Sihir Jin Lamashtu
ISBN: 978-983-097-758-4
Penulis: Nami
Adnan
Kod: BP 28
Tebal: 488 ms
Harga: RM25.00/
RM27.00
SINOPSIS:
Novel Sihir
Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam
Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa
kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan
merosot hingga menjadikan mereka miskin.
Kehidupan baharu itu menjadikan
hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka
tidak disibukkan dengan urusan keduniaan.
Namun, kegembiraan mereka tidak
bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.
Gangguan
yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama
diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu
yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya
makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam
Syakir.
Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut
sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai
pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur
hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah
perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak
isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,
Gangguan jin Lamashtu
yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar
membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun,
beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat
mengerikan.
TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar,
Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan
undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat
meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains.
Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam
bidang penulisan daripada DBP.
Novel Sihir Jin Lamashtu ini
merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan
kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller
Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan
baik.
No comments:
Post a Comment