.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

May 2, 2012

Bukan Sekadar Resepi


BUKAN SEKADAR RESEPI
ROZA  ROSLAN / 978-983-097-352-4/ 
372ms/ RM35/ GB0182
Kategori: Motivasi
Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada  sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

1 comment:

aiyrie said...

Bukan sekadar buku...

Itulah yang saya boleh rumuskan setelah membaca buku Bukan Sekadar Resipi tulisan Puan Roza Roslan. Kenapa tidak! Hendak dikatakan buku resipi, bukan sekadar resipi yang terkandung di dalamnya. Hendak dikatakan buku cerita, bukan cerita rekaan yang dituliskan. Hendak dikatakan biografi, bukan kisah seorang individu yang diceritakan. Hendak dikatakan travelog pula, bukan sekadar kisah perjalanan yang dikongsi.

Membaca hasil tangan Puan Roza Roslan ini tidak pernah membosankan. Setelah membuka buku ini, terlalu sukar untuk menutupnya. Hati terasa tidak sabar hendak membelek hingga ke muka surat yang terakhir. Namun, tidak pula sanggup hendak melompat bab. Bahkan, saya terpaksa membulatkan tekat untuk menangguhkan pembacaan setelah membaca hampir satu per tiga daripada buku tersebut. Itu pun kerana malam yang telah semakin lewat dan keesokan harinya pula, saya perlu bekerja. Malu pula rasanya kerana lebih membesarkan buku ini dari solat malam yang selalu dipesan oleh Puan Roza Roslan sendiri.

Gambar-gambar masakan yang terdapat di dalam buku Bukan Sekadar Resipi juga amatlah menggiurkan. Dalam kes saya, gambar Seri Kaya Labu sememangnya menambat hati. Terasa seperti ibu mengandung sedang mengidam pula. Terbayang-bayang semasa mata hampir terpejam. Mujurlah tidak sampai mengalirkan air mata. Gambar-gambar resipi yang lain juga tidak kurang menambat hati dan perasaan. Nafsu meminta-minta untuk menjamahnya. Begitulah, syaitan sememangnya pandai mempengaruhi nafsu walaupun semasa membaca buku yang banyak membawa rasa keinsafan.

Kisah-kisah di sebalik resipi yang diceritakan juga amat menarik. Ceritanya biasa-biasa sahaja kerana ia adalah kisah benar. Tiada unsur-unsur fantasi dan ajaib yang dikisahkan. Namun, kebenaran itu sebenarnya lebih ajaib dan menakjubkan jika dilihat dari sudut yang sepatutnya. Kadang kala, saya berasa malu sendiri kerana tidak pernah terfikir untuk berfikir dari sudut yang diceritakan. Pengalaman sendiri yang dianggap biasa-biasa, rupanya tersimpan beribu rahsia andai dilihat dari sudut yang sama.

Sebagai kesimpulan, Bukan Sekadar Resipi mengajar bayak perkara tentang kehidupan. Jika ahli Kimia mengatakan Ilmu Kimia berasal dari dapur, maka saya mengatakan kehidupan yang bahagia berasal dari dapur yang diuruskan oleh isteri, ibu dan wanita yang berhati mulia. Dan sememangnya wanita itu mulia, oleh itu kemuliaannya perlu dipelihara....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...