KEMBAR
ISBN: 978-983-097-899-4
Kod: BP0058
Penulis: Iz Zunairah & Cikgu Mahmud
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.13 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*
SINOPSIS
Azmira, seorang pegawai konservasi, amat komited menjalankan tugas
memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula
terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya
tersiar di dalam akhbar tempatan.
*******
“Alang, memang susah
nak diterima akal. Terpulanglah mahu percaya atau tidak. Tapi, aku yakin,
makhluk ini keturunan engkau. Sebagai orang tua, engkau terimalah nasihat aku.
Ini semua kerja Allah. Qadak dan qadar Allah. Engkau pun orang alim, tentu
lebih maklum akan hal ini. Allah hantarkan makhluk ini pasti ada sebab.”
Tentang Penulis:
CIKGU MAHMUD
Seorang pelukis
dan juga seorang ustaz yang menggunakan nama pena Cikgu Mahmud. Bertugas di
Madrasah Tahfiz Al Ukhuwwah, Petaling Jaya. Merupakan pelukis freelance
dan sering melukis komik dakwah di media sosial seperti di Instagram. Komik ini
merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Iz Zunairah di bawah Buku
Puris.
IZ ZUNAIRAH
Iz
Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal
dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai
Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian,
Johor. Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga. Karya ini
merupakan karya ketiga bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka dan Rasukan Buaya.
************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment