.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 10, 2009

Kerenah Anak-anak Ayah Yang Nakal


HELLO, ANAK-ANAK AYAH!
Zulina Hassan
Noevl Motivasi Remaja
Sasaran: Pelajar 8 - 11 tahun
ISBN 978-983-097-211-4
Tebal: 112 ms
Harga: RM10

Sebuah rumah di pinggir desa. Seorang ayah yang jauh di mata. Seorang ibu yang ambil alih jadi nakhoda. Lima orang anak yang selalu memeningkan kepala. Jiran dua beranak yang dianggap ‘pengacau’ saja.

Dalam situasi ini, ada-ada saja yang berlaku! Firas yang sulung, suka menyakat. Alia pula selalu dimenangkan oleh Ibu! Si Syamil ulat buku dan selalu ‘terlepas’ perkara-perkara yang menarik di dalam rumah. Husna pula selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia. Dan Adik Is sentiasa tidak ‘makan saman’.


Gabungan beberapa cerita pendek yang saling berkaian dalam kehidupan sebuah keluarga. Kisah berkisar kepada kehidupan lima beradik bersama ibu mereka dan jiran-jiran. Diselitkan unsur humor. Terbahagi kepada 10 episod dengan setiap episod boleh berdiri sendiri.

Watak utama:
Ibu – seorang ibu yang tegas tapi penyayang. Selalu berusaha menerapkan pendidikan islam kepada anak-anaknya.

Firas – anak sulung berumur 13 tahun. Berbadan tegap, agak gempal, berkulit agak gelap dan berambut kerinting. Suka menyakat adik-adik. Selalu dimarahi ibu kerana perbuatannya itu, tetapi pandai mengambil hati ibu dan adik-adiknya. Berani dan suka melakukan sesuatu yang dirasakannya tidak salah sekalipun dipandang pelik dan menjadi bahan tertawa orang lain seperti membotakkan kepala.

Alia – anak kedua berumur 11 tahun. Bertubuh sederhana dan berwatak menarik. Ringan tulang dalam menolong ibu buat kerja-kerja rumah. Anak yang paling pandai. Suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Tetapi kalau sedang belajar, suka menangguhkan kerja-kerja rumah yang disuruh oleh ibu, sehingga akhirnya lupa. Seorang yang agak matang dan berdisiplin. Selalu bergaduh dengan Firas. Jika bergaduh ibu selalu memenangkannya menjadikan dia ‘ek’ sikit.

Syamil – anak ketiga berumur 9 tahun. Tubuh kecil dan kurus. Memakai cermin mata agak tebal. Digelar ulat buku kerana asyik membaca tak tentu masa. Tetapi hanya membaca buku cerita, komik dan majalah. Tidak suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Prestasi pelajaran agak teruk, kecuali subjek BM. Tidak suka menolong kerja-kerja di rumah. Hanya terperap di bilik membaca buku. Selalu ‘terlepas’ ‘event’ yang menarik dalam rumah kerana leka membaca.

Husna – anak keempat berumur 5 tahun. Keletah dan ceria. Hadirnya memeriahkan suasana dalam rumah. Sangat suka jajan, jadi dia akan bersekongkol dengan sesiapa yang berjanji akan memberinya jajan. Selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia (sebab dijanjikan Jajan)

Adik Is – anak kelima berumur dua tahun. Baru pandai bercakap. Jujur. Kalau Firas, Alia dan Syamil bergaduh, Is yang akan menunjukkan kepada ibu siapa yang memulakan pergaduhan. Tak ‘makan saman’. Menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga. Selalu memegang botol susu dan selimut yang diheret ke mana-mana.

Mak Cik Dora – jiran sebelah rumah yang ‘banyak mulut’ dan tidak disukai. Kalau berbual dengan ibu, tak tahu nak berhenti. Selalu memberi ‘nasihat’ yang tidak diingini kepada mereka.
Pak Cik Jas – Suami mak cik Dora. Agak berumur. Penyayang, baik hati dan suka melayan mereka.

Neli – anak mak cik Dora dan pak cik Jas. Berumur 8 tahun. Badan tembam, manja dan bersikap menguasai/mahu orang lain ikut cakap dia.


2 comments:

Zaher said...

boleh tak kalau dalam sebulan tu buat banyak sikit seba setiap kali saya pergi ke bookshop bila saya tanya "kak buku anak- anak ayah ada tak" and then kak tu jawab" buku anak-anak ayah dah habis la dik".Dah lebih dua tahun saya mencari buku ni tapi tak pernah dapat.

"BUAT LEBIH SIKIT UNTUK SAYA"

Zaher said...

sori yang hantar ni bukan aqih tapi adiknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...