.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Nor Hayati Sapii. Show all posts
Showing posts with label Nor Hayati Sapii. Show all posts

Nov 14, 2012

Memilih Untuk Bahagia

GB0191 :  Memilih Untuk Bahagia
Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tebal  : 276 m/s
ISBN : 978-930-097-349-4
Harga : RM19.00 S/M dan RM21.00 S/S
Ramai daripada kita yang berasa tidak bahagia malah kecewa dengan pasangan suami dan isteri masing-masing. Kadang- kadang, perkara yang menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang kecil sahaja. Suami pula biasanya banyak complain menangani isteri yang suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia Ustaz Badli Shah Alauddin dalam satu rancangan televisyen menangnai isteri yang berleter. Kata beliau, 'Kalau isteri berleter, maknanya dia sihat!'
Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan berasa lega kerana tidak lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah diluahkan. Alangkah baiknnya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan kenyataan ini.Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai 'pemanis telinga'. Sesekali, kajilah juga leterannya itu yang mungkin ada asasnya dan membawa kebaikan. Seseorang isteri tidak akan berleter tanpa sebab.
Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi pelbagai masalah dan dugaan . Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu derita atau mahu bahagia.
Ada orang mempunyai harta yang melimpah, namun tidur malamnya jarang nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu fikirannya. Ada orang yang hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh tidur nyenyak dan selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah. Namun jarang kita perasaan jika kita renungkan dengan mendalam.
Memilih untuk bahagia adalah buku motivasi. Pelbagai bentuk ujian manusia. Ujian rumah tangan, ujian saudara-mara, ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.

Nov 17, 2011

GB0148 : Beri Aku Peluang


GB0148 : Beri Aku Peluang

Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tebal : 286
ISBN : 978-983-097-329-6
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Alina adalah pelajar yang dikenali di sekolah sebagai seorang pemain catur yang handal. Populariti Alina di sekolah membuatkan Atilia dan Khayra, pelajar popular di sekolah tersebut, berasa tergugat dan cemburu. Tambahan pula Atilia juga merupakan pemain catur di sekolah itu. Pelbagai ejekan dan ?buli? yang dilakukan oleh Atilia dan Khayra. Namun di sebalik pencapaian itu, Alina mempunyai satu kelemahan. Setelah mengetahui Alina layak bertanding catur ke peringkat kebangsaan, Atilia dan Khayra telah melakukan sesuatu untuk mengaibkan Alina dan seterusnya melemahkan semangat Alina bagi menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan itu. Alina sedar kelemahan dirinya serta mahu berubah. Izaty kawan baiknya banyak memberikan dorongan supaya Alina berubah. Dalam azam dan kesediaan Alina untuk berubah, beliau diuji lagi dengan kejadian yang amat mengejutkan dan menyedihkan hatinya. Masih adakah peluang untuk Alina melakukan perubahan dan memperbaiki dirinya?

Apr 8, 2011

Lomy dan Tompok

Lomy & Tompok
ISBN: 978-983-097-307-4
Norhayati Safii
132ms/RM11/GB0120

Sarah begitu gembira apabila keluarganya berpindah ke rumah mereka yang terletak bersebelahan dengan rumah sepupunya Azyan. Tambahan pula sepupunya yang sebaya dengan dirinya itu juga mempunyai minat yang sama terhadap kucing. Sarah sangat menyayangi Lomy, kucing comel hadiah dari ibu saudaranya manakala Azyan juga mempunyai seekor kucing bernama Lola.




Kegembiraan Sarah bersama Lomy walau bagaimanapun tergugat dengan kehadiran Tompok, kucing liar yang sentiasa datang ke rumah Sarah. Keadaan bertambah parah apabila kakak dan abangnya mengambil Tompok untuk dijaga setelah mendapati kaki Tompok tercedera.

Bermulalah kehidupan Sarah dan Lomy dengan kehadiran Tompok yang dianggap Sarah tidak setaraf untuk hidup sebumbung dengan Lomy. Tingkah laku Tompok begitu merimaskan Sarah sehingga berbagai penderaan yang Sarah lakukan terhadap Tompok yang sememangnya dipandang hina oleh Sarah itu.

Pada masa yang sama, sepupu Sarah Azyan pula dilanda masalah. Terdapat barang-barang perhiasan yang hilang dengan penuh misteri di rumah Azyan. Sarah cuba menolong Azyan merungkai masalah ini kerana tidak mahu ibu tiri Azyan mengesyaki Azyan yang terlibat dengan kehilangan barang-barang tersebut.

Sesuatu telah berlaku yang menyebabkan Tompok disyaki menyerang Lomy. Tompok telah dihalau keluar dari rumah oleh Sarah. Akhirnya Sarah sedar dia telah tersalah sangka terhadap Tompok. Tompok yang tidak berdosa itu sebenarnya telah berjasa kepada Sarah. Sarah menyesali tindakannya dan berusaha mencari Tompok semula.

Berjayakah Sarah menjumpai Tompok semula dan juga menyelesaikan masalah kehilangan barang di rumah Azyan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...