.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 25, 2009

Diari Aneesa - sebuah catatan misteri


DIARI ANEESA
Norehan M. Nooh
Novel Motivasi Remaja
978-983-097-206-0
Tebal: 278 ms
Harga: RM18

Rasa hati Aneesa betul...ada sesuatu yang menarik akan berlaku dalam hidupnya. Diari pemberian Mak Su menjadi saksi, kerana segalanya tercatat di situ. Namun, rupanya ada perkara-perkara yang Aneesa tidak bersedia untuk hadapi dan menumpahkannya ke dalam diari kesayangannya...


...tentang konfliknya dengan Ejah, tidak bersedia melihat Ika di ambang kematian, rasa bersalah kerana musibah yang menimpa Hanafi, jolokan ‘Valentine girl’ atau misteri ‘sekeping kad layang’... Namun Aneesa yakin, Allah-lah yang mengatur semua itu. Pasti semuanya ada kebaikan…dia mahu tunggu dan lihat.

Aneesa Farhanah binti Yusof, 14 tahun, seorang pelajar yang bijak, ceria dan mempunyai ciri kepimpinan serta gemar mencatat perjalanan hidupnya di dalam sebuah diari pemberian Mak Usunya.

Sebagai gadis remaja, Aneesa menjalani kehidupan seperti remaja lain – belajar, bergaul dan bergembira – tetapi begitu mengambil berat soal-soal agama hasil didikan ayah dan umi yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga. Aneesa dan adiknya Haziq turut dibawa menunaikan umrah dalam usaha ayahnya menerapkan rasa cinta kepada Islam dan Nabi Muhammad.

Aneesa yang dilantik sebagai Ketua Pengawas sesi petang, sentiasa berkonflik dengan rakan sekelas, Hanafi, yang terkenal nakal dan selalu mencari jalan untuk mengenakannya. Hinggalah Hanafi ditimpa kemalangan dan Aneesa menziarahinya di hospital.
Aneesa mempunyai tiga sahabat karib Zulaikha (Ika), Siti Khadijah (Ejah) dan Atiqah. Aneesa membantu Ejah yang pada satu ketika kerap ponteng dan menghadapi masalah akibat perceraian ibu bapanya.

Konflik berlaku apabila Aneesa yang prihatin tentang sahabatnya Ejah cuba membantu tetapi disalah tafsir oleh Ejah. Ejah marah-marah dan bermasam muka dengan Aneesa.
Ika pula menghidap SLE dan dimasukkan ke wad. Di satu ketika, Aneesa menerima surat ‘misteri’ dari seseorang yang meminatinya.

Di akhir cerita juga, Aneesa bersatu semula dengan ketiga-tiga sahabatnya apabila Ejah menginsafi kesalahannya lalu memaafkan kekasarannya terhadap Aneesa dan redha menerima takdir perceraian ibu bapanya. Ika pula sembuh dari penyakitnya, berkat doa khusus yang Aneesa panjatkan di Hijir Ismail sewaktu menunaikan umrah.

Cuma, kes surat ‘misteri’ terus menjadi misteri apabila rakan sekelas Aneesa yang mendakwa tentang tahu siapa di belakang surat itu, tidak sempat memberitahu rahsia itu kepada Aneesa.


2 comments:

Anonymous said...

Syabas.. hasil penulisan yang menarik dengan cerita yang boleh jadikan iktibar kepada pembaca..
Sufain

Anonymous said...

siapa yg mnghntr surat kepada Aneesa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...