.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Iwan Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Iwan Ghazali. Show all posts

Apr 5, 2018

Magna Sayap Hitam

Judul: MAGNA SAYAP HITAM
ISBN: 978 - 983 - 097- 704 - 1
Kod: BP018
Kategori: Fiksyen
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 312 ms
Harga: RM18.00/ RM20.00

SINOPSIS

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

   Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?




TENTANG PENULIS:

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Temple University. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Penulis buku Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan dan kumpulan cerpen Hologram. Turut menyumbang karya eceran berbentuk puisi dan cerpen untuk disiarkan dalam surat khabar dan majalah tempatan seperti Mingguan Malaysia, Sinar Harian dan Tunas Cipta.

Jan 23, 2017

Hologram

JUDUL: HOLOGRAM
PENULIS: Iwan Reaz
ISBN: 978-983-097-639-6
KOD: BP0006
HARGA: RM20
TEBAL:   200 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”


FLASHER:
HARI INI ADALAH HARI KEMATIAN!
  
Apa yang harus aku lakukan? Masa semakin singkat. Mereka akan mengatakan aku gila jika aku memberitahu bahawa mereka semua bakal mati. Ahhh! Aku semakin tertekan. Namun entah mengapa, kakiku kembali semula melangkah ke pintu utama pejabat. Pantas dan tangkas. Walaupun otak sudah tidak lagi bertindak cerdas.

Get out from here right now! You guys are in danger! Quick!” Aku terlolong di tengah pejabat.

Suasana sunyi. Semua berhenti menaip, berhenti berbincang, berhenti bekerja. Aku menjadi perhatian. Semua orang memandang tepat ke arah aku.

SINOPSIS:

Buku PURIS ini sesuai untuk pecinta karya fiksyen berorientasikan seram dan misteri. Buku HOLOGRAM oleh penulis muda IWAN REAZ perlu anda miliki. 

Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

HUJAN pula memaparkan sisi aneh air hujan. Hujan ini membunuh. Titisan hujan  telah merobek tubuh-tubuh manusia yang tidak sempat berlindung hingga hancur jasad mereka.  Amaran apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia?

ILHAM, cerita yang mengisahkan seorang penulis entiti paranormal yang sangat hebat. Kehebatannya dalam mengarang kisah-kisah misteri ini mungkin kerana ada makhluk lain yang bersembunyi dalam tubuhnya. Mungkin juga penulis buku ini, IWAN REAZ juga bukanlah dirinya yang sebenar.

Mustahil? Tak mustahil!

Selepas membaca HOLOGRAM, pasti anda akan temui jawapanya!

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------





Mar 15, 2013

Goodbye New York

GB0234 : GOODBYE NEW YORK
Penulis : Iwan Ghazali
ISBN : 978-983-097-390-2
Harga : RM 11.00 W/M & RM 12.00 E/M

Raqy (Raqiyah) merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Hazirah. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New York. Pernah sekali sahaja Raqy dibawa pulang ke Malaysia, itupun semasa umurnya 6 tahun. Walaupun fasih berbahasa Melayu, dia enggan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda itu.

Encik Akmal berhasrat mahu membina hidup baharu bersama keluarganya di Malaysia. Raqy terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun keberatan. Setibanya di Malaysia, mereka menginap di rumah saudara mereka di kampung sementara menanti urusan berkenaan selesai, Raqy berkenalan dengan Fikri sepupunya yang gemar mengusiknya.

Raqy tidak betah dengan kehidupannya barunya di kampung. Banyak perkara yang tidak disukai. Sikap Raqy yang sering membandingkan corak hidup di Malaysia dengan New York menyebabkan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya di sekolah. Malah ia juga menjadi musuh ketat kepada sebuah kumpulan yang digelar Trio Queen.

Mar 1, 2012

GB0158 : Brr...Sejuknya Salji


GB0158 : Brr...Sejuknya Salji

Pengarang : Iwan Ghazali
Tebal : 224
ISBN : 978-983-097-347-0
Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00

Syazwan, seorang remaja berusia 13 tahun. Dia dan kakaknya, Ida Farzana, 17 tahun, terpaksa mengikut ibu dan bapanya berpindah ke luar negara buat sementara waktu atas urusan kerja.

Syazwan berat hati sebenarnya hendak meninggalkan Malaysia, tetapi keluarganya memberi kata-kata perangsang agar menempuh pengalaman baharu di negara asing. Setelah dipujuk berkali-kali, akhinya Syazwan mengalah. Itu pun hanyalah kerana dia tertarik untuk bermain salji!

Jul 11, 2011

GB0139 Hazim, Aizat & Muzik


GB0139 Hazim, Aizat & Muzik
Pengarang : Iwan Ghazali
Tebal : 266
ISBN : 978-983-097-295-4
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00


SINOPSIS :
Sejak kehilangan ibu dan bapa tercinta, Hazim memikul tanggungjawab untuk membesarkan adiknya, Aizat. Hubungan mereka berdua sangat rapat dan mereka selalu bersama. Walaubagaimanapun, Hazim telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di luar negara tanpa berbincang dengan adiknya terlebih dahulu. Tindakan itu membuatkan Aizat memberontak. Dia akan dijaga oleh atuk dan neneknya di kampung sepanjang tempoh Hazim berada di Amerika Syarikat.

Biarpun berkali-kali dipujuk dan dirayu, Azim tetap dengan keputusannya kerana inilah impiannya sejak dari kecil. Aizat akhirnya akur dan cuba untuk membiasakan diri tinggal di kampung. Dia dapat menyesuaikan diri dengan baik pada permulaanya dan mendapat ramai kawan baru. Tetapi, kelebihan dan bakat yang dimiliki Aizat membuatkan seorang murid yang bernama Alif berasa iri hati. Ugutan Alif terhadapnya membuatkan Aizat terpaksa mengasingkan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...