.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label At-Thufail. Show all posts
Showing posts with label At-Thufail. Show all posts

Feb 18, 2020

Pulangkan

PULANGKAN
ISBN: 978-983-097-898-7
Kod: BP0057
Penulis: Kayy Mann & At-Thufail
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.7 cm 
Berat: 0.13 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Kisah Haikal, seorang top seller MLM yang memiliki segala-galanya yang diimpikan oleh setiap manusia. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi ramai orang  untuk menyertai syarikat MLM tersebut termasuklah Nazri. 

Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang ingin dimakannya itu merupakan sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Pada setiap malam, dia mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan.

            Haikal mulai sedar dan dihantui oleh rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai syarikat MLM tersebut. Mengapa semua ini berlaku?


Tentang Penulis:
AT-THUFAIL
Pemilik kepada nama sebenar, Iqraman Tirana Firdaus. Merupakan pendatang baharu dalam industri komik tanah air. Beliau suka dan gemar berkarya, antaranya menulis, membaca dan melukis. Ia dijadikan sebagai rutin hariannya.
Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan penulis Kayy Mann di bawah Komik Puris selepas komik bersiri epik Legenda Ruritania dan komik ini merupakan adaptasi novel seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

KAYY MANN
Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Pernah menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.


Komik ini merupakan karya kedua beliau berkolaborasi dengan pelukis At-Thufail di bawah Buku Puris selepas novelet seramistik Pulangkan Kembar Puaka.  

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466




Mar 1, 2019

Legenda Rirutania

LEGENDA RURITANIA 
ISBN: 978-983-097-793-5
Kod: BP036
Penulis: At-Thufail
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W:  
Berat: 0.13 kg
Terbit: Jan 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS:
LEGENDA RURITANIA ini mengisahkan seorang pemimpin yang bernama Sultan Firmansyah yang memerintah kerajaan Ruritania. Dibawah pemerintahannya, Ruritania berada dalam keadaan aman dan damai.

            Namun, segalanya berubah apabila undang-undang dunia telah menetapkan revolusi industri di seluruh dunia termasuklah kerajaan Ruritania. Perjanjian ini akan merubah sistem dan pelaksanaan pentadbiran kerajaan Ruritania kerana ia tidak menepati kehendak dan budaya hidup di Ruritania. Akhirnya, Sultan Fimansyah mengambil keputusan untuk menolak perjanjian tersebut yang mengakibatkan kerajaan Ruritania diserang.

Namun, penglibatan sekumpulan pelajar dari kelas Kultus, memperlihatkan kewibawaan kerajaan Ruritania dalam mempertahankan kedaulatan. Siapakah pelajar-pelajar dari kelas Kultus itu?


Tentang Penulis:

Pemilik kepada nama sebenar, Iqraman Tirana Firdaus alah seorang lelaki yang suka dan gemar berkarya. Antara ialah menulis, membaca dan melukis dan dijadikan sebagai rutin hariannya. Komik ini merupakan karya pertama beliau dibawah terbitan Buku Puris @ Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...