Kitab Pedoman Hidup
Penulis: Khuzaifah Kamazlan & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN 978-629-7716-01-5
Kod: GB0823
Saiz: 21.59cm X 13.97cm
Tebal: 264 m.s.
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*
SINOPSIS
Kitab
Pedoman Hidup merupakan risalah kecil yang menjadi panduan bagi
manusia yang ingin menghiasi hari berbaki dengan akhlak dan amal-amal
bermanfaat. Kitab ini membicarakan perkara terpilih yang harus diperbanyakkan,
ditinggalkan dan yang mesti dijaga agar pahala amalan seharian tidak sia-sia
begitu sahaja.
Kitab ini tidak membincangkan hukum-hakam fikah, tidak
juga sah atau batal sesuatu ibadah, sebaliknya ia menerangkan nilai-nilai
sesuatu amal yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Maksud dan tujuan utama naskhah ini adalah untuk menimbulkan kesedaran para
pembaca supaya lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi perbuatan
terlarang yang boleh menjatuhkan diri dalam kelalaian, menyedarkan diri akan
hari akhirat yang pasti dilalui, serta bersedia dengan bekalan yang secukupnya.
Dunia ini bersifat sementara, berbentuk pinjaman dan hari
akhirat menjadi matlamat setiap manusia yang berilmu dan beriman dengan-Nya.
Manusia mahu ke syurga. Kalau boleh ke Firdaus tanpa
dihisab. Namun sifat manusia yang sering terlupa menyebabkan kehidupan di dunia
lebih diutamakan. Manusia menghimpun dosa yang hadir bersama kemewahan dunia.
Lalu perjalanan ke syurga yang kehidupannya kekal abadi menjadi sukar. Naskhah
ini juga cuba mengingatkan soal ini.
ISI KANDUNGAN
𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍
Kematian Itu Pasti, Syurga Destinasi Akhir
BAHAGIAN 2: HIDUP INI UJIAN
Ujian Bagi Manusia, Hikmah Ujian, Reaksi Terhadap Ujian
BAHAGIAN 3: MENCARI BANTUAN ALLAH
Manusia Berhajat Kepada Allah, Manusia Sombong, Kerugian
Jika Dibiarkan Allah, Mendapat Bantuan Allah
BAHAGIAN 4: BERSIHKAN HATIMU
Hati Yang Membinasakan, Punca Kekotoran Hati, Proses
Penyucian Hati,
BAHAGIAN 5: REZEKI
Allah Mengatur Rezeki, Rezeki Tidak Datang Sendiri, Rezeki
yang Berbeza-beza
BAHAGIAN 6: PEDOMAN SEORANG ANAK
Berbuat Baik kepada Ibu bapa, Berbuat Baik Tanpa Syarat
BAHAGIAN 7: SEDEKAH SATU TUNTUTAN
Rezeki Manusia Berbeza, Galakan Bantu-membantu, Perintah Untuk Bersedekah, Manusia
Bersifat Bakhil dan Kedekut, Kelebihan Sedekah, Sedekah yang Afdhal, Sedekah
Dengan Ilmu
BAHAGIAN 8: MENJAGA TUTUR KATA
Mensyukuri Nikmat Pancaindera, Masuk Neraka Kerana Lidah, Dosa-dosa Lidah, Diam
Lebih Baik
BAHAGIAN 9: PENUTUP
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:
********************************
No comments:
Post a Comment