menyanyi? Mengapa pula penguin menyanyi?

* Kenapa singa selalu meyimpan kukunya? Kenapa pula singa mencakar batang pokok dengan kukunya? Tahukah anda berapa kilometerkah ngauman singa boleh didengari? Dan kenapa singa betina yang berburu, bukannya singa jantan?

* Wah, besar sungguh telur burung unta. Beratnya 1.6 kilogram, menyamai berat 24 biji telur ayam. Berapa agaknya masa diambil untuk merebus sebiji telur burung unta?

* Panda suka makan daun buluh. Walaupun daun buluh berbisa, tapi mulut panda tidak cedera. Mengapa? Bagaimana ibu panda berjalan jika salah satu kakinya memegang anaknya?

* Anehnya...kuda tidur berdiri! Tidak tumbangkah apabila kuda nyenyak tidur dalam keadaan berdiri? Kakinya boleh dikunci. Betulkah kaki kuda ada kunci? Kuda boleh hidup antara 20 hingga 25 tahun. Ada juga yang hidup hingga 30 tahun. Bagaimana mengira usia kuda?

* Laungan orang utan jantan boleh didengari sejauh satu kilometer. Mengapa ia membuat laungan? Pancaindera orang utan manakah yang paling mirip dengan manusia?

* Tanduk rusa bercabang-cabang seperti ranting pokok. Mengapakah agaknya rusa bertanduk? Mengapa pula rusa menyorok di dalam air? Rusa juga ada di mana-mana di dunia ini kecuali di sebuah negara. Negara apakah itu?

Dan banyak lagi...

MENGASYIKKAN !
Pengalaman membaca yang pasti menghiburkan !
Anak-anak anda pasti suka!


JUDUL DALAM SIRI INI:
SI RUSA YANG BERTANDUK CANTIK 978-983-097-195-7
SI KECIL DI DALAM KANTUNG 978-983-097-196-4
SI BURUNG UNTA BERLEHER JINJANG 978-983-097-197-1
SI RAJA RIMBA 978-983-097-198-8
PEN SI PENGUIN YANG KACAK 978-983-097-199-5
PAN SI PEMAKAN BULUH 978-983-097-200-8
JIJI SI LEHER PANJANG 978-983-097-201-5
IZI SI AHLI PECUT 978-983-097-202-2
ELI SI TELINGA LEBAR 978-983-097-203-9
AWANG SI ORANG UTAN 978-983-097-204-6












Kerenah Anak-anak Ayah Yang Nakal


HELLO, ANAK-ANAK AYAH!
Zulina Hassan
Noevl Motivasi Remaja
Sasaran: Pelajar 8 - 11 tahun
ISBN 978-983-097-211-4
Tebal: 112 ms
Harga: RM10

Sebuah rumah di pinggir desa. Seorang ayah yang jauh di mata. Seorang ibu yang ambil alih jadi nakhoda. Lima orang anak yang selalu memeningkan kepala. Jiran dua beranak yang dianggap ‘pengacau’ saja.

Dalam situasi ini, ada-ada saja yang berlaku! Firas yang sulung, suka menyakat. Alia pula selalu dimenangkan oleh Ibu! Si Syamil ulat buku dan selalu ‘terlepas’ perkara-perkara yang menarik di dalam rumah. Husna pula selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia. Dan Adik Is sentiasa tidak ‘makan saman’.


Gabungan beberapa cerita pendek yang saling berkaian dalam kehidupan sebuah keluarga. Kisah berkisar kepada kehidupan lima beradik bersama ibu mereka dan jiran-jiran. Diselitkan unsur humor. Terbahagi kepada 10 episod dengan setiap episod boleh berdiri sendiri.

Watak utama:
Ibu – seorang ibu yang tegas tapi penyayang. Selalu berusaha menerapkan pendidikan islam kepada anak-anaknya.

Firas – anak sulung berumur 13 tahun. Berbadan tegap, agak gempal, berkulit agak gelap dan berambut kerinting. Suka menyakat adik-adik. Selalu dimarahi ibu kerana perbuatannya itu, tetapi pandai mengambil hati ibu dan adik-adiknya. Berani dan suka melakukan sesuatu yang dirasakannya tidak salah sekalipun dipandang pelik dan menjadi bahan tertawa orang lain seperti membotakkan kepala.

Alia – anak kedua berumur 11 tahun. Bertubuh sederhana dan berwatak menarik. Ringan tulang dalam menolong ibu buat kerja-kerja rumah. Anak yang paling pandai. Suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Tetapi kalau sedang belajar, suka menangguhkan kerja-kerja rumah yang disuruh oleh ibu, sehingga akhirnya lupa. Seorang yang agak matang dan berdisiplin. Selalu bergaduh dengan Firas. Jika bergaduh ibu selalu memenangkannya menjadikan dia ‘ek’ sikit.

Syamil – anak ketiga berumur 9 tahun. Tubuh kecil dan kurus. Memakai cermin mata agak tebal. Digelar ulat buku kerana asyik membaca tak tentu masa. Tetapi hanya membaca buku cerita, komik dan majalah. Tidak suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Prestasi pelajaran agak teruk, kecuali subjek BM. Tidak suka menolong kerja-kerja di rumah. Hanya terperap di bilik membaca buku. Selalu ‘terlepas’ ‘event’ yang menarik dalam rumah kerana leka membaca.

Husna – anak keempat berumur 5 tahun. Keletah dan ceria. Hadirnya memeriahkan suasana dalam rumah. Sangat suka jajan, jadi dia akan bersekongkol dengan sesiapa yang berjanji akan memberinya jajan. Selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia (sebab dijanjikan Jajan)

Adik Is – anak kelima berumur dua tahun. Baru pandai bercakap. Jujur. Kalau Firas, Alia dan Syamil bergaduh, Is yang akan menunjukkan kepada ibu siapa yang memulakan pergaduhan. Tak ‘makan saman’. Menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga. Selalu memegang botol susu dan selimut yang diheret ke mana-mana.

Mak Cik Dora – jiran sebelah rumah yang ‘banyak mulut’ dan tidak disukai. Kalau berbual dengan ibu, tak tahu nak berhenti. Selalu memberi ‘nasihat’ yang tidak diingini kepada mereka.
Pak Cik Jas – Suami mak cik Dora. Agak berumur. Penyayang, baik hati dan suka melayan mereka.

Neli – anak mak cik Dora dan pak cik Jas. Berumur 8 tahun. Badan tembam, manja dan bersikap menguasai/mahu orang lain ikut cakap dia.


May 6, 2009

RALAT: Buku Bercinta Sampai Ke Syurga

Rancaknya sambutan kepada buku terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC baru-baru ini, datang bersama ujian di pihak penerbit.

Terdapat kesilapan di hujung halaman 61 - ayatnya tidak habis dicetak. Sebagai satu penyelesaian, kami menempah stiker-stiker untuk dilekatkan pada setiap halaman buku berkenaan bagi menutup kesilapan yang berlaku. Ini bermakna, setiap naskhah buku perlu diselak helaiannya untuk ditampal stiker pembetulan. Namun, bagi buku-buku yang sudah terjual, kami memohon kerjasama para pembaca untuk mendapatkan sendiri teks pembetulan tersebut dari laman web GISB. Untuk itu, kenyataan berikut dikeluarkan oleh Jabatan Buku:

Kami memohon berbanyak maaf kepada para pembeli buku terbaru nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB), kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan pada buku tersebut.

Kesilapan itu dikesan pada halaman 61 di mana terdapat ayat dan paragraf yang hilang (tidak tercetak). Kesilapan berlaku sewaktu proses akhir pembetulan di bahagian rekaletak sebelum dihantar ke kilang cetak.

Bagi baki stok buku berkenaan yang masih ada, stiker yang mengandungi teks pembetulan ditampal pada halaman berkenaan. Bagaimanapun, bagi buku-buku yang sudah terjual - dan hal ini amat dikesali - berikut adalah teks pembetulan yang para pembaca boleh ‘copy & paste’, atau terus dicetak dan digunting untuk ditampal pada halaman buku yang dibeli. Sila klik
di sini.

Sekali lagi, kami memohon berbanyak maaf atas kesulitan.
– Wan Mohd Azmin Wan Dolah,
Pengurus Jabatan Buku,
Galeri Ilmu Sdn Bhd


Pembaca juga boleh menghubungi terus:
zakaria@galeriilmu.com.my
nasri@galeriilmu.com.my
019-3342642 (Zakaria)
013-7656245 (Nasri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...