.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

May 2, 2012

Hai Darling!


HAI DARLING!
BADRUL HISHAM SHARI/
978-983-097-358-6/RM19.00/192ms, /GB0181
Kategori: Motivasi
Suami umpama ‘menteri luar’, isteri pula umpama ‘menteri dalam negeri’. Suami dan isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri, ibarat malam dan siang. Saling melengkapi. Tempatnya tetap di ruang khas (di sisi), bukan di atas dan di bawah!
Kadang-kadang saya rasa membesarkan anak-anak yang ramai dalam zaman serba canggih ini seperti berada di medan peperangan. Tidak cukup masa untuk menarik nafas dan berehat panjang. Tidak cukup masa tidur nyenyak…
Oh, susah rupa-rupanya nak dapat segala benda yang hebat di dunia ini. Kena bangun malam pada saat orang lain sedap tidur berdengkur dibuai mimpi. Kena bersejuk-sejuk berwuduk saat orang lain lena berselimut tebal. Kena tinggalkan tilam empuk dan teman sekatil.
Memang orang kita, bab nak kahwinkan anak tidak pandai buat ala kadar. Sanggup berhabis, bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinan tu mendapat markah A+ atau markah penuh 100 peratus daripada para juri dan hakim yang terdiri daripada tetamu yang datang.
---------------
HAI, DARLING! Himpunan sketsa  rumah tangga yang merangkumi kisah suami, isteri, anak-anak, ibadah dan juga kehidupan yang diadun dengan bahasa yang cukup santai dan bersahaja. Kisah yang padat dengan panduan serta mesej yang sangat berguna. Tidak lupa menyelitkan unsur sinis, humor dan ilustrasi yang sangat mencuit hati dan terkesan pada diri!


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...