.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 11, 2011

GB0139 Hazim, Aizat & Muzik


GB0139 Hazim, Aizat & Muzik
Pengarang : Iwan Ghazali
Tebal : 266
ISBN : 978-983-097-295-4
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00


SINOPSIS :
Sejak kehilangan ibu dan bapa tercinta, Hazim memikul tanggungjawab untuk membesarkan adiknya, Aizat. Hubungan mereka berdua sangat rapat dan mereka selalu bersama. Walaubagaimanapun, Hazim telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di luar negara tanpa berbincang dengan adiknya terlebih dahulu. Tindakan itu membuatkan Aizat memberontak. Dia akan dijaga oleh atuk dan neneknya di kampung sepanjang tempoh Hazim berada di Amerika Syarikat.

Biarpun berkali-kali dipujuk dan dirayu, Azim tetap dengan keputusannya kerana inilah impiannya sejak dari kecil. Aizat akhirnya akur dan cuba untuk membiasakan diri tinggal di kampung. Dia dapat menyesuaikan diri dengan baik pada permulaanya dan mendapat ramai kawan baru. Tetapi, kelebihan dan bakat yang dimiliki Aizat membuatkan seorang murid yang bernama Alif berasa iri hati. Ugutan Alif terhadapnya membuatkan Aizat terpaksa mengasingkan diri.


Menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat bukan bertujuan mahu menimba ilmu akademik semata-mata, tetapi Hazim juga mahu mempelajari muzik yang berlainan melodi dan irama. Sebenarnya sebelum ini dia juga adalah salah seorang anak seni di tanah air. Namun, buat sementara waktu dia terpaksa melepaskan itu semua demi memenuhi impian di dada.
Biarpun jarak memisahkan, perasaan sayang Hazim terhadap Aizat semakin menebal. Walaupun rindu pada adiknya, Hazim seolah-olah mendapat pengganti apabila bertemu dengan Joseph yang hampir sebaya dengan Aizat. Hari demi hari, hubungan Hazim dan Joseph semakin rapat. Tetapi, Hazim bukan seorang yang lupa diri. Aizat tetap di hatinya walau di mana dia berada.
Setelah menduduki peperiksaan UPSR, Aizat nekad untuk kembali bergaul dengan rakan-rakannya. Dia sudah tidak tahan untuk bersendirian setiap masa. Tindakannya itu menyebabkan Alif menjadi berang. Namun, api kemarahan Alif berakhir dengan satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Kakinya pula lumpuh untuk seumur hidup. Dia merasakan ini adalah balasan Tuhan terhadap kekejamannya terhadap Aizat selam ini. Alif benar-benar menyesal.
Di Amerika pula, Hazim berhadapan dengan pelbagai konflik yang muncul dari banyak pihak. Hubungan baik dan mesra dia bersama Joseph menjadi keruh setelah budak itu cuba untuk melaga-lagakan Hazim dan juga Aizat. Walaupun apa yang dilakukan oleh Joseph tidaklah begitu serius, Hazim tidak dapat menerima itu semua kerana Hazim terlalu kasihkan Aizat.
Katelyn, kakak kepada Joseph, meminta agar Hazim kembali menceriakan hidup Joseph. Sebenarnya Katelyn menyimpan perasaan terhadap Hazim tetapi malu untuk meluahkannya. Konflik yang tercetus antara Joseph dan Hazim menutup ruang baginya untuk terus mendekati Hazim.
Pelbagai masalah yang menimpa Hazim membuatkan dia berasa seperti langkahnya ke luar negara ini seolah-olah tidak mendapat restu adiknya. Pada satu malam, sekali lagi Hazim diuji apabila dia disamun oleh seorang lelaki warga Amerika berkulit putih. Lebih tragis, Hazim tertembak penyamun itu menggunakan pistol milik lelaki berkenaan demi mempertahankan diri.
Akibat kejadian itu, Hazim ditahan oleh pihak polis. Dia bakal berdepan dengan tuduhan membunuh di makhamah. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Namun, disebalik kegelapan bilik dia dikurung, datang sinar harapan apabila kes berkenaan turut dikendalikan oleh ayah Joseph- Encik Williams. Harapan Hazim untuk mengelakkan diri daripada diheret ke makhamah, disandarkan kepada Katelyn. Menurut Encik Williams, Katelyn merupakan salah seorang saksi kejadian samun tempoh hari.
Apakah kesudahannya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...