.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Dissa Azmin. Show all posts
Showing posts with label Dissa Azmin. Show all posts

Sep 5, 2019

Ratu Netballers

SIRI ANAS ANIS:
Judul: Ratu Netballers
ISBN : 978-983-097-782-9
Kod: GB0582
Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 muka surat
Saiz: L: 12.7 cm; H: 19.1 cm; W: 0.83 cm
Berat: 0.19 kg
Terbit: Sep 2019
Harga : RM12.90 /RM14.90*


Sinopsis
Afiqah atau A.P, seorang pemain bola jaring dan memakai bip C. Akibat selalu bersikap terburu-buru, A.P telah melakukan banyak kesalahan dalam suatu perlawanan persahabatan di antara sekolah. Sehingga pasukannya menemui kegagalan. Rakan sepasukan menyalahkan A.P atas kekalahan itu. A.P cepat melenting apabila ditegur.

Perselisihan faham telah berlaku dalam pasukannya. Tiada lagi persahabatan. Bagi keluarga A.P pula, perkara ini tidak perlu dibimbangkan. A.P menganggap tiada yang memahaminya. Dia merajuk lalu melarikan diri. 


Pertemuan dengan Anas dan Anis dalam satu inseden, berbekas di hati A.P. ‘Rumah adalah tempat paling selamat. Walau kadang-kadang, ia tidak melindungi perasaan kita. Kita tidak tahu betapa manis dan bermakna ikatan kekeluargaan. Sehingga kita merinduinya.’

Kata-kata ini pula membuat hati A.P terpanggil. ‘Kawan itu seperti sapu tangan. Jika kita terluka, dia akan balutkan. Kita terjatuh, mungkin disebabkan cuai atau terleka. Sudahlah kita sakit, dimarahi pula. Kita rasa itu tidak adil. Pada hal, dia cuma ingin ingatkan jangan buat begitu lagi.’


Anas dan Anis yang menjadi cermin, cukupkah membuat A.P mengenali diri? Sudikah A.P pulang setelah melalui pengalaman yang tidak diduga? Bertemukah A.P dengan persahabatan sejati yang dicari-cari? 

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Jan 24, 2019

Cik Hantu Makan

SIRI ANAS ANIS: CIK HANTU MAKAN
Novel Asuh
Kod: GB0534
Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 ms
Saiz: L: 12.7 cm; H: 19.1 cm, 0.8 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Jan 2019
ISBN : 978-983-097-782-9
Harga : RM12.90 /RM14.90*


Sinopsis
Natalia atau Tia adalah saudara jauh Anas dan Anis. Tia suka makan. Jika makanan itu tidak menepati citarasa, Tia akan merungut lalu membuangnya. 

Sikap Tia selalu ditegur ibu dan ayahnya. Tia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Namun, Tia tetap membuat perkara yang sama.

Kata Anas dan Anis lagi, ‘tidak bernilai bagi kita. Mungkin sangat berharga bagi orang lain’.
Tia dibawa oleh orang tuanya, ke rumah Anas dan Anis kerana perlu berkursus di luar bandar. Tia membantah sekerasnya.



Pada masa yang sama, ibu dan ayahnya, berharap Tia dapat mencontohi sikap Anas dan Anis. Ini adalah misi rahsia ibu dan ayah Tia. 







Oct 15, 2018

Ratu Vogue

Siri Anas Anis: Ratu Vogue
ISBN : 978-983-097-762-1
Kod: GB0518

Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 ms
Harga : RM12.90 /RM14.90













SINOPSIS
Anas dan Anis ada kawan baharu yang bernama Sa’adiah atau mesra disapa Sandy. Sandy anak orang berada. Dia suka menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya. Dia bangga sangat dengan jam yang dihadiahkan oleh ayahnya ketika pulang bertugas dari luar negara. 

Anas dan Anis selalu menasihati Sandy agar tidak terlalu bangga diri, nanti menjadi riak dan takbur.

Jika menunjuk-nunjuk begini juga, mungkin menarik orang berniat tidak baik mendekatinya. Namun, nasihat Anas dan Anis tidak diendahkan. Malah, Sandy sering memandang rendah akan orang lain.



Anas dan Anis menasihati Sandy, ‘Kawan yang baik adalah orang yang selalu menegur kita ketika berbuat kesalahan. Dia mengajar kita menjadi lebih baik sebab hendak masuk syurga bersama-sama.’







Mar 27, 2013

Mrs : Novelist


GB0239 : MRS. NOVELIST 
Pengarang : Dissa Azmin
ISBN : 978-983-097-397-5
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Ibu, suri rumah tangga yang bercita-cita mahu menjadi novelis. Ibu tetapkan hati biarpun minatnya kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas daripada gengaman. Sampai saat itu, ibu pula terduduk dan tidak berdaya lagi melalui halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz dalam merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?

Oct 4, 2012

Natrah Fantasia

Klik di sini....
GB0188 : Natrah Fantasia 

Pengarang : Dissa Azmin 

Tebal : 223 

ISBN : 978-983-097-375-3 

Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00 


BAB: 2 MUSUH TETAP MUSUH  

Natrah terjatuh. Aduh! Natrah menggosok-gosok bahu kirinya yang terasa sakit. Malah badannya juga terasa lenguh dan sengal-sengal. “Teruk betullah sakit gigi ini, tidak cukup buat adik hilang tumpuan, hilang kawalan diri dan cepat marah. Sekarang ini, buat adik terjatuh dari sofa pula,” rungut Natrah sambil bingkas bangun.
             Rasa berdenyut-denyut pada gigi Natrah sudah berkurangan. Berdetik di fikirannya, mungkin makhluk asing itu juga sudah jemu bersarang di dalam giginya kerana Natrah asyik makan bubur nasi sahaja. Natrah terkekeh sendiri.
“Sudah tidak sakit lagi? Bagusnya!” kata Natrah tersenyum riang sambil menggosok-gosok pipi kanannya yang bengkak itu, sudah surut sedikit.

Girangnya Natrah bukan kepalang. Natrah melompat-lompat keriangan. Sebentar itu, senyuman Natrah terpaku sebentar. Oh! Renungannya juga terkaku. Dia memerhati dalam senyap. Jantungnya berdegup kencang. Di sekelilingnya terdapat lolipop pelangi gergasi yang berpusing-pusing perlahan seperti kincir angin. Terdapat juga bunga-bunga matahari gergasi yang riang tersenyum. Cuaca pagi menyerlah cerah dan ceria. Tiada sofa L. Tiada ruang tamu. Bukan di rumah. Bukan juga di sekolah. Di manakah dia?
Natrah kebingungan. “Adakah ini juga salah satu kesan buruk sakit gigi yang tidak adik ketahui?” kata hati Natrah sendirian. Seketika itu, ilham menerjah ke mindanya. Dia tersenyum sendiri dan berkata lagi, “Tidak salah jika ada perasaan ingin tahu.”
            Natrah memberanikan diri untuk mengenali daerah ini. Natrah berjalan perlahan sambil melebarkan senyuman dan renungannya yang tersapa dek pemandangan yang luar biasa itu. “Wah, cantiknya!” kata Natrah sambil berpusing-pusing memandang di sekelilingnya.
            Natrah mendongak ke langit yang terang dengan warna kebiruan. Awan gula-gula kapas tersenyum memandangnya. Natrah tersenyum sendiri. Dia berasa sungguh gembira berada di taman ini. Kelihatan rama-rama bebas berterbangan dengan riang. Natrah berasa sungguh kagum dengan keindahan ini. Tiba-tiba , guruh kedengaran. Sebentar itu, hujan mula merintik.
            Natrah kehairanan sambil mendongak ke langit. “Hujan gula-gula?”
            Hujan gula-gula yang bersaiz dan berbentuk bulat seperti butang baju itu terdiri dari warna hijau, merah, oren, kuning dan coklat itu benar-benar membuat Natrah terpaku. Aneh! Sungguh aneh!
            “Cepat! Mari berteduh di sini!” Satu suara halus menyapa Natrah yang kelihatan masih tertanya-tanya itu.
            Natrah mencari-cari arah suara yang menegurnya itu. Kelihatan sehelai daun bunga matahari melambai-lambai ke arahnya. Natrah segera berlari mendapatkan bunga matahari yang hanya beberapa meter dari tempat dia berdiri. Natrah berteduh di bawah rimbunan daun bunga matahari yang lebar itu.
Natrah tersenyum lagi. “Awak sungguh baik hati, bunga matahari.”
            “Kita ciptaan Allah. Kita haruslah saling membantu,” balas bunga matahari sambil tersenyum riang.
            Natrah berasa begitu selesa. Kini, dia telah mempunyai teman baharu. “Gembiranya bertemu dengan awak.”
            “Ari juga.” Senyuman bunga matahari yang bernama Ari itu semakin lebar. Selebar wajah ceria Natrah yang semakin berseri-seri itu.
            Hujan gula-gula yang berperisa coklat itu masih belum berhenti. Sesekali guruh bersahut-sahutan. Dalam lebat hujan gula-gula yang masih mencurah-curah itu, sayup-sayup kedengaran satu bunyi yang pelik. Bunyi derap langkah seseorang atau sesuatu yang besar dan tinggi. Apakah itu?
Seketika itu, wajah riang si bunga matahari kelihatan cemas. Kebimbangan jelas terbayang di wajahnya. Ari berteriak nyaring. “Jaga-jaga! Dia sudah datang! Cepat berlindung!” 

Untuk dapatkan  novel awal remaja ini dapatkan di rangkaian kedai buku MPH atau POPULAR....




Mar 20, 2012

Nota Untuk Nurlisa

GB0164 : Nota Untuk Nurlisa

Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 250
ISBN : 978-983-097-321-0
Harga : W/M:RM14.00 E/M:RM16.00

Nurlissa mencari peluang kedua, setelah tersungkur di pertengahan jalan. Kepulangannya disambut kasih tulus Afiqah, babah, mama dan kak long. Hakikatnya, nurlisa terpaksa berdepan dengan Maya yang tidak sudi lagi menyambutnya sebagai sahabat. Keakraban yang kian retak meninggalkan luka dihati Nurlissa. Ketika dia hamper rebah, dia menerima nota rahsia yang memberinya kekuatan untuk menempuhi rintangan. Dalam kebahagiaan meniti persahabatan baru bersama Farina, Fahim dan Syahir, hadir Daniel bersama kenangan silam. Mampukah Nurlissa berjuang merebut kebahagiaan masa hadapan daripada konflik masa lalu dan akan bertemukah Nurlissa dengan si pengirim nota rahsia itu?

Apr 8, 2011

Dia Sahabatku

Dia, Sahabatku
ISBN: 978-983-097-281-7
Kategori: Novel remaja
Dissa Azmin
312ms/ RM15/ GB0115

WasillahWairah dan Saif remaja berusia 16 tahun. Mereka berkawan rapat, setelah bermusuhan di awal perkenalan.

Wasillah Wairah membantu Saif mengubah kehidupannya yang terdedah kepada gejala sosial yang memudaratkan.



Wasillah Wairah mendorong Saif agar bertabah hati melalui keretakan perhubungan keluarganya yang berpecah-belah. Berkat kesabaran itu, keluarga Saif akhirnya bersatu semula.

Keakraban itu telah membuat Wasillah Wairah sangat kasihkan Saif. Izham dan Raudah pula hadir sebagai orang ketiga yang muncul dalam hidup mereka. Konflik tercetus akibat cemburu yang terburu-buru. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Siapakah sahabat sebenar di hujung cerita?


Oct 13, 2010

"Terima kasih adik-adikku!"


Judul novel: TERIMA KASIH ADIK-ADIKKU!
Kategori: NOVEL REMAJA
Penulis: DISSA AZMIN
Kod: GB0099
ISBN: 978-983-097-273-2
HARGA: RM 14.00
M/S: 216

SINOPSIS:
Sebagai anak sulung yang diletakkan harapan oleh mak dan ayahnya, Nubhan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai orang dewasa. Dalam masa yang sama, isu surat cinta Siti Kelly mengganggu hubungannya dengan rakan-rakan sekolah.

Pencapaian yang merudum dalam akademik menyekat peluangnya untuk bertarung di gelanggang go-kart. Sehinggalah satu ketika, keadaan memaksa Nubhan untuk mengambil alih teraju di rumah. Kerenah adik-adiknya pula cukup memeningkan kepala Nubhan.

Mampukah Nubhan berhadapan dengan situasi ini? Adakah dia dapat bertahan dengan ujian yang seakan mustahil untuk diatasi ini? Segalanya terjawab di dalam novel tarbiah remaja Terima Kasih Adik-adikku! karya sulung Dissa Azmin ini.

Terima Kasih Adik-adikku! ini merupakan karya sulung Dissa Azmin setelah sekian lama berkecimpung di dalam dunia penulisan. Beliau yang berasal dari negeri Kelantan ini bukanlah nama baru di arena penulisan tanah air.

Di awal pembabitan, beliau tidak menoleh ke belakang lagi di dalam hobi dan bakatnya ini. Beliau berjaya menyelami dunia remaja untuk menghasilkan novel tarbiah yang menghiburkan dan sarat dengan mesej kasih sayang dan nilai-nilai kekeluargaan yang perlu dijadikan iktibar oleh para pembaca semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...