SUMPAH IBLIS
ISBN: 978-983-097-875-8
Kod: BP055
Penulis: Mus Nasmian
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*
SINOPSIS
Rudi
merupakan watak utama, seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama
penuh. Rudi mewarisi kelebihan yang sama seperti bapanya, Encik Razali yang
boleh memasuki dimensi lain menerusi mimpinya sendiri mahupun orang lain.
Kelebihan itu membolehkan Encik Razali membaca sejarah hidup seseorang dan
membantu mereka. Encik Razali juga boleh mengesan makhluk halus yang mengganggu
manusia dan menewaskannya.
Malangnya
Rudi masih mentah dan belum menguasai sepenuhnya ilmu ghaib itu. Manakala Encik
Razali pula terpaksa menurunkan ilmu kepada Rudi secara rahsia dan diluar
pengetahuan isterinya. Walhal sebenarnya Encik Razali mahu menghantar Rudi
menuntut di sebuah madrasah di Afrika Selatan supaya Rudi dapat mempersiapkan
rohani yang kuat sebelum mempelajari bagaimana menguasai kelebihan tersebut.
Namun ibu Rudi, Puan Huda menentang kuat dan tidak mahu Rudi memiliki ilmu itu
kerana bimbang ia akan mengancam nyawa
anaknya.
Rudi akhirnya menerima tawaran ke
Sekolah Berasrama Penuh selepas UPSR. Ayah Rudi melepaskan Rudi dengan berat
hati namun mengetahui lambat laun Rudi terpaksa belajar menguasai kelebihan
yang diwarisi. Rudi menempuh cabaran dan ujian pertama tanpa menyedari dia
telah diperdaya oleh seekor jin bernama Hazul yang menyamar menjadi sahabatnya
di asrama dan di sekolah sehingga dia dianggap sebagai budak pelik dan
dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain. Encik Razali menyedari bahawa sahabat
baik Rudi itu adalah jin yang cuba mendampingi dan mempergunakan Rudi lalu
menghalau makhluk tersebut. Rudi berasa sedih kerana selama ini dia telah
dipermainkan oleh seekor jin dan dia terpaksa berusaha dengan kuat bagi membina
semula persahabatan baharu bermula dari kosong dengan rakan-rakan sekolah dan
asramanya.
Afdzal,
sepupu Rudi tiba-tiba muncul di sekolah tersebut atas campur tangan Encik
Razali yang menyedari Rudi memerlukan sokongan yang kuat selepas hampir
diperdaya oleh Hazul. Jai, si pembuli juga menjadi kawan rapat Rudi.
Persahabatan mereka diganggu gugat oleh Syaiful yang berjaya membongkar siapa
Rudi dan kelebihan yang dimilikinya.
Peristiwa lemas dan diburu oleh
makhluk Gondoruwo menguji persahabatan mereka. Insiden terakhir yang hampir
merenggut nyawa Rudi membuatkan Encik Razali nekad melaksanakan pelan asal
beliau iaitu menghantar anaknya melanjutkan pengajian di sebuah madrasah di
Afrika Selatan.
Tentang Penulis:
MUS NASMIAN
Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan
memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah
skrip drama Hang Jebat Derhaka juga
menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan.
Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat
– Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.
Bersama
Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka dan novel Sumpah Iblis ini merupakan karya kedua
beliau di bawah Buku Puris.
No comments:
Post a Comment