.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 25, 2019

Amalan Doa Rabbana

Judul: Amalan Doa Rabbana
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 955-574-970-035-9
KOD: GB 0537
TEBAL: 136 m/s
HARGA: RM 10.00/ 12.00
Saiz: 5" X 7.5"
Berat:  0.15 kg











​​SINOPSIS:

45 doa yang bermula dengan lafaz Rabbana dimuatkan dalam buku kecil ini dengan disertakan asal doa, fadilat mengamalkannya dan panduan melakukan amalan-amalan berkaitan.

Doa-doa ini semuanya dipetik daripada al-Quran al-Karim yang merupakan doa-doa yang pernah dipohon oleh para nabi dan orang-orang soleh.



Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah:
 v Doa Memohon Keturunan yang Taat kepada Allah
 v Doa Memohon Keamanan Negara
 v Doa Memohon Ditetapkan Pendirian
 v Doa Memohon Petunjuk ke Jalan yang Benar
 v Doa Memohon Diterangkan Hati
 v Doa Memohon Pertolongan

 v Doa Memohon Perlindungan Allah






Jan 24, 2019

Ringkasan Sifat 20

Judul: Ringkasan Sifat 20
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-768-3
KOD: GB 0530
TEBAL: 128 m/s
HARGA: RM 25.00/ 27.00
Saiz: 9.25" X 6.5"
Berat:  0.27 kg


​​SINOPSIS:

Ringkasan Sifat 20 menerangkan perbahasan Sifat 20 dalam bentuk grafik, gambar rajah, jadual dan carta yang berwarna serta dipersembahkan dengan reka bentuk yang moden bagi memudahkan umat Islam memahami Sifat 20 dengan lebih jelas dan tepat. 




Penulis menghasilkan buku ini setelah setahun penerbitan buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas yang telah banyak  didaurahkan di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Pembaca disarankan untuk memiliki buku tersebut kerana kandungan buku Ringkasan Sifat 20 ini banyak merujuk kepada buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas.













Projek Seram

PROJEK SERAM
GB0527
Pengarang : Pak Cik Bad
ISBN : 978-983-097-778-2
Harga : RM15.00/RM17.00












Sinopsis
Allah SWT berfirman: “Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.” (Al-Ahqaaf  46:18)



Projek Seram? Apakah cerita yang dibawakan oleh Pak Cik Bad kali ini? Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Apa tunggu lagi...jom dapatkan buku kompilasi komik Godaan Syaitan; Projek Seram ini untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Adik-adik boleh jadikan buku ini sebagai koleksi keluarga kerana terdapat 27 cerita di dalamnya!

Ops Hantu

OPS HANTU
GB00526
Pengarang : Pak Cik Bad
ISBN : 978-983-097-780-5
Harga : RM15.00 /RM17.00













Sinopsis
Hantu. Terdapat macam-macam jenis hantu yang biasa kita dengar. Antaranya ialah pocong, pontianak, hantu raya dan sebagainya. Adakah hantu-hantu ini wujud?
Bagaimana pula dengan hantu dalam komik Godaan Syaitan ini?

Allah berfirman: “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!” (Ar-Rahman 55: 33)



Jom adik-adik, ikuti pelbagai kisah yang terdapat dalam buku kompilasi komik Godaan Syaitan; Ops Hantu ini untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Jadikan buku ini sebagai koleksi keluarga kerana terdapat 29 cerita di dalamnya!

Maya Magis Misteri Alam Tersembunyi

MAYA MAGIS: MISTERI ALAM TERSEMBUNYI
Pengarang: Ardone
ISBN: 978-983-097-722-5
Novel ASUH
Harga : RM13.00 /RM15.00













SINOPSIS

Mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Alia. Dia berasa pelik apabila berjumpa dengan Miu Miu, seekor kucing yang pandai bercakap. Alia terkejut kerana di alam Maya Magis ini pokok-pokoknya sungguh pelik. Malah, di alam Maya Magis ini juga, semua hidupan adalah dari spesis kucing dan boleh terbang seperti burung yang hidup di alam realiti.



Namun di sebalik semua yang berlaku ini, ada misteri alam yang tersembunyi.
•           Tongkat sakti
•           Makhluk asing
•           Robot kotak
•           Puteri Maya

Wah, misterinya. Jadi, jom miliki komik ini untuk mengetahui rahsia  yang tersembunyi tersebut.

Beri 2 Minit

Judul: BERI 2 MINIT
ISBN: 978-983-097-786-7
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Kod: GB536
Tebal: 224
Harga: RM25.00/ 27.00
Saiz: 5.5" X 8.5"
Berat: 0.36 kg

SINOPSIS
Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.

Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.
*
Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”

Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas.

Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.

Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi bacaan penambah ilmu.

Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat.


Tentang Penulis:

Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah.
Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya.

Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.








Cik Hantu Makan

SIRI ANAS ANIS: CIK HANTU MAKAN
Novel Asuh
Kod: GB0534
Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 ms
Saiz: L: 12.7 cm; H: 19.1 cm, 0.8 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Jan 2019
ISBN : 978-983-097-782-9
Harga : RM12.90 /RM14.90*


Sinopsis
Natalia atau Tia adalah saudara jauh Anas dan Anis. Tia suka makan. Jika makanan itu tidak menepati citarasa, Tia akan merungut lalu membuangnya. 

Sikap Tia selalu ditegur ibu dan ayahnya. Tia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Namun, Tia tetap membuat perkara yang sama.

Kata Anas dan Anis lagi, ‘tidak bernilai bagi kita. Mungkin sangat berharga bagi orang lain’.
Tia dibawa oleh orang tuanya, ke rumah Anas dan Anis kerana perlu berkursus di luar bandar. Tia membantah sekerasnya.



Pada masa yang sama, ibu dan ayahnya, berharap Tia dapat mencontohi sikap Anas dan Anis. Ini adalah misi rahsia ibu dan ayah Tia. 

Mahir Tajwid

Judul: Mahir Tajwid
Penulis: Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz / Harun Arrasyid Haji Tuskan
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-690-7
KOD: GB 0533
TEBAL: 288 m/s
HARGA: RM 30.00/ 32.00
Saiz: 6.5" X 9.25"
Berat: 0.48 kg


SINOPSIS:

Buku Mahir Tajwid ini menerangkan seluruh asas-asas ilmu Tajwid yang perlu difahami setiap Muslim. 

Setiap tajuk disampaikan secara ringkas dan padat, didatangkan contoh-contoh untuk menguatkan kefahaman dan disertai dengan pelbagai bentuk latihan supaya pembaca dapat menguasai ilmu Tajwid dengan sebaiknya. 

Ia sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur dan boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri di rumah mahupun di kelas pengajian.


KANDUNGAN
Muqaddimah I
Muqaddimah II
Huruf Hijaiyah
Tanda Baris
Pendahuluan
Sifat-Sifat Huruf
Sifat-Sifat Yang Tidak Berlawanan (Tunggal)
Hukum Nun Mati (Sakinah) Dan Tanwin
Izhar Wajib
Hukum Mim Mati (Sakinah)
Hukum Mim Sabdu/Tasydid Sabdu/Tasydid
Jenis Idgham
Hal Lam Takrif
Lam Tebal dan Lam Nipis
Hukum Mad
Mad Far‘i
Hukum Bacaan Ra‘
Bacaan Sujud Tilawah
Qiraat Tujuh
Senarai Nama Tujuh Qurra’
Bacaan Naql
Bacaan Isymam
Bacaan Saktah
Bacaan Tashil
Bacaan Imalah
Nun ‘Iwadh/ Washal
Huruf Shad Dibaca Sin
Tanda Bulatan Bujur Meninggi
Cara Menyembunyikan Kalimah Ketika Waqaf
Cara Memulakan Bacaan Dengan Huruf Hamzah Bersambung
Istilah Tanda di dalam Al-Quran Tulisan Rasm Uthmani
Tanda Waqaf (Pemberhentian)
A: Soalan Pengukuhan
B: Soalan Pengukuhan
Daftar Rujukan


TENTANG PENULIS/PENYEMAK
Dato’ Seri Abu Hasan Din al-Hafiz dilahirkan pada tahun 1948 di Perlis dan mempunyai 10 orang adik-beradik. Mendapat pendidikan di Derma English School selama dua tahun kemudian bertukar ke Sekolah Agama Arab Alawiyah. Pada tahun 1969 beliau berangkat ke Mesir dan melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Mula bekerja di Pusat Islam pada tahun 1976 kemudian ditukarkan ke Masjid Negara pada tahun 1977. Bermula bulan Mac 1984 beliau ditugaskan sebagai Pegawai Agama di Istana Negara sehingga bersara pada tahun 2006.

*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...