Judul: BERI 2 MINIT
ISBN: 978-983-097-786-7
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Kod: GB536
Tebal: 224
Harga: RM25.00/ 27.00
Saiz: 5.5" X 8.5"
Berat: 0.36 kg
SINOPSIS
Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang
disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.
Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam.
Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.
*
Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya,
“Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis.
Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”
Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya
menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia
unsur psikologi yang bernas.
Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini
untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak
berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua
masa kecederaan.
Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil
panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan
sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi
bacaan penambah ilmu.
Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima
Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat.
Tentang Penulis:
Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali
sebagai Prof MKI merupakan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau
pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti
Taibah, Madinah.
Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran
di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee,
Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali
ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji
Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian
mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya.
Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di
masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.
No comments:
Post a Comment