Judul: Pazuzu
ISBN: 978-983-097-700-3
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP16
Kategori: Fiksyen
Tebal: 256 ms
Harga: RM 17/RM19*
Harga: RM 17/RM19*
SINOPSIS
Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul
Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering
mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih
menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.
Demi menegakkan dogmanya,
dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa
makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia
sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat
dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja
sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.
Jeri
menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan
gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri
kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan
dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya
sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan
nyawanya.
TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar,
AHMAD SYUHAIMI ADNAN adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan
undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat
meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains.
Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam
bidang penulisan daripada DBP. Novel ini merupakan kali pertama beliau menulis
genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi
mampu berhujah dan bercerita dengan baik.
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466

No comments:
Post a Comment