.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 isu khilafiah. Show all posts
Showing posts with label 1 isu khilafiah. Show all posts

May 6, 2024

Al-Bayan: Penjelasan Persoalan Khilafiah



Al-Bayan: Penjelasan Persoalan Khilafiah
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-77-2
KOD: GB 0797
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 1152 m/s
Teks: 1C
Kulit: Keras
Berat: 2 kg
Harga: RM 98.00/RM100.00

DETAIL:

Buku ini mengandungi enam bahagian yang menerangkan secara terperinci tentang isu bid‘ah yang sering menjadi polemik dalam masyarakat Islam. Bahagian pertama menjelaskan pengertian bid‘ah yang sebenar dan salah faham yang berkaitan dengannya.

Bahagian kedua membincangkan tentang amalan-amalan yang sering dipersoalkan kebolehannya seperti wirid dan doa selepas solat, doa qunut, Yasin malam Jumaat, kenduri tahlil, talqin, menabur bunga dan menjirus air di atas kubur.


Manakala bahagian ketiga memperincikan perkara-perkara bid‘ah yang timbul pada bulan tertentu seperti hari ‘Asyura’, sambutan Maulidur Rasul, malam Nisfu Sya‘ban dan bilangan rakaat solat Tarawih.

Bahagian keempat hingga keenam memaparkan pencerahan berkenaan isu bid‘ah dalam aqidah seperti tawassul, tabarruk dan Al-Asya‘irah serta perkara-perkara umum seperti hadis dhaif, berpegang kepada 4 mazhab dan mengambil hukum secara terus daripada Al-Qur’an dan hadis.











Apr 18, 2023

Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya (Edisi Kemas Kini)

Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya (Edisi Kemas Kini)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-09-3
KOD: GB 0732
SAIZ: 13.5cm X 21.5 cm
TEBAL: 408 m/s    
ISI DALAM: 1C
Berat: 0.7 kg
Harga: RM 30.00/ RM32.00

PERTAMA KALI TERBIT TAHUN 2014

DETAIL:

Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya.


Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil Al-Qur’an, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh penuntut ilmu dan masyarakat awam.













Oct 6, 2020

31 Soal Jawab Bid’ah

31 Soal Jawab Bid’ah
Kategori: Fardu Ain
Penulis: Ustaz Muhadir Hj Joll
TEBAL: 448 m/s
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W:  2.5 cm
Berat: 
0.8 kg (SCover)/1 k (HCover) 
Terbit: Okt 2020

ISBN: 978-983-097-922-9 (SCover)
KOD: GB 0631
HARGA: RM 40.00/ 42.00*

ISBN: 978-983-097-923-6 (HCover)
KOD: GB 0632
HARGA: RM 50.00/ 52.00*

DETAIL:

Persoalan mengenai bid’ah yang dijelaskan dalam buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

           Bab pertama membincangkan definisi, pembahagian, dalil dan pendapat-pendapat ulama tentang bid’ah dengan disertai ayat al-Quran, hadis dan atsar Sahabat sebagai hujah dan contoh agar pembaca dapat memahami dengan tepat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bid’ah.



           Bab kedua pula membincangkan definisi, dalil dan contoh-contoh berkenaan at-tark serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

           Bab ketiga menghuraikan 17 syubhah tentang bid’ah yang sering diperdebatkan umat Islam seperti bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, sambutan Maulidur Rasul, bacaan surah Yasin pada malam tertentu dan banyak lagi isu yang diberi pencerahan lengkap.

Tentang Penulis: Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. 31 Soal Jawab Bid’ah adalah karya ke-25 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


KANDUNGAN

Tentang Penulis:

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fmTarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. 31 Soal Jawab Bid’ah adalah karya ke-25 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

 

KANDUNGAN

MUQADDIMAH

·        Kata-kata Aluan, Sahibus Samahah, Yang Berhormat, Dato‘ Haji Mohd. Yusof bin Haji Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

·        Kata-kata Aluan, Sahibus Samahah, Yang Berbahagia, Datuk Seri Dr. Haji Abdur Rahman bin Haji Osman, Mufti Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur

 

BAHAGIAN (A):

BID’AH DAN PERKARA-PERKARA

BERKAITAN DENGANNYA

 

BAHAGIAN (B):

AT-TARK DAN PERKARA-PERKARA

BERKAITAN DENGANNYA

 

BAHAGIAN (C):

SYUBHAH DAN JAWAPANNYA

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 


 

 

 

 

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...