Doktor
Cinderella
ISBN:
978-983-097-893-2
Kod:
GB0612
Penulis:
Dr Nur Hanisah
Tebal:
192 ms
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.06 cm
Berat: 0.24 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM20.00/RM22.00*
SINOPSIS
Buku ini merupakan koleksi cerita pengalaman pemulis sepanjang berada dalam tugasan di O&G (Obstetrik & Ginekologi) di sebuah hospital yang suka penulis gelar sebagai Hospital Tarbiah.
Ini
merupakan posting pertama penulis
sebagai seorang doktor muda yang masih dalam fasa housemanship. Satu fasa awal dalam bidang pekerjaan ini. Fasa
mencabar juga bagi orang yang pertama kali menceburi bidang ini secara realiti.
Penulis
merasakan, bekerja di hospital sebenarnya merupakan satu anugerah nikmat Allah
yang cukup berharga. Setiap hari, ada saja ibrah yang mendidik hati, mentarbiah
diri. Namun, ibrah ini jarang diketahui oleh semua orang terutama yang tidak
bekerja dalam bidangnya.
Oleh sebab itu, penulis berasa bertanggungjawab
untuk berkongsi kepada dunia tentang tarbiah yang terdapat dalam Hospital
Tarbiah ini. Selalunya penulis akan kongsikan kisah ini setiap kali ada masa
terluang di hantaran Facebook. Jadi, jangan pelik sekiranya bahasa yang penulis
guna ibarat membaca sebuah diari ya!
Testimoni:
"Setiap kisah membuatkan kita bagai berada di gedung serbaneka, one
stop centre, kita dikayakan dengan pengalaman dan perasaan, sesekali membawa
kita mengimbau jasa seorang ibu, acapkali menjadikan kita terpandu sering
dengan itu, yang paling menarik sekali ialah nukilan kaedah melaksanakan ibadah
dengan selamba sekali. Syabbas Dr sebuah karya Yang menjadikan kita Kaya Jiwa.”
~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Penceramah Bebas
~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Penceramah Bebas
Masya-Allah,
Allah kurniakan Dr. Nur Hanisah dengan naluri dan mata hati yang sangat halus
dan sentiasa dipimpin oleh-Nya. Juga fikiran jernih dan kesungguhan mencuri
masa dalam berkongsi pengalamannya yang penuh pengajaran melalui bidang
penulisan.
Beberapa
kali saya mengalirkan air mata tatkala menelusuri kisah-kisah yang dinukilkan
dalam buku istimewa ini. Sebagai seorang doktor yang juga telah melalui latihan
housemanship lebih 17 tahun dahulu, ia bagaikan mengimbau kembali
nostalgia lalu yang sudah lama terpahat dalam memori. Rasanya seperti pintu
kalbu ini diketuk-ketuk untuk melihat segala yang tersirat yang ada ketikanya
tak ternampak di mata kasar. Didoakan semoga buku ini berjaya menyuntik ibrah
dan tarbiah ke dalam hati setiap yang membaca.
~ Dr. Nazatul
Shahnaz binti Mohd Nazri, Pakar Anestesiologi (Bius), Hospital
Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment