.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jun 28, 2013

Tip Editor - Guru Perlu Menjadi Novelis

Banyak sebab bermain serentak apabila tim pemasaran Galeri Ilmu dan editor kreatif Galeri Ilmu hadir ke sekolah-sekolah:

1. Membawa motivator iaitu Tuan Mohd Asyraf Azehar merangkap eksekutif pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi UPSR kepada pelajar tahun enam.

2. Mengadakan bengkel penulisan asas menulis kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi novelis Galeri Ilmu.

3. Memperkenalkan buku-buku dan majalah keluaran Galeri Ilmu kepada pelajar dan guru.

4. Menjual produk buku dan majalah kepada pelajar dan guru sama ada dengan kaedah langganan, retail dan sebagainya.

Sebab nombor 2 adalah faktor penting mengapa editor perlu hadir ke sekolah dan mengambil peluang untuk memberi latihan kepada guru-guru untuk menulis.

Walaupun tempohnya sekejap tetap bermakna.

Ramai guru menyangka bahawa mereka tiada peluang berkarya kerana mereka sibuk dan tiada masa. Mereka percaya mereka ada bakat tetapi mereka tidak percaya mereka juga mampu menghasilkan buku.

Justeru, peluang untuk bertemu guru adalah landasan terbaik untuk berjumpa, beramah mesra dan meneroka fikiran guru untuk cerna idea berkenaan buku yang mereka boleh tulis.

Sambil tim pemasaran sibuk memberi motivasi dan menjual buku, editor buku juga perlu sibuk untuk mencungkil bakat penulis.

Sebab itulah saya akan terus ke sekolah-sekolah seterusnya untuk mencari guru-guru yang berbakat dalam bidang penulisan.

Semakin banyak guru menulis semakin mudah untuk menjual karya mereka kepada pelajar-pelajar.

Kepada sekolah-sekolah yang ingin menjemput tim pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi percuma kepada pelajar tahun enam hubungi Cik Suriati 013-6697992.


Tuan Mohd Asyraf Azehar menyampaikan motivasi pelajar kepada pelajar tahun enam

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Puan Habsah Hj Taib (kanan) berminat menjadi penulis Galeri Ilmu

Mencungkil bakat penulisan guru

Tim pemasaran melakukan jualan buku dan majalah

Sumber: Novel Dakwah


Jun 27, 2013

Ekspo Buku Islam 7, Seremban, Negeri Sembilan


TULIS TEKS AWAL DI SINI



TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

BEDAH BUKU - Ekspo Buku Islam 7, Seremban

Datang beramai-ramai ke Ekspo Buku Islam. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung disana.
Dapatkan juga produk-produk terbaharu kami.






TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Semarakan Ramadan Anda dengan Pembacaan Produk Keluaran Kami

Jun 19, 2013

Nota Fikir Untuk Zikir

JUDUL: Nota Fikir Untuk Zikir
Kategori: Motivasi
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 184 ms
ISBN : 978-983-097-260-2
Harga : RM 19.00 / RM 21.00 Sabah Sarawak



SINOPSIS

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. 

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. 

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak 'fikir' dan 'zikir' pembaca - langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan 'fikir' dan 'zikir' ummah. 

Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.' Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu - Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam - Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota - Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya

mampu mengubah jiwa!

Jun 14, 2013

Daftar Bengkel Penulisan Bersama Hilal Asyraf Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bukan main-main. Tetapi serius!
Tingkatkan peluang anda untuk menjadi penulis Galeri Ilmu dengan:
  • "Saya sudah tahu kepakaran penulisan saya dalam bidang apa."
  • "Sekarang idea buntu saya benar-benar sudah hilang?"
  • "Saya yakin untuk menghasilkan lebih banyak lagi buku."
Dialog di atas adalah penyelesaian yang akan digapai penulis apabila mereka bersedia untuk mendaftar diri di ‘Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami bersama Hilal Asyraf’.


Lebih istimewa, penampilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ummu Hani Abu Hassan, Wan Zayuhisham, Hj Zakaria Sungib dan editor Galeri Ilmu bersedia membantu anda secara ekslusif.

Bengkel yang diadakan 22-23 jun nanti hanya menjelaskan tentang bagaimana anda boleh menulis bersama Galeri Ilmu dan melihat karya anda dibeli orang.
Ya, bengkel ini untuk semua. Untuk anda!

Siapa sesuai mendaftar bengkel ini?

1.   Mereka yang zero dalam dunia penulisan
2. Penulis yang sudah ada idea, tetapi tidak tahu bagaimana idea itu berkembang menjadi buku
3.   Guru, jurutera, doktor atau sesiapa sahaja yang ingin menaikkan kredibiliti dalam bidang penulisan

Anda bakal bebaskan diri anda daripada perangkap penulisan sehingga anda boleh berkata seperti, dialognya di bawah:
“Oh, saya mampu rupanya untuk berkarya dan mempunyai buku sendiri...”

Tidak tahu, jadi mari belajar!
Transformasikan diri kita daripada seorang penulis biasa kepada luar biasa.
Bengkel ini mengandungi segala teknik yang memang tidak ada pada bengkel yang lain". Semuanya bermula dengan satu prinsip mutlak iaitu:
"Teknik menulis yang betul, menghasilkan karya yang luar biasa."

5 Hasil Lumayan Selepas Menghadiri Bengkel ini
Bengkel ini menjelaskan secara terperinci teknik-teknik yang mudah untuk bakal penulis:
1.   Faham tentang karya yang bagaimana disukai editor. Supaya karya terus evergreen dalam pasaran
2.   Teknik menghantar proposal dan manuskrip yang betul. Apa yang salah dan betul akan ditunjukkan live semasa bengkel
3.   Teknik unuk menggunakan idea daripada sumber terhad. Iaitu teknik untuk buatkan anda berkata, “Oh, begini caranya”.
4.   Transformasi diri dari menjadi penulis biasa kepada penulis luar biasa. Ada pelbagai pengalaman berharga dalam bengkel ini.
5.   Teknik-teknik ini untuk sedut idea daripada medium surat khabar, ceramah, facebook dan sebagainya.

Jaminan 60 Hari Pulang Wang Semula
Jika anda tidak puas hati, kami kembalikan wang anda.
Kami bekalkan insurans ilmu kepada anda. Ini bermaksud, sekiranya teknik yang diajar tidak menjadi kami akan pulangkan wang anda tanpa persoalan.
Jaminan ini berpihak 100% pada pembeli (Ya, anda!). Kami berani letakkan jaminan seperti ini kerana kami yakin dengan bengkel ini dan bersedia melatih anda menjadi penulis best-seller.

Pendaftaran Bengkel Ditutup Bila-Bila Masa
... Kami di Galeri Ilmu akan tutup pendaftaran bengkel ini pada bila-bila masa apabila jumlah kuota semakin mengecil. Ya, pada bila-bila masa mulai sekarang!
Sebelum terlambat, TELEFON terus hubungi Cik Suriati di  "03-61421614" dan lakukan pelaburan ilmu. Tempah SEAT anda sekarang.
(Malah tidak perlu takut. Anda dilindungi "Insurans Ilmu" iaitu jaminan pulangan wang semula dalam masa 60 hari).

Berapa Harga Bengkel  Ini?
Tidak perlu bayar... RM1500
Tidak perlu bayar... RM1000
Tidak perlu bayar... RM900
Jumlah Pelaburan Total: RM750 SAHAJA 

(PERCUMA: Akses berhubung bersama editor melalui secret groups di facebook)

Lebih MENARIK!
RM700 seorang sekiranya datang bertiga.

Lagi MENARIK!
RM650 seorang SAHAJA sekiranya datang berLIMA!


(Berita buruknya? Peserta untuk bengkel sangat TERHAD
Buat  karya anda seronok di bawa sambil buat pahala. Amalkan ilmu bengkel ini selepas berakhir sahaja kursus. Pelaburan ilmu ini sangat berbaloi dan membuatkan anda teruja.



Jun 10, 2013

Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam


1. Judul: Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam
2. Penulis: Khairy Tajudin


3. Tebal: 232 ms
4. ISBN: 978-983-097-410-1
5. Kod: GB0258
6. Harga: RM 12.00


Sinopsis: Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam ini mengisahkan 20 cerita yang berlaku dalam kehidupan para pahlawan Islam terdahulu. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya.



Kekuatan tentera Islam tidak terletak pada jumlah tentera dan kecanggihan senjata. Dalam kebanyakan peperangan, jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding musuh tetapi tentera Islam sentiasa mendapat bantuan Allah SWT. Bantuan daripada Allah akan turun atas asbab-asbab tertentu dan para pembaca akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersebut di dalam buku ini, insya-Allah. Semoga kita beroleh hidayat daripada Allah SWT untuk meneruskan perjuangan menyebarkan Islam sehingga hari kiamat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...