.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 fekah. Show all posts
Showing posts with label 1 fekah. Show all posts

Mar 9, 2026

Panduan Ibadah Korban dan Sembelihan Menurut Mazhab As-Syafie

Panduan Ibadah Korban dan Sembelihan Menurut Mazhab As-Syafie
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
ISBN: 978-629-7716-99-2
Kod: GB0929
Saiz: 5" x 7.5" (Potrait)
Tebal: 144 ms
Berat:
Harga: RM25/RM27

Blurb:

Ibadah korban menuntut lebih daripada sekadar niat yang baik; ia perlu dilaksanakan dengan kefahaman yang tepat sebagaimana yang digariskan syariat. Tanpa panduan yang sahih, ibadah ini berisiko tersasar daripada kehendak syarak, sekali gus menghilangkan nilai ibadah yang sebenar.

Panduan Ibadah Korban dan Sembelihan Menurut Mazhab as-Syafie menghimpunkan perbahasan lengkap berkaitan hukum-hakam korban dan sembelihan, disusun secara sistematik berpandukan pandangan muktamad ulama Mazhab as-Syafie.


Buku ini membimbing pembaca memahami dari asas pensyariatan, syarat sah, waktu, jenis dan kecacatan haiwan, sehinggalah kepada pengurusan daging, wakalah, nazar dan isu-isu kontemporari.

Sesuai dijadikan rujukan oleh individu, jawatankuasa masjid, NGO, pengendali korban serta sesiapa sahaja yang ingin memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sah, sempurna dan berlandaskan ilmu.








Sep 3, 2025

IDDAH: HUKUM-HAKAM DAN HIKMAH

IDDAH: HUKUM-HAKAM DAN HIKMAH
Penulis: Dato Haji Ahmad Faisol Haji Omar
ISBN: 978-629-7716-65-7
Kod: GB0895
Siaz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Tebal: 152 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM28.00/RM30.00

Blurp:

“Perlu atau tidak wanita yang berzina melakukan iddah?”

“Adakah wanita menopaus atau yang tidak pernah haid mempunyai ‘iddah?”

“Bagaimanakah kiraan tepat 4 bulan 10 hari untuk wanita yang kematian suami?”

“Jika seorang suami meninggal dunia sebelum sempat menyentuh isterinya, adakah si isteri tetap perlu beriddah?”

Persoalan-persoalan ini sering menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Buku Iddah: Hukum-hakam dan Hikmah hadir bagi menjelaskan hukum-hakam ‘iddah secara terperinci, berpandukan dalil dan pandangan ulama Mazhab Syafie. Bukan sekadar itu, ia juga mengungkap hikmah di sebalik ketetapan Allah Yang Maha Bijaksana.

Ditulis dengan gaya yang jelas, padat, dan mudah difahami, buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar, pendakwah, dan juga masyarakat umum yang ingin memahami rahsia syariat Islam dalam menjaga maruah serta kesejahteraan wanita.


DATO’ HAJI AHMAD FAISOL HAJI OMAR. Anak kelahiran Kampung Padang Lumat, Yan, Kedah. Telah bersara dan sebelum ini berkhdmat dan meraih pengalaman luas dalam pentadbiran agama Islam selama 32 tahun di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Selain aktif menyampaikan ceramah dan kuliah khususnya di seluruh Negeri Kedah, beliau aktif menyampaikan ilmu melalui media sosial, khususnya Facebook, Youtube dan TikTok. Telah menghasilkan banyak karya ilimiah, yang kebanyakannya diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Buku Iddah: Hukum-hakam dan Hikmah merupakan titisan pena kesepuluh beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu.










Oct 18, 2024

2500 Permasalahan Feqah

2500 Permasalahan Feqah
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7716-14-5
KOD: GB 0832
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 1992 m/s
Teks: 1C
Berat: 2.4 kg
Harga: RM150.00/ RM152.00*

DETAIL:

Buku istimewa ini menghimpunkan lebih daripada 2500 permasalahan feqah yang terangkum dalam 50 topik. 

Bermula dengan perkara-perkara fardhu ain seperti thaharah, solat, puasa, zakat dan haji sehingga perkara-perkara fardhu kifayah seperti waqaf, sembelihan, perbankan, nazar, hudud, qazaf dan diat. Setiap masalah didatangkan solusi dan jawapan, bahkan turut dinyatakan rujukannya daripada kitab-kitab feqah muktabar.


Antara isu-isu untuk difahami:

           Hujan buatan
           Solat sambil membawa telefon bimbit
           Ketetapan sujud syukur
           Menunaikan haji dengan duit haram
           Status mati membunuh diri
           Hukum talqin mayat selepas dikuburkan
           Membatalkan pertunangan
           Cara menyusun kitab
           Bercampur mazhab









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...