.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 puris. Show all posts
Showing posts with label 1 puris. Show all posts

Mar 26, 2020

Misi Medik

Judul: Misi Medik
ISBN: 978-983-097-906-9
Kod: GB0063
Penulis / Pelukis: Amir
Tebal: 128 ms
Saiz:  L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.7 cm 
Berat: 0.2 kg
Terbit: Mac 2020
Harga : RM13.00/RM15.00*

SINOPSIS
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar.

Yana bertekad untuk mengatasi kelemahan dirinya,  namun ianya tidak semudah yang disangka. Untuk membantu dirinya berubah, Yana sentiasa bersama dengan Isabelle yang merupakan antara pelajar tahun pertama yang terbaik di universiti itu.



Yana dan Isabelle mula menjadi kawan rapat dan bersama-sama mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Feb 18, 2020

Pulangkan

PULANGKAN
ISBN: 978-983-097-898-7
Kod: BP0057
Penulis: Kayy Mann & At-Thufail
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.7 cm 
Berat: 0.13 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Kisah Haikal, seorang top seller MLM yang memiliki segala-galanya yang diimpikan oleh setiap manusia. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi ramai orang  untuk menyertai syarikat MLM tersebut termasuklah Nazri. 

Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang ingin dimakannya itu merupakan sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Pada setiap malam, dia mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan.

            Haikal mulai sedar dan dihantui oleh rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai syarikat MLM tersebut. Mengapa semua ini berlaku?


Tentang Penulis:
AT-THUFAIL
Pemilik kepada nama sebenar, Iqraman Tirana Firdaus. Merupakan pendatang baharu dalam industri komik tanah air. Beliau suka dan gemar berkarya, antaranya menulis, membaca dan melukis. Ia dijadikan sebagai rutin hariannya.
Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan penulis Kayy Mann di bawah Komik Puris selepas komik bersiri epik Legenda Ruritania dan komik ini merupakan adaptasi novel seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

KAYY MANN
Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Pernah menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.


Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan pelukis At-Thufail di bawah Buku Puris selepas novelet seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466




Kembar

KEMBAR
ISBN: 978-983-097-899-4
Kod: BP0058
Penulis: Iz Zunairah & Cikgu Mahmud
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W:  0.8 cm
Berat: 0.13 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
*******

“Alang, memang susah nak diterima akal. Terpulanglah mahu percaya atau tidak. Tapi, aku yakin, makhluk ini keturunan engkau. Sebagai orang tua, engkau terimalah nasihat aku. Ini semua kerja Allah. Qadak dan qadar Allah. Engkau pun orang alim, tentu lebih maklum akan hal ini. Allah hantarkan makhluk ini pasti ada sebab.”



Tentang Penulis:
CIKGU MAHMUD
Seorang pelukis dan juga seorang ustaz yang menggunakan nama pena Cikgu Mahmud. Bertugas di Madrasah Tahfiz Al Ukhuwwah, Petaling Jaya. Merupakan pelukis freelance dan sering melukis komik dakwah di media sosial seperti di Instagram. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Iz Zunairah di bawah Buku Puris.

IZ ZUNAIRAH

Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga. Karya ini merupakan karya ketiga bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka dan Rasukan Buaya.

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466





Komik Hasutan Syaitan 2

KOMIK HASUTAN SYAITAN 2 Versi Dewasa
ISBN:  978-983-097-877-2
Kod: BP0056
Penulis: Pak Cik Bad  &  Xs Rizal
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.9 cm; W: 0.8 cm 
Berat: 0.18 kg
Terbit:  Feb 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
KOMIK GODAAN SYAITAN karya PAK CIK BAD mula dikenali sejak 1997. Masih lagi diterbitkkan dalam Majalah Asuh, kini komik ini diterbitkan pula dalam versi Komik Puris. 

Untuk edisi yang kedua ini, PAK CIK BAD berkolaborasi dengan XS RIZAL (Juara Doodict Fever Battle Challenge 2018 juga pelukis Komik Puris; YOLO: Syukur).

Sememangnya syaitan musuh utama manusia, bukan hanya menggoda kanak-kanak, bahkan tiada siapa terlepas daripada hasutan mereka.
Jom baca komik ini! Tak kenal, maka tak benci!


Tentang Penulis:
PAK CIK BAD
Pak Cik Bad sebelum ini dikenali sebagai penulis dan pelukis bagi KOMIK GODAAN SYAITAN dan mula dikenali sejak tahun 1997. Masih lagi diterbitkkan dalam Majalah Asuh, kini komik ini diterbitkan pula dalam versi Komik Puris.
XS RIZAL
Memilih menggunakan nama pena XS RIZAL, penulis ini berkhidmat di sebuah syarikat kejuruteraan selain sebagai pelukis dan penulis komik freelance. Beliau terlibat sebagai perantis Majalah Gila Gila serta  terlibat dalam penerbitan  Majalah G3, Majalah Boboi dan Majalah Ujang. Komik sulung beliau yang diterbitkan adalah Kisah Jet.

Bersama dengan Buku Puris, beliau tampil dengan karya Syukur dalam Antologi Komik Puris: YOLO. Karya kali ini merupakan komik berkolaborasi dengan Pak Cik Bad.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Sumpah Iblis

SUMPAH IBLIS
ISBN: 978-983-097-875-8
Kod: BP055
Penulis: Mus Nasmian
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Rudi merupakan watak utama, seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh. Rudi mewarisi kelebihan yang sama seperti bapanya, Encik Razali yang boleh memasuki dimensi lain menerusi mimpinya sendiri mahupun orang lain. Kelebihan itu membolehkan Encik Razali membaca sejarah hidup seseorang dan membantu mereka. Encik Razali juga boleh mengesan makhluk halus yang mengganggu manusia dan menewaskannya.

Malangnya Rudi masih mentah dan belum menguasai sepenuhnya ilmu ghaib itu. Manakala Encik Razali pula terpaksa menurunkan ilmu kepada Rudi secara rahsia dan diluar pengetahuan isterinya. Walhal sebenarnya Encik Razali mahu menghantar Rudi menuntut di sebuah madrasah di Afrika Selatan supaya Rudi dapat mempersiapkan rohani yang kuat sebelum mempelajari bagaimana menguasai kelebihan tersebut. Namun ibu Rudi, Puan Huda menentang kuat dan tidak mahu Rudi memiliki ilmu itu kerana bimbang ia akan mengancam  nyawa anaknya.

          Rudi akhirnya menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh selepas UPSR. Ayah Rudi melepaskan Rudi dengan berat hati namun mengetahui lambat laun Rudi terpaksa belajar menguasai kelebihan yang diwarisi. Rudi menempuh cabaran dan ujian pertama tanpa menyedari dia telah diperdaya oleh seekor jin bernama Hazul yang menyamar menjadi sahabatnya di asrama dan di sekolah sehingga dia dianggap sebagai budak pelik dan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain. Encik Razali menyedari bahawa sahabat baik Rudi itu adalah jin yang cuba mendampingi dan mempergunakan Rudi lalu menghalau makhluk tersebut. Rudi berasa sedih kerana selama ini dia telah dipermainkan oleh seekor jin dan dia terpaksa berusaha dengan kuat bagi membina semula persahabatan baharu bermula dari kosong dengan rakan-rakan sekolah dan asramanya.

Afdzal, sepupu Rudi tiba-tiba muncul di sekolah tersebut atas campur tangan Encik Razali yang menyedari Rudi memerlukan sokongan yang kuat selepas hampir diperdaya oleh Hazul. Jai, si pembuli juga menjadi kawan rapat Rudi. Persahabatan mereka diganggu gugat oleh Syaiful yang berjaya membongkar siapa Rudi dan kelebihan yang dimilikinya.

           Peristiwa lemas dan diburu oleh makhluk Gondoruwo menguji persahabatan mereka. Insiden terakhir yang hampir merenggut nyawa Rudi membuatkan Encik Razali nekad melaksanakan pelan asal beliau iaitu menghantar anaknya melanjutkan pengajian di sebuah madrasah di Afrika Selatan.



Tentang Penulis:

MUS NASMIAN
Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

     Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka dan novel Sumpah Iblis ini merupakan karya kedua beliau di bawah Buku Puris.

Waris Ifrit

WARIS IFRIT
ISBN: 978-983-097-874-1
Kod: BP054
Penulis: Rafiuddin Rohani
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Wafa, pewaris Silat Petala Sakti.
Memiliki kelebihan bertarung dengan hanya melintaskannya di dalam fikiran.
Terkandas di dalam dunia berbeza tanpa mengetahui cara untuk kembali.

Rizal, pewaris Silat Petala Sakti.
Memiliki cita-cita menguasai takhta penguasaan dua dunia.
Mempertaruhkan nyawa manusia untuk menjadi raja di alam yang berbeza.

Wafa dan Rizal, telah disatukan.
Kini bertarung melunas dendam …
Apakah kesudahannya?


Tentang Penulis:

Bertugas sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di institusi pengajian yang terletak di selatan tanah air. Dilantik sebagai Perantis Akademi Bonda Nor secara rasmi, beliau telah terlibat dalam menghasilkan buku antologi motivasi kehidupan, Pelan-Pelan Kayuh (PPK) dan CLEAR di bawah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan di bawah kategori novel Seramistik dengan judul Waris Ifrit, ia merupakan karya sulung beliau terbitan Buku Puris.

Feb 1, 2020

KAMPUS PSIKO 1


KAMPUS PSIKO 1
ISBN: 978-983-097-840-6
Kod: BP0047
Penulis: Imanimex  & Nazr Syaff
Tebal: 128 ms
Berat: 0.12 kg
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.7 cm 
Terbit: Jan 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*





SINOPSIS

“Aku ingin memahami manusia dengan harapan ia mampu memberikan ketenangan kepada manusia.”

Itulah rahsia hati seorang remaja yang sebenarnya mempunyai masalah dalam memahami manusia lain. Manusia adalah makhluk ALLAH yang kompleks kerana manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Sedangkan, ramai yang lupa bahawa ALLAH menciptakan ujian untuk menguatkan lagi ingatan kita kepada ALLAH.

Seperti mana yang berlaku kepada Rudy, terdetik di hati Syahir untuk membantu Rudy meringankan bebanan perasaan yang semakin lama, semakin hanyut dalam mainan emosinya sendiri.

Adakah Syahir akan berjaya dalam memahami apa yang dialami Rudy? Adakah Rudy akan terus hanyut dengan emosinya itu?

 

TENTANG PENULIS

IMANIMEX

Imanimex berasal dari Jeli, Kelantan dan telah menamatkan pengajian sebagai seorang Guru dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa komik iaitu Kompilasi Komik Dakwah Tarbiyyah Imanimex 1 & 2 dan Komik Tarbiyyah No Namida.

 Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah komik berwarna Seriuslah! dan Ragaman Ramadan.

 

NAZR SYAFF

Memilih menggunakan nama pena Nazr Syaff, lulusan dalam bidang Mechanical Engineering ini telah memilih kerjaya sebagai pelukis komik freelance. Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. Beliau telah menerbitkan buku bersama penerbit indie De’Gwet juga menerbitkan komik kompilasi HERO #2 Komik M. 

Bersama BUKU PURIS, karya beliau yang telah diterbitkan adalah komik Godcentric 1 dan Godcentric 2 yang merupakan kolaborasi beliau selaku pelukis bersama dengan Abeben selaku penulis.

**************************

Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 





Jan 9, 2020

Online

ONLINE  
ISBN: 978-983-097-876-5
Penulis: Ana Fannan
Kod: BP0053
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W:  0.8 cm
Berat: 0.13 kg
Terbit: Jan 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Komik ONLINE ini adalah adaptasi daripada buku Dia Bukan Malaikat, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin terbitan Buku Puris. Ia merupakan kumpulan cerpen yang mengetengahkan perihal masyarakat pada hari ini. Tujuh buah cerpen dikomikan untuk memberi manfaat kepada semua golongan terutama para remaja.

Menghasilkan cerpen yang berkualiti dan kemudian dikomikan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia menuntut paduan daya imaginasi yang tinggi agar mesej yang wacananya mampu membuatkan pembaca berfikir, tidak hanya khayal di awanan hiburan semata sebaliknya sebagai bekal hidup di alam fana ini hingga ke alam kekal sana.


Moga, dapatlah bersama-sama kita berjalan di dunia ini dan beransur ke alam sana, dalam pelukan redha-Nya!

Tentang Penulis/Pelukis:
Memilih menggunakan nama pena Ana Fannan, lulusan dalam bidang Seni Halus ini telah memilih kerjaya sebagai Ilustrator. Komik ONLINE merupakan komik terbitan pertama beliau bersama Buku Puris.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...